Dunia Penuh Gosip - PPUM Dunia Penuh Gosip: PPUM - All Post
Memaparkan catatan dengan label PPUM. Papar semua catatan
Bersempena bulan kasih sayang dan Tahun Baru Cina, Resorts World Genting mengambil kesempatan menyemai kasih sayang dengan mengunjungi pesakit kanak-kanak yang di tempatkan di Wad Onkologi dan Kanser, Kompleks Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak, Pusat Perubatan Universiti Malaya.


Puan Seri Cecilia Lim, isteri kepada Pengerusi Genting Malaysia Berhad, Tan Sri Lim Kok Thay berkata, “ Lawatan kami hari ini hanyalah satu sumbangan kecil oleh Resorts World Genting untuk memberi senyuman dan keceriaan dalam kalangan pesakit. Membantu kanak-kanak merupakan sesuatu yang dekat di hati saya dan berharap dengan lawatan ini ia akan menjadi memori indah buat para pesakit serta secara tidak langsung membantu mereka supaya cepat sembuh".


Mereka yang terdiri daripada pesakit kanser, diabetes dan demam denggi kelihatan ceria selepas dilawati oleh maskot rasmi taman tema tertutup Skytropolis Funland, Resorts World Genting. 150 pesakit yang dilawati merupakan bayi dan kanak-kanak.


Allie the Elephant dan Tabby the Tiger bertepuk ria dengan kanak-kanak dan berperwatakan riang serta penuh semangat. Kedua-dua maskot itu berpakaian mengikut tema sambutan dengan Tabby the Tiger menggenakan samfu berwarna merah dan Allie the Elephant kelihatan comel dengan pakaian Ceongsam berwarna kemerahan. Frankie si badut turut menghiburkan kanak-kanak dengan pelbagai reka bentuk haiwan menggunakan belon serta membuatkan mereka ketawa dengan jenaka lucu.


Buku dan set pensel mewarna serta KFC turut diedarkan oleh Puan Seri Cecilia Lim & Katherin Chew, Naib Presiden Perhubungaan Awam & Komunikasi dengan ditemani Dr. Azriyanti Anuar Zaini, Pakar Pediatrik  Endokrinologi, Jabatan Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya.


Beliau turut mengedarkan angpau bersempena perayaan Tahun Baru Cina. Oren Mandarin dan tat nanas yang dihasilkan khas oleh Chef Resorts World Genting turut diedarkan kepada para jururawat yang bertugas. Apa yang pasti kesemua pesakit kanak-kanak diraikan dengan penuh kenangan sempena bulan penuh kasih sayang.

Untuk maklumat lanjut, hubungi +603 2718 1118 atau layari www.rwgenting.com