Dunia Penuh Gosip - Kesihatan Dunia Penuh Gosip: Kesihatan - All Post
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Herbalife, sebuah syarikat dan komuniti kesihatan dan kesejahteraan yang terkemuka, baru-baru ini mendedahkan hasil penemuan Asia Pacific Health Priority Survey (Tinjau Selidik Keutamaan Kesihatan Asia Pasifik) yang mendedahkan bahawa sebahagian besar (79%) daripada responden Malaysia kini lebih menitikberatkan soal kesihatan disebabkan kesan pandemik Covid-19.



Menurut tinjau selidik itu, sehingga 75% responden Malaysia telah mengubah keutamaan kesihatan mereka selepas pandemik, dengan meningkatkan tumpuan untuk menjalani gaya hidup sihat dan aktif, dan mengambil pendekatan menyeluruh terhadap kesihatan. Responden Malaysia juga menyatakan bahawa menambah baik kesihatan keseluruhan (60%), memupuk tabiat makan yang sihat (52%) dan menambah baik kesihatan mental (50%) adalah tiga matlamat kesihatan utama yang ingin mereka capai, diikuti dengan meningkatkan kecergasan (50%) dan menguatkan keimunan (49%). 

Tinjau selidik itu seterusnya mendedahkan bahawa generasi berlainan mempunyai keutamaan yang berbeza dari segi usaha meningkatkan kesihatan mereka. Di seluruh Asia Pasifik, responden yang lebih berumur seperti Generasi X dan Boomers lebih fokus dalam aspek menguatkan keimunan atau daya tahan mereka terhadap penyakit (50%) berbanding dengan Generasi Z dan Milenial (42%) yang lebih muda. Sebaliknya, 46% generasi muda menganggap usaha meningkatkan kesihatan mental sebagai sebahagian penting daripada matlamat kesihatan mereka, sedangkan hanya 34% generasi lebih tua berkongsi pandangan yang sama. 

Di samping itu, walaupun 92% pengguna Malaysia yang ditinjau mengambil langkah untuk mencapai matlamat kesihatan mereka, kekurangan wang (49%) dan ketiadaan masa (48%) merupakan cabaran utama yang menghalang mereka daripada berusaha mencapai matlamat masing-masing. Untuk mengatasi cabaran tersebut, kebanyakan (61%) responden Malaysia menyedari betapa pentingnya untuk mempunyai kumpulan sokongan dalam usaha mereka menambah baik kesihatan dan kesejahteraan.
 

Steven Chin, Pengarah Kanan/Pengurus Besar Herbalife Malaysia dan Singapura berkata, "Menyedari rakyat Malaysia kini semakin mengutamakan matlamat kesihatan dan  kesejahteraan mereka, Herbalife komited untuk menyokong usaha ini melalui rangkaian produk pemakanan yang luas dan pengedar berdedikasi kami yang memberikan bimbingan khusus serta komuniti sokongan yang mendorong orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif."

"Kami juga menjalankan pelbagai program seperti Bulan Herbalife pada Mac dan Larian Herbalife yang akan berlangsung tidak lama lagi, untuk membantu rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup aktif yang sihat sambil memupuk sokongan masyarakat untuk mencapai matlamat mereka." tambah Steven.

Kesanggupan Berbelanja untuk Kesihatan dan Kesejahteraan


Memandangkan pengguna di Malaysia semakin menitikberatkan soal kesihatan, tidak hairanlah ramai daripada mereka (75%) sanggup meningkatkan perbelanjaan berkaitan kesihatan dan kesejahteraan. Secara purata, sehingga 39% responden Malaysia menyatakan bahawa mereka sanggup meningkatkan perbelanjaan 6% hingga 10% untuk tujuan ini. 



