Dunia Penuh Gosip - Linking Park Dunia Penuh Gosip: Linking Park - All Post
Memaparkan catatan dengan label Linking Park. Papar semua catatan
Baru-baru ini dunia digemparkan dengan berita kematian vokalis kumpulan popular antarabangsa, Linkin Park iaitu Chester Bennington , 41. Beliau ditemui mati dalam keadaan tergantung di kediamannya di Palos Verdes Estates di Los Angeles County jam 9.30 pagi.


Chester mempunyai enam orang anak hasil daripada dua perkahwinan dan beliau juga merupakan rakan karib kepada penyanyi Chris Cornell yang juga mati bunuh diri pada bulan Mei lalu.  Kematian Chester juga bertepatan dengan hari ulang tahun Chris yang ke 53 tahun.

Mendiang sudah bertahun lamanya berjuang dengan dirinya untuk mengatasi masalah ketagihan alkohol dan penyalahgunaan dadah, Chester sebelum ini pernah bercakap tentang keinginannya untuk membunuh diri akibat masa silamnya yang sering menjadi mangsa dera sewakta kanak-kanak.


Linkin Park ditubuhkan pada tahun 1996 dan antara lagu popular mereka ialah In The End, Faint, Numb dan Crawling. Artis barat popular dengan kes bunuh diri atau terlebih dadah tak jadi isu sangat cara kematian mereka.