Memaparkan catatan dengan label Lagu Baru. Papar semua catatan
Siapa yang rindu akan lagi asli atau juga lebih dikenali lagu tradisional boleh dengarkan kembali dinyanyikan oleh penyanyi no.1 negara siapa lagi kalau bukan Dato' Sri Siti Nurhaliza. Lagu bertajuk '7 Nasihat' ini adalah ciptaan anak muda iaitu Kmy Kmo & Luca Sickta. Mungkin ramai tidak mengenali dua nama ini namun beliau berani membawa lagu sebegini dalam industri muzik tempatan.


Kalau sebelum ini dua pencipta ini telah menghasilkan lagu Zuhud nyanyia Dato' M. Nasir kini pula dinyanyikan oleh TokTi. Hebatkan bakat anak muda ini siapa tak kenal boleh cari siapa dia Kmy Kmo dan juga Luca Sicta. Nama dah tak macam orang Malaysia je hehehehe.

Pertama kali dengar lagu ini agak susah juga nak tangkap akan lirik kerana menggunakan bahasa kiasan yang dalam. Namun jika didengari berkali-kali baru dapat dan juga rasa tertarik terutama saat Dato Sri Siti mengalunkan humming lagu ini sangat sedap dan meremang. Harap lagu ini dapat menaikkan semula irama kita walaupun telah dicampur dengan bahagian raping itu adalah cara anak muda sekarang.

Lagu ini telah boleh mula didengar di Youtube dan semua media online bermula hari ini. Setakat beberapa jam lagu ini dimuat naik dalam Youtube telah mendapat lebih daripada 100ribu tontonan. Tahniah buat semua team memang hebat.


Lirik Penuh Lagu 7 Nasihat Dato Sri Siti Nurhaliza

-Dato’ Sri Siti Nurhaliza-
Anak Pipit jangan tak dihirau
Gusar Esok ke sarang si rimau
Anak Didik harusnya dirisau
Gusar Esok engkau yang dipisau

Dulu Tunggu diturut balik (dulu tunggu turut balik)
Dulu Diam sekarang celik (dulu diam sekarang celik)
Dulu Tahu waktu balik (dulu tahu waktu balik)
Dulu Diam sekarang cerdik (dulu diam sekarang cerdik)

Nak Dilenturnya buluh biar dari rebungnya
Kelak Pasti mereka kan terjaga akhlaknya
Nak Dibentukkan tubuh bukan dari bengkungnya
Susun Atur mereka sebelum kenal dunia

Habis Main di tanah
Sebelum Senja ke rumah
Takut Nanti tersalah
Bawa Pulang masalah

Tak Endah yang sekarang
Cakap Jangan sebarang
Elok Awal dilarang
Untuk Kau jadi orang

Dulu Tunggu diturut balik (dulu tunggu turut balik)
Dulu Diam sekarang celik (dulu diam sekarang celik)
Dulu Tahu waktu balik (dulu tahu waktu balik)
Dulu Diam sekarang cerdik (dulu diam sekarang cerdik)

-Luca Sickta-
Yah 
Satu, Hendak berjaya mendada jangan
Pastikan, Jika malu bertanya sesat jalan
Biar Lapar sehari asalkan kenyang bertahun
Biar Berkerut dahi asahkan minda beralun

-Kmy Kmo-
Kedua, Semua nasihat cam petua
Ketua Perlu jua,nak sihat sampai tua
Masuk Semua benua
Pelusuk Dalam luar
Hormat Tanpa bersua
Walau Darjah sempoa

-Luca Sickta-
Yah
Tiga, Lain liga lain cara
Elak Geliga dalam rasa media masa
Dahulu Kerna lidah badankan binasa
Sekarang Kerna mata, jemari berbicara

-Kmy Kmo-
Cara Bicara yang ke 4 semua telinga harus peka
Nenek Moyang yang nasihat majoriti ramai leka
Terlena, Dibuai mimpi dek dunia cereka
Hanyut Dihempas ombak tinggi gah lupa mereka

-Luca Sickta-
Lima, Usah dikira kanan kiri
Cermin Untuk diri kerna hidup tiada siri
Kerna Hidup tiada sisi bila hati mula hitam
Lupakan Kisah silam, nilam usah disiram

-Kmy Kmo-
Ku Siram yang ke-6 
Biar Mekar dalam hati
Ingati Putus urat dan tenaga urat besi
Korbannya Bukan calang tak hilang dimakan hari
Bajakan Jasa mereka dengan budi

-Dato’ Sri Siti Nurhaliza-
Anak Pipit jangan tak dihirau
Gusar Esok ke sarang si rimau
Anak Didik harusnya dirisau
Gusar Esok engkau yang dipisau

Dulu Tunggu diturut balik (dulu tunggu turut balik)
Dulu Diam sekarang celik (dulu diam sekarang celik)
Haaa.. (dulu tahu waktu balik)
Dulu Diam sekarang cerdik (dulu diam sekarang cerdik)

Hmmm.. (dulu tunggu turut balik)
Haaa.. (dulu diam sekarang celik)
Haaa.. (dulu tahu waktu balik)
Haaa.. (dulu diam sekarang cerdik)






𝔸lhamdulillah, Syukur NINJABOYz21 bersama Artis² dibawah naungan #TICMuar #BJProStudio bakal melancarkan Album RAYA yang berjudul "Jom Balik Kampung".