Menyedari kepentingan melabur dalam kesihatan, responden Malaysia juga berkongsi cara mereka akan menggunakan perbelanjaan mereka yang lebih besar untuk:  
membuat pilihan makanan yang lebih sihat (61%)
membeli / mengambil makanan tambahan (56%)
menjalani pemeriksaan kesihatan berkala (46%)
mendapatkan rundingan kesihatan mental (26%) 
mendapatkan nasihat pakar (24%) 

Jelas daripada hasil tinjau selidik ini, rakyat Malaysia menghargai peranan utama yang dimainkan oleh pemakanan untuk menjaga kesihatan dan mengekalkan kecergasan dalam jangka panjang.

Manfaat Kumpulan Sokongan


Apabila berbicara tentang matlamat kesihatan atau membuat perubahan gaya hidup yang positif, adalah amat mencabar untuk mengekalkan komitmen dan motivasi sepanjang masa. Pada hakikat ini, kumpulan sokongan memainkan peranan penting dalam usaha mengatasi cabaran bagi meningkatkan kemungkinan mencapai matlamat, satu sentimen yang diluahkan oleh responden Malaysia (61%).



Manfaat yang dianggap boleh didapati daripada kumpulan sokongan termasuk:
memberi bimbingan dan galakan (58%) 
berkongsi pengalaman dan ilmu berharga (54%)
mendapatkan nasihat berkaitan kesihatan (53%) 
mewujudkan kebertanggungjawaban dalam usaha meningkatkan kesihatan (43%)

Tinjau Selidik Keutamaan Kesihatan Herbalife yang dikendalikan pada April 2023, mendapatkan maklumat balas 5,504 pengguna berusia 18 hingga 78 tahun di 11 pasaran Asia Pasifik, termasuk Malaysia, Australia, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.






Komuniti perubatan Malaysia melangkah ke tahap yang lebih tinggi dengan kejayaan cemerlang dalam penyelidikan probiotik strain BCMC® yang dihasilkan oleh salah satu peneraju industri farmaseutikal Malaysia - B-Crobes Laboratory Sdn. Bhd. (B-Crobes) sebagai terapi sampingan untuk Penyakit Tidak Berjangkit (NCDs). Pada sidang akhbar baru-baru ini, B-Crobes dan GUT Research Group Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), memaparkan penemuan baharu dalam aplikasi strain BCMC®.



Penyelidikan baharu strain BCMC® ini telah diuji dan disahkan secara klinikal, mampu membaikpulih dan mengurus NCDs, khususnya kanser kolorektal, diabetes yang dialami perempuan mengandung dan penyakit hati berlemak bukan akibat alkohol (NAFLD). Selama dua dekad, B-Crobes mendedikasi diri mereka kepada penyelidikan, pembangunan dan penghasilan strain probiotik khusus iaitu BCMC® yang mengandungi Lactobacillus acidophilus BCMC® 12130, Lactobacillus casei subsp. BCMC® 12313, Lactobacillus lactis BCMC® 12451, Bifidobacterium longum BCMC® 02120, Bifidobacterium bifidum BCMC® 02290, dan Bifidobacterium infantis BCMC® 02129, digunakan untuk mencegah dan membaikpulih sistem pencernaan, kesihatan metabolik, sistem imun dan kesihatan secara keseluruhan.

Lebih dari 20 kajian klinikal telah dijalankan untuk membuktikan tahap keselamatan dan kecekapan strain BCMC®, menghasilkan produk yang bernama ‘HEXBIO’, digunakan di unit-unit ICU hospital kerajaan dan swasta di seluruh Malaysia. Ia turut boleh didapati di kedai-kedai farmasi seluruh dunia termasuk UAE, Bahrain, China, Oman, Singapura dan banyak lagi.



Penyelidikan pertama yang diterbitkan berjudul “A Randomized Double-Blind Placebo-Controlled Trial on Post-Surgical Colorectal Cancer Patients(1) - sebuah penyelidikan yang mengkaji kesan-kesan strain BCMC® terhadap pesakit kanser kolorektal selepas pembedahan. Penyelidikan dijalankan melalui kaedah blind trial di mana pesakit dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan menerima plasebo manakala kumpulan yang lain menerima strain BCMC® secara rawak, dalam jangka masa pemulihan selama 6 bulan.

