Memaparkan catatan dengan label Lawak Solo. Papar semua catatan
Pertama sekali minta maaf dulu sebelum saya buat apa-apa kenyataan dan pendapat kat sini. Tapi selaku pendengar setia radio No 1. Malaysia ni saya patut bagi pendapat agar ia tidak menjadi bahan gelak orang sahaja di kemudian hari. Saya suka siaran Radio ERA hari-hari saya akan dengar radio ini waktu pergi dan balik kerja.


Saya suka pada segment JOHARA Pagi Era yang memang tidak pernah mengecewakan pendengar dan memang patut mereka menerima banyak anugerah. Cuma bila masuk pada segment ERA Solo memang saya rasa solo sangat dan sunyi. Tak semeriah pagi mahu pun Petang Era yang di kendalikan oleh Fad Bocey dan Dina.

Daniel dilihat seperti menjadi mangsa keadaan disitu dan bagaikan satu experiment sahaja untuk beliau. Ada banyak hari kadang-kadang saya dengar Daniel merepek seorang yang memualkan dan juga membosankan. Pulak tu kesilapan teknikal selalu sangat berlaku pada segment tersebut dan berulang berkali-kali dalam satu masa.

Saya tahu mungkin ini sangat baru bagi Daniel tapi adakah beliau tidak dilatih dahulu untuk mengendalikan konti sebelum beliau diserapkan dalam Radio Era. Adakah kerana kemenangan beliau pada program Lawak Solo tahun lepas menjadikan beliau terus layak untuk ker konti tanpa sebarang kursus. 


Ia memang mencacatkan hari saya kalau dengar Radio Era bila waktu segment beliau. Maaf saya bukan nak rendahkan beliau tapi harap ada perubahan kepada Daniel dan juga pihak pengurusan radio mencari pengganding bagi menyemarakkan lagi segment itu. Saya sebagai peminat yang memang minat radio ini dari dulu lagi terpaksa tukar siaran radio lain apabila tiba segment ini sebab terlalu bosan. 

Ini hanya luahan hati saya sahaja sebagai seorang peminat yang mendengar radio ini setiap hari dan mengundi radio ini kalau tercalon dalam anugerah. Harap ia tidak mengkecilkan hati mana-mana pihak dan mungkin akan ambil iktibar untuk berubah lebih barik. Terima kasih.






Setelah 8 minggu berteka teki siapa yang paling lawak antara pelawak solo makan pada malam akhir Jumaat yang lepas keputusan telah diumumkan. Tahniah kepada Mohamad Danial Mohd Zaini dari Pulau Pinang dinobatkan sebagai juara program Lawak Solo. Sebagai pemenang Danial membawa pulang hadiah wang tunai RM80,000 dan trofi kejuaraan. 

Sebelum ini setiap minggu menunjukan perubahan untuk setiap kedudukan peserta menjadikan keputusan malam akhir amat sukar untuk diramalkan. Kehebatan banyak peserta adalah kepada konsistan lawak mereka setiap minggu yang menambat hati penonton.


Tempat kedua Lawak Solo adalah milik Mad Sabah manakala tempat ketiga milik Fikry dan juga tempat keempat milik AG Hafiz. Semua peserta akhir membuat dua persembahan dengan tema bebas dan hiburan. 

Pada malam akhir diadili oleh juri tetap Dato AC Mizal dan Saiful Apek manakala Erra Fazira sebagai juri jemputan. Program belangsung secara langsung dari Studio Finas dan juga saluran Astro Warna serta Maya HD. Tahniah kepada semua peserta akhir dan moga ia akan terus mewarnai dunia lawak negara. Moga Astro teruskan program ini kerana ia sangat bagus dalam mendidik dan melahirkan pelawak berkualiti.