Jutaan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Pegawai Pejabat Daerah Muar YDH Hj. Mohd Haffiz Bin Hj. Ahmad, Pengerusi Tourism Muar YDH Hj Sallehuddin Bin Hj. Satar di atas sokongan dan dorongan yang jitu bagi pelancaran Album Raya ini direalisasikan.

Juga tidak dilupakan, ucapan penuh Cinta, Kasih & Sayang kepada SIFU BJ Production Studio kerana telah menghasilkan karya nan indah ini untuk di dendangkan pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini dan tahun² yang mendatang hendakNYA.Aamiin. Tonton muzik video penuh di sini.


Juga kepada #NINJARANGERSz diluar sana! Dapatkan CD dengan harga PROMOSI RM10.00 sahaja! Harga yang mampu milik ini ISTIMEWA untuk semua! Dikesempatan ini, #NINJABOYz ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua umat islam seantero Malaysia. 

Jom Balik Kampungggggggg!!!!!!







Kepada anda yang memang suka menyanyi dan juga suka cover lagu artis baru ini apa kata cuba untuk mencabar diri menyanyikan lagu terbaru daripada kumpulan Demeises Band yang bertajuk '1000 Tahun' ini. Lagu baru ini telah ada video muzik rasmi di laman Youtube boleh tonton terus di sana. Lagu ini ciptaan sepenuhnya komposer popular iaitu Benk.


Saya telah mencabar diri untuk mencuba menyampaikan lagi ini. Walaupun nampak macam mudah sahaja tapi lagu ini penuh dengan emosi dan memerlukan kita menghayati dan juga kawalan vokal supaya tak sumbang dan pitch lari hehehe. Tapi saya juga sebagai penyanyi amatur baru pertama kali cuba sila kecam ok wakakakaka.




Anda boleh dapatkan lirik penuh lagu 1000 Tahun ini di blog Mahamahu. Cover lagu ni sampai habis sepanjang lebih kurang 4 minit lebih lagu ni. Paling penting part tinggi tu mampu ke nak tarik hehehehe. Anda juga boleh aktifkan nada pemanggil lagu terbaru dari Demeises Band seperti di bawah ini :-

1000 Tahun (Demeises)»»
Maxis CallerRingtones -- Dial *131*615980# tekan Call/Hantar
DiGi CallerTunes -- Dial *233*1350714# tekan Hantar/Call
Celcom CallMeTones -- Dial *323*313555# tekan Call/Hantar
U Mobile ColourTones -- Taip CRM 8498649 dan hantar ke 28383

Chorus»»
Maxis CallerRingtones -- Dial *131*615981# tekan Call/Hantar
DiGi CallerTunes -- Dial *233*1350715# tekan Hantar/Call
Celcom CallMeTones -- Dial *323*313556# tekan Call/Hantar
U Mobile ColourTones -- Taip CRM 8498650 dan hantar ke 28383

Verse»»
Maxis CallerRingtones -- Dial *131*615982# tekan Call/Hantar
DiGi CallerTunes -- Dial *233*1350716# tekan Hantar/Call
Celcom CallMeTones -- Dial *323*313557# tekan Call/Hantar
U Mobile ColourTones -- Taip CRM 8498651 dan hantar ke 28383

Terbitan : Insictech Musicland Sdn Bhd
Album : Demeises - 1000 Tahun    

Maklumat lanjut info lagu dan detail boleh layari :- 

Online Music Store: http://www.i-musicland.com/

Dapatkan lagu terbaru ini di semua platform digital yang ada :-

Tahniah kepada penyanyi No. 1 negara setelah kelahiran anak beliau makin murah rezeki dan menyanyi makin sedap dan mantap. Ini terbukti melalui lagu terbaru beliau iaitu Anta Permana. Lagu dan lirik ciptaan oleh Heal Husaini dan Ezra Kong. Sebab tu kalau korang dengar betul-betul lagu ini guna earphone ada sedikit bit muzik daripada lagu popular Heal iaitu Hajat.


Namun bagi saya lagu ini sangat dinantikan dan sangat begitu unik kerana menggabungkan banyak eliment dalam sebuah karya agung. Kalau perasan ada cantuman antara rentak pop, tradisional dan juga instrumental. Satu yang sangat dinantikan bagi peminat Dato' Sri Siti Nurhaliza seluruh Asia Tenggara.