Didapati, strain BCMC® menunjukkan kesan pengurangan yang signifikan tahap khusus sitokin radang (bahan merbahaya) yang diketahui mengakibatkan kesan buruk terhadap pesakit kanser kolorektal. Justeru, meningkatkan kadar pemulihan selepas pembedahan seseorang pesakit kanser kolorektal.



Penyelidikan seterusnya yang diterbitkan berjudul “The Roles of Probiotics in the Gut Microbiota Composition Outcomes in Asymptomatic Post-Gestational Diabetes Women: A Randomized Controlled Trial” (2) di mana kajian mengenai kesan strain BCMC® terhadap metabolisme glukosa dalam wanita selepas bersalin dengan sejarah penyakit gestational diabetes mellitus (GDM). Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan, satu kumpulan menerima plasebo manakala satu lagi kumpulan menerima strain BCMC® secara rawak, selama 3 bulan.

Penyelidikan tersebut turut melibatkan ujian yang teliti dan konsisten terhadap glukosa puasa, tahap penerimaan insulin dan tanda-tanda keradangan para pesakit. Didapati, kumpulan yang menerima strain BCMC®  menunjukkan pemulihan tahap penerimaan insulin, di mana ianya faktor penting dalam mengubati diabetes selepas mengandung dan mengurangkan risiko mengakibatkan diabetes tahap 2.



Berdasarkan kajian NAFLD, dua penyelidikan telah diterbitkan iaitu “The Effect of Probiotics (MCP® BCMC® Strains) on Hepatic Steatosis, Small Intestinal Mucosal Immune Function, and Intestinal Barrier in Patients with Non-Alcoholic Fatty Liver Disease” (3) dan “The Effects of Probiotics on Small Intestinal Microbiota Composition, Inflammatory Cytokines, and Intestinal Permeability in Patients with Non-Alcoholic Fatty Liver Disease.” (4)

Penyelidik telah mengkaji kesan strain BCMC® terhadap hepatic steatosis, fibrosis, dan ujian darah biokimia para pesakit NAFLD.  Penyelidikan dijalankan melalui kaedah blind trial di mana pesakit dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan menerima plasebo manakala kumpulan yang lain menerima strain BCMC® secara rawak, dalam jangka masa pemulihan selama 6 bulan.



Setelah ujian disimpulkan, didapati strain BCMC® dapat mengawal kestabilan fungsi imun mukusal yang melindungi pesakit NAFLD melawan kebolehtelapan usus (menghalangi toksin memasuki ke dalam badan). Penggunaan strain BCMC® juga membantu mengawal keseimbangan komposisi mikrobiota, meningkatkan kesihatan usus dengan anggapan strain BCMC® memainkan peranan sampingan merawat NAFLD dan menjaga kesihatan secara keseluruhan. Tambahan pula, ianya menurunkan tahap sitokin radang, hampir sama dengan kajian sebelumnya, menunjukkan keputusan yang konsisten dengan strain BCMC®.

Pengarah Bahagian Gaya Hidup & Sains, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), YBrs. Puan Razida Hanim Abdul Razak berkata, “Penyelidikan ini bukan sahaja memaparkan dedikasi dan komitmen peneraju industri kita untuk menyediakan produk yang cekap dan dibangunkan secara klinikal untuk kesihatan masyarakat, ianya juga meningkatkan kebergantungan dan permintaan terhadap produk buatan Malaysia di peringkat antarabangsa.” 



Selari dengan Pelan Strategik Nasional Kementerian Kesihatan 2016-2025 dalam menangani isu berkaitan NCDs, B-Crobes telah menandatangani perjanjian penyelidikan bersama Fakulti Perubatan UKM dan School of Medical & Life Science, Universiti Sunway. Turut diumumkan adalah kerjasama akademik dan industri dalam penyelidikan aplikasi klinikal probiotik dan mikrobioma usus dalam kesihatan. Demi memulakan inisiatif ini, B-Crobes menyediakan geran penyelidikan pendidikan sebanyak RM50,000 kepada kedua pihak termasuk biasiswa kepada pelajar-pelajar Ph.D. Mereka adalah pelajar Fakulti Perubatan UKM dan pelajar School of Medical & Life Science, Universiti Sunway bagi menjalankan penyelidikan berkaitan probiotik di Malaysia.

