Dunia Penuh Gosip - Penyanyi Dunia Penuh Gosip: Penyanyi - All Post
Memaparkan catatan dengan label Penyanyi. Papar semua catatan
Ini betul-betul bukan gimik tau. Akhirnya penyanyi yang selalu muncul dengan gimik untuk pelancaran single terbaharu, akhirnya menamat zaman bujang. Penyanyi lagu "Peluang Kedua", Nabila Razali 31, akhirnya selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan, 38, dengan sekali lafaz pada jam 10.11 pagi pada Sabtu lalu.



Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali telah selamat dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz di majlis pernikahan yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.

Dalam majlis yang bertemakan English Garden ini, Nabila menerima mas kahwin bernilai RM22.50. Sementara itu, wang hantaran dirahsiakan.



Majlis yang dikelolakan oleh Terusik Event ini telah berlangsung secara sederhana itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat dan juga selebriti.

Turut hadir tetamu VIP dan rakan-rakan niaga pengantin. Antara selebriti yang hadir adalah seperti Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman, Hael Husaini dan ramai lagi.



Pasangan itu bakal diraikan dalam satu majlis resepsi bertemakan Garden party formal yang berlangsung pada sebelah petang di tempat yang sama. Semoga terus bahagia dan kekal hingga Jannah rumah tangga yang dibina serta mendapat anak yang comel.






Penghibur serba boleh, Kelly Azman merancakkan lagi persada industri muzik tanah air dengan mempertaruhkan single terbaharunya yang berjudul Dustakan Cinta. Menariknya mengenai single kali ini, ia bukan sahaja merupakan percubaan pertama Kelly dalam membawakan lagu berentak balada malah Dustakan Cinta mempunyai intipatinya tersendiri.



Menurut Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob, 45 lagu tersebut berkisahkan tentang seorang individu yang sering ditipu dan ditinggalkan keseorangan.

Lagu ini ada kisahnya tersendiri. Lazimnya, kita sebagai manusia biasa sering ditinggalkan dan ditipu oleh pihak tertentu tanpa mengirai jantina. Cinta itu pula suka untuk saya tafsirkan sebagai simbolik kasih sayang di antara dua individu. Jadi lagu ini boleh diibaratkan seperti kasih sayang yang telah didustakan” kata Kelly.

Tambah Kelly, dia akui berasa teruja untuk berkongsi karya terbaharunya itu yang merupakan ciptaannya sendiri bersama komposer terkenal, Mohariz Yaakup. Manakala, lirik juga ditulis oleh Kelly bersama NJ/KR.



Alhamdulillah, akhirnya saya dapat kongsikan buah tangan terbaharu kepada mereka yang mengikuti perkembangan saya. Saya amat teruja dengan penghasilan lagu ini kerana ia merupakan ciptaan saya sendiri selain mendapat sentuhan karya daripada mereka yang hebat dan berpengalaman” kata Kelly

Lagu yang mula dirakamkan pada Julai dan siap sepenuhnya pada September itu turut mempunyai sebuah video muzik yang menceritakan perjalanannya. Bercerita mengenai proses rakaman video muzik tersebut, menurut salah seorang juri 'All Together Now' itu ia telah dirakamkan di Genting Highlands.

Meskipun mengalami kesukaran pada awal penggambaran berikutan faktor cuaca yang tidak menentu, Kelly bersyukur kerana semuanya telah dipermudahkan dan selesai dalam tempoh yang dirancang. 



Sebenarnya masa awal penggambaran terdapat beberapa masalah tertentu seperti saya dimaklumkan jalan untuk ke Genting Highland akan ditutup selain cuaca juga yang tidak menentu. Tetapi saya bersyukur kerana semuanya dipermudahkan dan cuaca sepanjang di sana juga seperti kena dengan emosi lagu ini. Sebagai contoh ada babak tertentu saya perlu terkena hujan dan secara kebetulan ketika itu memang hujan turun.” katanya lagi

Harapan Kelly, lagu ini akan terus membawa pengenalan dirinya sebagai seorang penghibur serba boleh. Bukan sahaja ingin dikenali sebagai pengacara dan pelakon, malah dia juga mahu juga ingin menggunakan peluang yang ada untuk dikenali sebagai seorang penyanyi sekaligus mewarnai industri seni tanah air.


