Memaparkan catatan dengan label Meletop. Papar semua catatan
Tahun ini kembali lagi Anugerah MeleTOP ERA dan undian peringkat awal masih lagi dibuka. AME merupakan rancangan anugerah khusus untuk industri hiburan yang dianjurkan oleh rancangan MeleTOP & ERA FM. Anugerah MeleTOP ERA merupakan anugerah yang dipilih oleh para peminat untuk mengiktiraf selebriti terkemuka dan bakat dalam industri hiburan tempatan.


Sebanyak 17 Kategori Anugerah dipertandingkan dan akan diputuskan oleh para peminat melalui 100% undian. Tahun sebelum ini nama Ayda Jebat banyak kali menjadi juara adakah sejarah ini akan berulang. Mampukan artis-artis lain memberi saingan hebat kepadanya. Tugas anda menjalan undian bermula sekarang di laman web www.anugerahmeletopera.com.my.

Satu kategori baru diperkenalkan tahun ini iaitu Si Cilik MeleTOP. Ini kerana pengaruh dan juga kehebatan sambutan terhadap anak-anak artis tempatan yang telah mula mendapat populariti sejak kecil lagi. Ada sesetengah anak artis ini lebih popular daripada emak bapak mereka sendiri dengan ada followers berjuta-juta di sosial media. 

Muzik
Lagu MeleTOP ERA
Penyanyi MeleTOP
Grup/Duo MeleTOP

Radio
Penyampai Radio MeleTOP
Program Radio MeleTOP

Filem
Filem MeleTOP
Bintang Filem MeleTOP

TV/Online
Drama MeleTOP
Program MeleTOP
Pelakon TV MeleTOP
Hos MeleTOP
Bintang Online MeleTOP

Selebriti
Artis Baharu MeleTOP
Artis Lawak MeleTOP
Couple MeleTOP
Fesyen MeleTOP
Si Cilik MeleTOP