Puan Razida Hanim menambah, “Saya yakin di masa hadapan, kerjasama di antara B-Crobes, UKM dan Universiti Sunway akan membawa industri perubatan dan farmasi di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Ini turut memberi motivasi kepada para pemain tempatan untuk menyelami dan menemui penemuan yang membantu kemanusiaan disamping membangunkan inovasi-inovasi canggih dan membawa Malaysia ke hadapan sebagai negara yang disegani dalam pengeksportan produk perubatan secara global.”



Pengarah Eksekutif B-Crobes Group of Companies, En. Dean Lee berkata, “Inisiatif ini adalah untuk menyediakan pendidikan dan penyelidikan yang akan mengembangkan para pelajar dan bakal penyelidik, di mana mereka ini akan menjadi tunjang dalam menawarkan  pembangunan inovasi yang mencerminkan apa yang Malaysia mampu tawarkan. Tambahan pula, penyelidikan translational merupakan kaedah seterusnya dan akan meningkatkan ekonomi Malaysia. Kami percaya ini merupakan contoh kerjasama unik dalam penyelidikan dan pembangunan klinikal yang melibatkan empat sektor seperti industri, universiti, kerajaan dan orang awam. Kami berharap objektif kami akan memberi inspirasi kepada para pemain industri untuk menemukan penemuan perubatan yang lebih baik dan menyumbang kepada masyarakat Malaysia. Sudah pasti, penemuan penyelidikan yang penting akan diterapkan di dalam pengamalan klinikal untuk kebaikan masyarakat Malaysia dan lebih lagi.”

Tambahan lagi, B-Crobes teruja untuk berkongsi tentang pembangunan kemudahan penyelidikan serba baharu di Batu Kawan, Pulau Pinang, bakal dibuka pada tahun 2025 hasil kejayaan produk HEXBIO dalam pasaran tempatan dan antarabangsa. Kesihatan masyarakat menjadi keutamaan B-Crobes, dan kejayaan cemerlang penyelidikan ini melambangkan permulaan perjalanan mereka demi menonjolkan Malaysia sebagai sumber yang dikenali dan dipercayai dalam penyelidikan dan pembangunan produk perubatan secara global.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://bcrobes.com/about-us






Sensodyne, jenama Ubat Gigi Sensitif Nombor 1*, hari ini melancarkan kempen #ReclaimLifeSmallPleasures di Malaysia bagi memperkenalkan ubat gigi Repair & Protect Deep Repair terbarunya, membolehkan mereka yang menghidap masalah gigi sensitif merasai semula nikmat kehidupan tanpa perlu bimbang tentang gigi sensitif.



Bagi mereka yang menghidap masalah gigi sensitif, mereka bukan sahaja berdepan dengan ketidakselesaan, malah juga terpaksa berwaspada apabila mengambil makanan dan minuman dalam kehidupan seharian kerana bimbang ianya akan menyebabkan rasa tajam dan ngilu pada gigi. Perkara yang dianggap biasa seperti menikmati secawan teh tarik, teh boba ais atau menikmati aiskrim yang sejuk boleh bertukar menjadi pengalaman yang tidak menyenangkan, menyebabkan mereka tidak dapat merasai nikmat kehidupan yang sepenuhnya.

Setiap individu, termasuk mereka yang menghidap masalah gigi sensitif boleh mendapat manfaat daripada kempen #ReclaimLifeSmallPleasures oleh Sensodyne, dengan mempelajari dan meningkatkan lagi kesedaran mengenai langkah-langkah awal untuk mencegah masalah gigi sensitif agar dapat mengetahui apakah tindakan proaktif yang boleh diambil bagi melegakan gigi sensitif.