Untuk rekod, lagu ini telah dilancarkan secara rasmi di semua platform digital bermula 21 Oktober yang lalu manakala video muzik boleh ditonton menerusi YouTube MVM Music pada 3 November 2022, jam 9 malam. Dustakan Cinta merupakan terbitan dan edaran sepenuhnya oleh MVM Production Sdn Bhd.








Mendapat jolokan Oppa Malay pada program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) 2020, penyanyi Meer Nash berjaya membuktikan pembabitannya dalam industri muzik tanah air berbaloi. Apatah lagi selepas dia turut berjinak-jinak dalam bidang penciptaan lagu berjudul ‘Saranghae’ berkonsep K-pop yang dilancarkan tahun lalu.



Melihatkan sambutan yang baik terhadap lagu dan buah tangan pertamanya itu, Meer Nash, 27, atau nama sebenarnya Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul kembali dengan single berjudul KAJIMA hasil ciptaannya bersama Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong dan ASYRAF NASIR. Lagu yang menampilkan MFMF selaku penerbit dan ia diterbitkan oleh Universal Music Malaysia.

KAJIMA Dituju Buat Bekas Kekasih


Meer Nash berkata, lagu KAJIMA itu ditujukan kepada bekas kekasihnya yang membuatkan dirinya susah nak ‘move on’ selama dua tahun. Ini lagu ‘paling gelap’ yang beliau tulis dan rakamkan setakat ini. Diadaptasi sedikit elemen daripada filem seram KKN, rap dan puisi kanak kanak. Turut diketengahkan juga dengan tarian Korea tarian bagai melepaskan kemarahan dalam lagu ini.



Lagu ini ditujukan kepada bekas kekasih yang membuatkan Meer susah nak teruskan hidup selama dua tahun. Bahagian awal lagu ini, beliau berasa marah dan hilang akal terhadap apa yang beliau dah lalui sepanjang hubungan main tarik tali yang toksik, tapi hingga akhir lagu ini beliau berjaya keluar daripada lorong gelap dan mencari diri sendiri. 

Idea menghasilkan lagu KAJIMA muncul ketika Meer sedang tidur petang. Pada ketika itu, mungkin beliau masih lagi mencari jalan untuk keluar dari masalah ini sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Idea ini dibawa kepada MFMF dan mereka menyiapkan lagu ini dalam masa beberapa jam saja. Selepas itu, proses rakaman lagu pula mengambil masa selama empat jam dan diakui ini juga lagu yang paling susah untuk dirakam kerana ia genre yang baru untuk dirinya.

Cabaran Disebalik Muzik Video KAJIMA


Bagi penghasilan video muzik, untuk kali pertama juga Meer Nash berkerjasama dengan WP Production dan beliau kagum dengan alat yang mereka miliki seperti kren dalam industri muzik Korea. Semua orang sangat efisyen dan pengurusan masa yang baik sekaligus membuatkan proses rakaman sangat lancar.



Dalam MV ini Meer memainkan beberapa watak  yang memerlukan beliau menukar lima pasang persalinan baju dan mengambil masa selama 18 jam. Selain itu, beliau mengalami kecederan semasa pengambaran tetapi tetap diteruskan. Dalam produksi mempunyai set yang berbeza dan ‘mood’ yang berbeza bahagian yang paling beliau suka dalam MV ini adalah menjadi bomoh kerana beliau dapat memainkan watak sebagai seorang mangsa yang dikawal oleh bomoh iaitu bekas kekasihnya.

Dalam masa sama, Meer Nash mengakui berdepan cabaran ketika menghasilkan lagu KAJIMA dan ketika penggambaran MV dilakukan. Beliau berada dalam situasi ketika saya tidak dapat dan tidak tahu bagaimana untuk menghabiskan lagu ini. Itulah sebabnya Meer menghubungi MFMF kerana beliau sentiasa menjadi peminat muzik mereka.



