Memaparkan catatan dengan label Kecewa. Papar semua catatan
Pertama sekali minta maaf dulu sebelum saya buat apa-apa kenyataan dan pendapat kat sini. Tapi selaku pendengar setia radio No 1. Malaysia ni saya patut bagi pendapat agar ia tidak menjadi bahan gelak orang sahaja di kemudian hari. Saya suka siaran Radio ERA hari-hari saya akan dengar radio ini waktu pergi dan balik kerja.


Saya suka pada segment JOHARA Pagi Era yang memang tidak pernah mengecewakan pendengar dan memang patut mereka menerima banyak anugerah. Cuma bila masuk pada segment ERA Solo memang saya rasa solo sangat dan sunyi. Tak semeriah pagi mahu pun Petang Era yang di kendalikan oleh Fad Bocey dan Dina.

Daniel dilihat seperti menjadi mangsa keadaan disitu dan bagaikan satu experiment sahaja untuk beliau. Ada banyak hari kadang-kadang saya dengar Daniel merepek seorang yang memualkan dan juga membosankan. Pulak tu kesilapan teknikal selalu sangat berlaku pada segment tersebut dan berulang berkali-kali dalam satu masa.

Saya tahu mungkin ini sangat baru bagi Daniel tapi adakah beliau tidak dilatih dahulu untuk mengendalikan konti sebelum beliau diserapkan dalam Radio Era. Adakah kerana kemenangan beliau pada program Lawak Solo tahun lepas menjadikan beliau terus layak untuk ker konti tanpa sebarang kursus. 


Ia memang mencacatkan hari saya kalau dengar Radio Era bila waktu segment beliau. Maaf saya bukan nak rendahkan beliau tapi harap ada perubahan kepada Daniel dan juga pihak pengurusan radio mencari pengganding bagi menyemarakkan lagi segment itu. Saya sebagai peminat yang memang minat radio ini dari dulu lagi terpaksa tukar siaran radio lain apabila tiba segment ini sebab terlalu bosan. 

Ini hanya luahan hati saya sahaja sebagai seorang peminat yang mendengar radio ini setiap hari dan mengundi radio ini kalau tercalon dalam anugerah. Harap ia tidak mengkecilkan hati mana-mana pihak dan mungkin akan ambil iktibar untuk berubah lebih barik. Terima kasih.






Begitulah kehidupan dikala kita rasa disanjung kita akan berada di atas dan dikala kita jatuh kita akan di lupakan oleh semua. Resam dalam dunia nyata begitu juga dalam dunia program realiti. AF2013 telah  masuk minggu ke 4 dan telah pun betukar Inspirer baru datang dari tanah seberang. Melly Goeslaw adalah satu bintang yg cukup hebat dibawakan oleh Astro bagi bintang2 Akademi Fantasia 2013.

Namun satu penangan hebat buat Melly yg baru sahaja mengenali bintang AF2013 ini kerana terkejut dengan penyingkiran bintang berpotensi iaitu Nona. Nona anak kelahiran Sabah ini menjadi mangsa ke4 program realiti AF2013 apabila di singkirkan melalui AFUNDI. Adakah Nona tidak cukup peminat atau Nona punya persembahan paling teruk pada mlm itu.


Itulah nasib menimpa bakat2 hebat pelajar AF seperti mana pernah berlaku dahulu dalam AF2 apabila Zarina tersingkir awal walaupun bakat beliau ketika itu hebat. Serta belaku pada AF 6 & 7 penyingkiran yg tidak di sangkakan. Padahal mlm itu kita sendiri sebagai penonton dpt menilai persembahan sapa paling hamba sekali. Tapi itu adalah tuah AFUNDI kepada yg lemah kerana kuat pada penyokongnya.

Apa pun mungkin format AF2013 ini perlu di teliti semula kerana bakat2 hebat tidak lagi menjadi taruhan tetapi populariti menjadi ukuran mereka. Adakah akan tinggal mereka yg tidak mampu tampil hebat dalam AF lagi. Adakah tugas Melly akan lebih berat selepas ini untuk memastikan bahawa yg hebat terus kekal dan yg lemah akan di singkirkan. Jgn lupa untuk saksikan Akademi Fantasia 2013 setiap Ahad jam 9.00 mlm di Astro Ria.