Kajian terbaru yang dijalankan oleh GSK Consumer Healthcare dan Ipsos mengenai impak COVID-19 ke atas tabiat penjagaan kesihatan mulut di kalangan pengguna mendapati bahawa pengurangan kekerapan kunjungan ke klinik gigi semasa pandemik menjadi punca utama perubahan tabiat penjagaan kesihatan mulut di kalangan pengguna di Asia Tenggara semasa tempoh ini. Kajian itu turut mendapati bahawa kurang daripada suku responden (23%) mengakui menggunakan ubat gigi khusus bagi menangani masalah kesihatan mulut tertentu yang dihadapi oleh mereka.

Kajian Kuantitatif Asia Tenggara & Taiwan (SEAT) yang dijalankan oleh GSK Consumer Healthcare turut mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 7 daripada 10 rakyat Malaysia menghidap masalah gigi sensitif. Di kalangan mereka yang menghidap masalah gigi sensitif di Malaysia, 39% menyedari masalah yang mereka hidapi, manakala 32% yang lain mengalami gejala sensitiviti tetapi tidak menyedari masalah yang dihidapi oleh mereka.



Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan rasa tajam atau ngilu pada gigi bagi mereka yang menghidap masalah gigi sensitif. Kajian Kuantitatif Asia Tenggara & Taiwan (SEAT) turut menunjukkan bahawa kebanyakan penghidap gigi sensitif mengalami ketidakselesaan pada gigi mereka apabila mereka memberus gigi (38%), daripada makanan yang terperangkap di antara gusi dan gigi palsu (33%), mengambil makanan dan minuman yang sejuk (58%), panas (23%), manis (31%), berasid atau masam(29%) dan pedas (15%).

Dalam usaha meningkatkan kesedaran masalah gigi sensitif di seluruh negara, kempen #ReclaimLifeSmallPleasures Sensodyne akan dilancarkan secara berperingkat mulai Januari 2022, dengan pelbagai kandungan hiburan bermaklumat dan pendidikan oleh profesional penjagaan kesihatan, pencipta kandungan dan pempengaruh media sosial; yang disampaikan menerusi pelbagai platform termasuk portal dan saluran media sosial Sensodyne Malaysia, platform media tradisional dan digital.



Sampel ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair juga boleh didapati di hampir 1,000 klinik pergigian di seluruh negara. Mulai hari ini hingga 31 Januari 2022, GSK Flagship Store di Shopee akan mengadakan promosi istimewa dengan hanya RM10.00 untuk setiap pek ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair. Selain daripada itu, dengan pembelian minimum RM35 untuk semua produk Sensodyne, para pengguna juga akan menerima 10% POTONGAN tambahan dan baucar ShopeeFood bernilai RM5. Ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair juga boleh didapati di farmasi, klinik pergigian, pasar mini, pasar raya dan pasar raya hiper di seluruh Malaysia.

Ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair menggunakan teknologi NovaMin® yang menembusi jauh ke dalam gigi bagi membaiki punca** gigi sensitif dan membentuk lapisan perlindungan yang terbukti secara klinikal dapat melegakan masalah gigi sensitif. Ia turut mengandungi fluorida yang membantu menguatkan enamel dan memberikan perlindungan harian untuk gigi sensitif, di samping GSK Consumer Healthcare. Sensodyne Southeast Asia & Taiwan Quantitative Research – Malaysia Market Session. September 2021.



Sensodyne Malaysia. Symptoms of Sensitivity. Oktober 2021. Dipetik daripada pautan. Confidential – For GSK’s internal use only menjaga kesihatan gigi dan gusi. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sensodyne Repair & Protect Deep Repair dan cara untuk melegakan gigi sensitif, sila kunjungi sensodyne.com.my dan ikuti laman Facebook dan Instagram Sensodyne Malaysia.







Kanser serviks adalah kanser ke-3 paling biasa di kalangan wanita di Malaysia. Malah, di Malaysia, kajian menunjukkan 1 daripada setiap 144 wanita berumur antara 30 hingga 75 tahun berisiko mendapat kanser serviks. Walaupun kanser serviks selalunya boleh dirawat apabila dikesan lebih awal, ada yang mungkin menjadi mangsa penyakit itu kerana kurangnya kesedaran atau tindakan yang tertangguh.