Cabaran sewaktu buat MV pula, masa ‘fitting’ baju kami tak cuba bersama penari, tapi bila penggambaran bermula ada banyak berlakunya ‘wardrobe malfunction’ dan jurugaya kena jahit ketika itu juga seperti aksesori yang tercabut dan baju yang ketat sehingga memberi had kepada beliau untuk melakukan setengah pergerakan. Namun semua cabaran dihadapi dengan baik dan MV ini berjaya disiapkan dan boleh ditonton di Youtube. Juga single KAJIMA boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music.


Lirik Penuh Lagu KAJIMA

[Verse 1]
Tak pernah kau mengaku
Senang kau mempersalahkan ku
You think that I can’t live without you?
“Hey apa khabar?” ku bertanya 
Takkan lagi ku diperdaya 

Janji manis mu tak lagi ku percaya
I brought you up
But you let me down
So that’s the end, I don't want you around

[Pre-Chorus]
Kenapa telefon masih berdering?
Membuat kepala ku terpusing-pusing
Kenapa kau masih ada di sini?
Bukankah kau bilang kau akan pergi
Stop everything
Take your bags and leave

[Chorus x2]
You’re screaming ka ka ka ka kajima kajima
Oh na na na na omona omona na na
Oh Ka ka ka ka ka kajima kajima
Oh na
Kau hanya beriku duka

[Verse 2]
Rasa sayang eh
Rasa sayang saranghae
Kau buat ku duka buat ku luka everyday
Kau kembali, apa lagi, kau mencari?
Kau dah perah segalanya, ku dah bagi.
Salah siapa punca kau merana?
Tak mauhuku rasa diseksa oh

[Pre-Chorus]
Kenapa telefon masih berdering?
Membuat kepala ku terpusing-pusing
Kenapa kau masih ada di sini?
Bukankah kau bilang kau akan pergi
Stop everything
Take your bags and leave

[Chorus x2]
Ka ka ka ka kajima kajima
Oh na na na na omona omona na 
Oh Ka ka ka ka ka kajima kajima
Oh na
Kau hanya beriku duka

[Outro x2]
Rasa sayang eh
Rasa sayang saranghae
Kau buat ku duka buat ku luka everyday







Tahniah kepada penyanyi bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelima, pelakon dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi, 36 telah selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan jutawan bergelar Datuk Seri.



Siapa tak kenal Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman jutawan muda dan juga pemilik syarikat pengasas dan Presiden AUF MBZ Concortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan. Beliau juga pernah menerima Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 pada acara Muslim World Biz anjuran Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).



Majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya baru-baru ini. Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran daripada suaminya. Manakala majlis resepsi akan diraikan di sebuah hotel terkemuka pada malam keesokkannya. 



Heliza mengakui tidak pernah tertekan saat disoal mengenai jodoh. Katanya lagi, keutamaannya adalah pada keluarga dan misi kemanusiannya dan tidak pernah terfikir mengenai soal untuk berumah tangga. Sehingga pada tarikh ini akhirnya mereka disatukan juga. Pandai Heliza dan suami simpan rahsia percintaan mereka. 







Baru-baru ini dunia digemparkan dengan berita kematian vokalis kumpulan popular antarabangsa, Linkin Park iaitu Chester Bennington , 41. Beliau ditemui mati dalam keadaan tergantung di kediamannya di Palos Verdes Estates di Los Angeles County jam 9.30 pagi.


Chester mempunyai enam orang anak hasil daripada dua perkahwinan dan beliau juga merupakan rakan karib kepada penyanyi Chris Cornell yang juga mati bunuh diri pada bulan Mei lalu.  Kematian Chester juga bertepatan dengan hari ulang tahun Chris yang ke 53 tahun.

Mendiang sudah bertahun lamanya berjuang dengan dirinya untuk mengatasi masalah ketagihan alkohol dan penyalahgunaan dadah, Chester sebelum ini pernah bercakap tentang keinginannya untuk membunuh diri akibat masa silamnya yang sering menjadi mangsa dera sewakta kanak-kanak.