Semua sedia maklum tentang isu hubungan dua artis tanah air yg kian makin hangat di perkatakan bukan sahaja di facebook malah di blog dan juga twitter. Segalanya berpunca daripada salah faham antara Sharnaz Ahmad dan juga bapa kepada penyanyi Shila Hamzah iaitu ND Lala. Namun kedegilan kedua2 pihak ini untuk tidak berdamain atau mencari jalan penyelesaian secara aman mengakibatkan keadaan menjadi makin keruh.


Sehinggakan Shila terpaksa membuat video untuk memohon maaf bagi kedua2 pihak dan bersedih atas apa yg berlaku. Video berdurasi 4 minit itu di muat naik oleh artis itu sendiri semasa berada di China. Kemudian tibul pula isu tentang kehilangan penyanyi ini yg di laporkan oleh bapa nya. Sehinggakan mengakibat bapa beliau terpaksa membuat aduan polis atas kehilangan anak nya itu. Namun segalanya terjawab setelah Shila Amzah muncul pada persembahan rumah terbuka tahun baru china di Pulau Pinang.

Tidak sampai di situ isu ini menjadi hangat apabila Sharnaz telah mengeluar statment utk menarik semula hajat beliau menghantar rombongan meminang Shila. Maka sehingga akhir ini ramai pihak membuat spekulasi yg masih tidak jelas tentang hubungan dua artis ini, ada yg berkata sudah putus dan ada berkata sebaliknya. Namun terbaru Shila Amzah sendiri akan membuat majlis PC untuk menjelaskan segala kekeliruan serta status beliau sekrang.

Apa pun Mahagosip mendoakan kebahagiaan Shila dan juga kejayaan dalam kerjaya beliau yg semakin meningkat. Biasalah bila kita makin maju tidak akan lengkap kejayaan tanpa ujian yg besar kerana ujian ini menguji kejayaan kita adalah mutlak. Apa perlu buat berdoa dan juga terus memohon kepadaNya untuk segala penyelesaiaan kerana Dia paling berkuasa di alam semesta ini. Insyallah....





Itu lah perumpamaan 'Bapak Borek Anak Rintik' tentang kisah dua beranak yg sama2 menjerumuskan diri dalam bidang kulinari ini. Si bapak seorang yg memang otai dan juga betaraf antarabangsa memang dikenali seluruh dunia. Manakal si anak ni nak mengikuti jejak si bapa tapi tidak kena cara dan gayanya. Biasalah cuba untuk menyayingi di bapa tapi tidak seperti yg disangka. Bukan mudah untuk mecapai apa yg telah dicapai kena ada usaha dari mula buka menggunakan nama yg ada.


Itulah yg cuba dilakukan oleh anak kepada tukang masak no 1 di Malaysia siapa lagi kalau bukan Chef Riz. Beliau dikatakan telah menipu CV yg di pamerkan didalam laman web Masterchef Malaysia. Namun CV itu telah ditukar semula kepada penyataan yg sebenarnya dan Chef Riz juga dikatakan telah memohon maaf atas kesilapan beliau mengenai CV itu.

Namun biasalah ayah mana yg tidak terasa dengan tingkah laku anaknya. Itu lah yg cuba diluahkan oleh Dato Chef Wan di laman sosial FB beliau baru2 ini. Dimana Dato Chef Wan telah menyatakan pendirian beliau bahawa tidak menegakkan apa yg salah malah tetap menyalahkan perbuatan anaknya itu walaupun sedikit. Sikap profesional Dato Chef Wan itu jelas menyunjukkan bahawa bukan mudah untuk menjadi senang dan perlu kepada kejujuran dalam semua perkara walaupun kau anak org ternama.

Tapi yg pasti kat sini kita kalau nak menggunakan hak dan nama org lain pastikan kita ni betul2 berada pada tempat yg betul. Org kadang2 bukan mudah tertipu dengan hanya berselindung daripada nama sahaja ok. Org kita sekarnag dah bijak dan dah pandai menilai segalanya. Informasi di hujung jari pertik sahaja segala maklumat palsu dan benar akan terbongkar. Harap ambil iktibar pada yg kena dan pada pihak penganjur jng pakal ambil jer mentang2 lah dia anak org terkenal percaya sahaja bulat2. Tapis dan nilai dengan jujur ok.