Dengan bulan Januari sebagai bulan Kesedaran Kanser Serviks, Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) memulakan kempen selama sebulan, “Bersama, Mari Hapuskan Kanser Serviks #SJMCHPV”, untuk meningkatkan usaha mendidik wanita Malaysia tentang kepentingan pengesanan awal, rawatan dan pencegahan melalui vaksinasi.

Meminjamkan sokongannya kepada tujuan yang dekat di hatinya ialah personaliti TV Malaysia dan pencipta kandungan digital Daphne Iking, ibu kepada empat orang anak yang sangat percaya dengan kuasa pengetahuan dalam hal mencegah kanser serviks. Dia sedang memberi vaksin kepada anak-anak perempuannya dengan vaksin Human Papillomavirus (HPV) sejak kecil sebagai perlindungan daripada penyakit itu.

Iking berkata, “Saya percaya bahawa menyebarkan berita mengenai penyakit itu untuk membantu wanita dari semua peringkat umur melindungi diri mereka boleh memberi impak yang luas dalam membendung kanser serviks di Malaysia. Ramai yang mungkin mengelak bercakap tentang penyakit ini kerana stigma yang dikaitkan dengannya, jadi saya sangat teruja untuk dapat bekerjasama dengan SJMC dalam kempen ini dan berharap dapat membuat perubahan dalam menyelamatkan nyawa."



Sebagai sebahagian daripada kempennya, SJMC juga akan bekerjasama dengan artis wanita tempatan yang bercita-cita tinggi Malar Sinnadurai, Pengasas The Children's Art Studio, untuk mereka bentuk kemeja-t eksklusif yang menampilkan reben berwarna kuning untuk mewakili kanser serviks dan slogan "Kita boleh melawan ini". Dengan setiap pembelian, SJMC akan menderma RM10 kepada Rumah Ozanam, sebuah rumah untuk kanak-kanak perempuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Subang Jaya Trish Hogan mengulas, “Matlamat kami adalah untuk terus mewujudkan kesedaran orang ramai tentang kanser serviks, faktor risiko dan peranan kritikal yang dimainkan oleh vaksin HPV, jadi bersama-sama, kita akhirnya dapat menghapuskan penyakit itu. Walaupun ini tidak akan berlaku dalam sekelip mata, inisiatif seperti kempen ini boleh menyebabkan lebih ramai wanita menyedari tentang virus yang boleh tidak aktif selama bertahun-tahun. Dengan memperkasakan wanita dengan maklumat, mereka boleh memilih untuk mendapatkan vaksin atau saringan untuk melindungi diri mereka daripada penyakit itu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai penyakit dan gejala serta saringan dan vaksinasi di laman web SJMC di https://www.subangjayamedicalcentre.com/.

Hospital itu juga menjalankan peraduan media sosial selama tiga minggu mulai 1 Januari 2022. Untuk setiap "suka" dan "tag" #SJMCHPV, orang ramai akan bertanding untuk memenangi satu pakej percuma vaksinasi HPV dan barangan lain.

Selain itu, akan ada hadiah lain semasa kempen, termasuk baucar rias kuku percuma dan anting-anting reben teal buatan tangan edisi terhad buatan tangan yang didatangkan bersama beg tote saudagar putih dan teal. T-shirt yang direka khas juga boleh dibeli. Butiran lanjut mengenai kempen ‘Bersama, Mari Hapuskan Kanser Serviks #SJMCHPV boleh didapati di laman web SJMC dan https://www.facebook.com/subangjayamedicalcentre/.








Bersempena dengan Hari Jantung Sedunia 2019 pada 29 September ini, Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) telah melancarkan Kempen Kesihatan Jantung CVSKL yang menawarkan ujian elektrokardiogram (EKG) percuma kepada orang ramai menerusi kerjasama dengan rangkaian klinik swasta Qualitas Healthcare.