Saksikan muzik video rasmi yang diarahkan oleh Rifaiee Omar tak silap ni pengarah muda yang sebelum ni mengarahkan video muzik Alyah.


Agak mengecewakan kerana ramai yang komen kurang suka dan tak kurang juga yang mengkritik untuk muzik video ini tapi tetap puji untuk nyanyian Tok Ti yang memukau. Lirik penuh lagu Anta Permana yang membawa maksud tidak terkira atau infiniti. 

Bicara minda
dendangan hati
Jiwa dan raga yang melengkapi
Bagaikan~ bagaikan hangat mentari
cinta yang sejati

Jauh di mata dekat di hati
jika dirindu jangan curangi
Ke mana~ ke mana kan terbawa pergi
Terduga diuji

*Chorus

Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi

Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ku cinta
kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

Sedangkan lidah tergigit jua
inikan pula cinta manusia
Melayang~ melayang
dibawa pawana
iringi cintamu

Ulang Chorus*

Biar dikenang budi kasih dan sayang
Biar~ Biarkan cinta ANTA PERMANA






Tanggal 23 Mac 2018 sepatutnya menjadi kenangan terindah dalam hidup Sufian Suhaimi dan bekas tunangnya kerana ia merupakan tarikh sepatutnya mereka bernikah. Namun, kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan takdir menentukan segalanya selepas Sufian dan Elfira sah putus tunang


Namun Sufian tidak pernah putus asa dan pada tarikh ini beliau telah melancarkan single terbaru yang meletop-letop di Youtube sebelum ini. Lagu dengan tajuk 'Di Matamu' sebelum ini mendapat perhatian dari peminat dan ramai orang telah cover lagu ini hingga mendapat ratusan ribu view.

Jam 9 pagi lagu ini bersama muzik video rasmi telah dilancarkan dan telah berada di Youtube. Mengejutkan apabila muzik video itu mendapat lebih daripada 500ribu viewers walaupun baru beberapa jam berada diplatform tersebut. Ramai netizen memuji akan lagu yang telah sempurna dengan arrangement muzik yang sedap serta bait lirik yang menyentuh perasaan. 


Ramai juga mengaitkan lagu ini dengan kisah dulu beliau bersama dengan bekas tunangnya yang tidak kesampaian. Juga ada yang berkata muzik video itu seperti menyatakan seseorang yang pernah menjadi penyeri hidup Sufian satu masa dulu. 

Apa pun Sufian life must go on dan perdulukan apa orang kata kita tahu apa yang kita buat. Jangan pandang belakang lagi harap lagu ini dapat memenangi anugerah nanti baru mereka sedar. Selamat maju jaya. 







Pemain bola sepak legenda Brazil dikenali dengan gaya menarik dan kemampuan menjaringkan gol menarik Ronaldinho membuktikan kemampuan bakatnya apabila menceburi bidang muzik.

Biarpun masih belum mengumumkan persaraan dan tidak beraksi dalam bola sepak profesional sejak 2015 pemain berusia 37 tahun itu bekerja keras untuk mencapai impian bergelar penyanyi.

Bintang bola sepak itu baru baru ini melancarkan karier muzik - menerusi penampilan trek single bertajuk 'Sozinho' mengenengahkan elemen gaya samba menghiburkan. Lagu itu dalam bahasa Inggeris bermaksud 'Alone' mempunyai durasi selama empat minit 15 saat.

Lagu itu turut menggambarkan aksi bersahaja pemain itu ketika berada di padang malah tentunya berada dalam kalangan salah satu penyertaan muzik terbaik pernah dilakukan oleh mana mana pemain bola sepak setakat ini.

Bagaimanapun ia bukanlah penyertaan pertama Ronaldinho dalam arena muzikal tetapi kali ini melakukannya sendiri secara rasmi selepas menyanyikan lagu tema Paralimpik Rio pada 2016.





Penyanyi kegilaan ramai Anuar Zain telah melancarkan album solo terbarunya selepas lima tahun tidak muncul. Dalam disidang majlis pelancaran album solo terbaru beliau baru2 ini di Le Meridien, Kuala Lumpur.


Lagu yang dijangka bakal hitz dalam album ini adalah "Andianya Takdir" dan video muzik offical lagu ini juga telah dapat ditonton di Youtube. Setakat ia telah dimuat turun dalam tempoh 5 hari telah mendapat tontonan sebanyak 300ribu.



Terdapat tujuh lagu lain yang dimuatkan dalam album terbaru ini iaitu Kembali, Cinta Takkan Berakhir, Kerana Aku Cinta, Hujan (nyanyian asal Allahyarham Datuk Sudirman Arshad), Belahan Hati, Kembali Padamu Ilahi dan Selamat Malam.

Jangan lupa dapatkan album yang mampu buat anda menangis di semua cawangan Mydin. Buat mereka yang berada di luar negara, janganlah bersedih, anda juga boleh dapatkan secara online menerusi Lazada.