Bermula dari 1 Oktober hingga 31 Disember tahun ini, rakyat Malaysia berumur 40 tahun ke atas boleh terus menjalani ujian tersebut di 10 klinik Qualitas terpilih di sekitar  Lembah Klang. EKG memberi fokus kepada mereka yang mempunyai penyakit kardiovaskular terutama mereka yang mempunyai sejarah perubatan keluarga, selain disebabkan olen kolesterol tinggi, darah tinggi serta Indeks Jisim Badan (BMI) tidak normal.

Di CVSKL, kami mendapati ramai pesakit pada usia muda datang mendapatkan rawatan penyakit jantung. Kami merujuk mereka yang berusia kurang daripada 58 tahun  yang merupakan purata usia pesakit jantung di Malaysia. Hal ini sangat membimbangkan kerana usia purata bagi pesakit jantung pada usia muda di negara-negara lain seperti Thailand (65), Singapura (61), manakala Amerika Syarikat (66),” kata Tan Sri Dr. Yahya Awang, Pengerusi CVSKL.

Ketua Pegawai Eksekutif CVSKL, En. Anwar Anis

Kementerian Kesihatan menyenaraikan penyakit jantung sebagai penyebab utama kematian dalam kalangan rakyat Malaysia  pada 2005 hingga 2017. Sebagai salah satu penyedia perkhidmatan rawatan jantung utama negara, kami merasakan bahawa purata usia mereka yang menghidap penyakit jantung akan jauh lebih muda biarpun pelbagai inisiatif dijalankan bagi mengesan dan merawat penyakit ini. Ia berpunca daripada gaya hidup tidak sihat rakyat di negara ini.

"Ramai yang mengamalkan gaya pemakanan tidak sihat, tidak bersukan berikutan jadual kerja yang padat. Ya, kami mengakui ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih mengambil berat tentang kesihatan tubuh badan termasuklah menjalani pemeriksaan rutin, tetapi masih ramai yang tidak melakukannya sehingga mengakibatkan mereka terdedah dengan penyakit yang tidak dapat dikesan dan tidak mampu dirawat,” tambah Dr. Yahya.

Pengerusi _ Pengarah Urusan Qualitas Healthcare, Dato Dr. Noorul Ameen Mohamed Ishack

Pengerusi Qualitas Healthcare, Dato’ Dr. Noorul Ameen Mohamed Ishack berkata; dengan menawarkan ECG secara percuma, diharapkan orang ramai akan terdorong untuk mendapatkan pemeriksaan awal  dan mengesan sebarang gejala penyakit yang tidak diketahui.

Klinik-klinik terpilih yang disenaraikan turut dilengkapi dengan fasiliti dan kemudahan yang  baik untuk menjalankan ujian ECG. Kami mensasarkan sekurang-kurangnya 3,000 orang untuk datang ke klinik kami bagi menjalani ujian sepanjang tempoh kempen," kata Dr. Noorul Ameen.

Klinik Qualitas yang menyertai Kempen Kesihatan Jantung CVSKL adalah seperti berikut:

- Klinik Ng dan Lee
Alamat: 462-464, Jln Pudu 55100 KL
Telefon: 03-9222 0751

- Catterall, Khoo & Raja Malek
Alamat: Suite 3-A, Level 3A, Menara CIMB, Jln Stesen Sentral 2 50470 KL
Telefon: 03-2276 6622

- Catterall, Khoo & Raja Malek
Alamat: Suite 3B-3-6, Block 3B, Plaza Sentral 50470 KL
Telefon: 03-2273 0244

- Klinik Sharani
Alamat: No 20 Jalan Bangsar Utama, 1 Bangsar Utama 59000 KL
Telefon: 03-2287 3103
- Kumpulan Medic
Alamat: 42A, Jln Sultan 52/4 46200 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-7956 9331

- Klinik Prime Care
Alamat: Lot 7, Wisma MCIS Annexe, Jalan Barat 46200 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-7955 0550

- Kumpulan Medic
Alamat: 78, Jln SS 21/35, Damansara Utama 47400 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-7728 4955

- Klinik Rakan Medik
Alamat: 18-B1, Jln SS 6/3, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-7803 5688

- Klinik Kumpulan Medic
Alamat: Evesuite@Ara Damansara, A-1-01, Jln PJU 1/41A Ara Damansara 47301 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-7886 3218
- Klinik Ng dan Lee
Alamat: 31, Jln 19A, Section 19, 40300 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-5542 5286

Ini adalah sebahagian daripada program kesedaran jantung secara meluas yang dianjur dan ditawarkan oleh CVSKL sempena Hari Jantung Sedunia 2019, serta di bawah kempen Heart For Malaysia yang berlangsung dari September hingga November 2019.






Hari pertama kehidupan profesional seorang ibu sering menjadi kawan terbaik anda. Mari kita nyata - tidak ada orang yang anda lihat lebih banyak selama bertahun-tahun untuk menjadi dewasa, dan tidak ada yang memahami dengan baik perjalanan hidup kita. Tidak semua ibu sempurna walaupun, dan kadang-kadang ibu tercinta kita boleh meletihkan. Tetapi kami menghargai mereka kerana apa yang sebenarnya mereka - sokongan, penyayang, dan kadang-kadang mereka memberi inspirasi. Lihat 4 jenis ibu kami yang anda pasti tahu, apa yang mereka suka & apa bunga yang paling baik untuk mereka.

Jenis 1: Ibu Pemeriksa Kehidupan



Jenis bunga: Tulip. Pernahkah anda belajar untuk ujian anda? Adakah anda bersedia untuk peperiksaan? Adakah anda tahu bahawa CGPA anda adalah segalanya? Adakah bunyi ini seolah-olah anda biasa, sama seperti ibu anda? The 'Life Inspector Mom' akan memastikan bahawa anak-anak mereka tetap fokus pada jalur kerjaya mereka! Bunga yang terbaik untuk memberikan ibu anda membimbangkan adalah beberapa bunga tulip, melambangkan ketenangan yang sangat diperlukan untuk ibu inspektor kehidupan kita.

Type 2: Ibu #FollowMe 



Jenis bunga: Lily atau Alstroemeria. Adakah ibu anda cuba membuat anda ketawa dengan cubaan gagal menggunakan penapis anjing di Snapchat atau hanya mahu menjadi sahabat anda? Bunga-bunga seperti Lili akan sesuai untuknya! Ia menandakan persahabatan yang bahagia, seperti bagaimana #FollowMe Mom kami berusaha untuk mewujudkan persahabatan dengan kami - kadang-kadang semua yang diperlukan adalah membantu dia untuk memilih penapis yang betul.

Jenis 3: Ibu Aneh Dalam Kesihatan



Jenis bunga: Carnations. Adakah anda makan? Mengambil vitamin anda lagi? Selamat datang ke dunia yang pernah membimbangkan ibu dan ibu yang sakit. Dia selalu ada untuk anaknya, dan ketika kelihatan agak terobsesi, dia hanya bermakna untuk awak. Hantar Carnations kepadanya dan memberitahunya bahawa anda bersyukur atas penjagaannya dan anda akan menjaga diri anda!

Jenis 4: Ibu Rumah Tangga



Jenis bunga: Mawar Merah. Mendapat seorang ibu yang sedang mabuk di rumah yang terus membingungkan semua orang, tetapi anda masih menyayanginya? Lebih daripada sesiapa, dia hanya mengambil berat tentang kesejahteraan kita dan menjaga persekitaran kita bersih sebagai tanah yang subur untuk kemakmuran kita sendiri. Hantar mawar merahnya untuk menyatakan kesyukuran padanya untuk selalu menjaga semua orang di rumah!



Jadi jujur ​​- adakah anda...

Melihat ibu anda dalam video ini? Jadi tiba masanya untuk menghargai ibu anda dengan semua sifatnya yang kelihatannya mengganggu kita pada mulanya tetapi jauh di dalam hati kebaikan tulen dalam ibu kita yang telah menjadikan siapa kita sekarang ini. Selamat Hari Ibu!

Sumber: Flower Chimp