Linkin Park ditubuhkan pada tahun 1996 dan antara lagu popular mereka ialah In The End, Faint, Numb dan Crawling. Artis barat popular dengan kes bunuh diri atau terlebih dadah tak jadi isu sangat cara kematian mereka. 



Yuna dulu hanyalah insan biasa yang pergi ujibakat tetapi bukan rezeki beliau di dalam satu program realiti. Tapi kini nama Yuna bukan sahaja di sebut di Malaysia malah peringkat atarabangsa. Telah bertapak di USA dalam usaha mengembangkan bakat seni nyanyiannya. Telah menghasilkan 3 buah album di sana dan juga tidak kurang lagu2 tempatan. Kehebatan beliau tidak boleh di nafikan lagi.

Kini Yuna kembali ke negara asal dengan konsert pertamanya di Kuala Lumpur Convention Center pada 16 Okt 2015. Yuna Live In Malaysia menjadi meda beliau menyerlahkan lagi kehebatan nyanyi dan juga muzik ciptaannya sendiri di hadapan ribuan peminat yang fanatik. Pembukaan persembahan penonton dihiburkan oleh Noh dari kumpulan Hujan. Bersahaja dan penuh lawak jenaka noh menyampaikan 3 buah lagu belia sebagai pembuka konsert pada malam tersebut.


Penampilan Yuna pada malam konsert yang cukup penuh berkeyakinan juga baju yang di reka khas olah Hatta Dolmat menampilkan Yuna pada gaya yang cukup lain. Pada malam tersebutr juga Yuna menyampaikan lebih dari 20 buah lagu popular beliau dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Tidak boleh di nafikan langsung suara Yuna yang memang ternyata tiada tolok banding bersama persembahan band pada malam tersebut.



Antara lagu yang di sampaikan oleh beliau adalah Mountains, Broke Her, Rescue, Falling, Live Your Life, Come As Your Are, Sparkle, Lullabies, Mermaid, Remember My Name dan banyak lagi. Manakala lagu Melayu yang di sampaikan pada konsert malam tersebut adalah seperti Dan Sebenarnya, Lelaki, Terukir Di Bintang, Lautan, Material, Penakut dan banyak lagi. Penonton juga tidak kurang hebat memberi respond secara bersungguh di mana menyalakan handphone pabila lagu Lautan di sampaikan. 



Juga penonton semua berdiri menari bersama Yuna pada lagu Rescue. Memang memukau persembahan Yuna selama sejam setengah itu tanpa henti hanya rest Yuna minum air sahaja. Tanpa di iringi oleh persembahan penari atau apa2 sahaja prop yang unik Yuna hanya berdiri dan dengan gaya persembahan mampu membuat semua penonton bersorak riuh rendah dewan Plenary Hall KLCC pada malam tersebut.



Akhir persembahan setelah Yuna menamatkan lagunya penonton bersorak nama Yuna beramai-ramai dan inginkan lagi persembahan. Mungkin kerana sambutan yang luar biasa penonton membuatkan Yuna keluar semula ke pentas untuk menyampaikan lagu istimewa buat semua peminatnya iaitu I Wanna Go. Peminat terus bersorak dengan riuhnya dan juga terus ke depan pentas untuk sama2 menyanyi dengan Yuna memang meriah sangat persembahan pada malam tu.



Good luck buat Yuna dan moga terus berjaya dengan bidang muzik yang di ceburi dan mengharumkan nama negara di luar sana. Agar Yuna tidak lupa asal usulnya dan jangan toleh ke belakang untuk berjaya. Peminat di Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan beliau dan akan ada lagi konsert akan datang dari Yuna. Terima kasih kepada Tune Protect atas tiket percuma membawa kami kepada Yuna.









Kalau sebelum ini sebut sahaja nama Humood Alkhudher ramai tertanya2 siapakah beliau. Tapi sapa sangka dunia serba canggih dan kehebatan social media menjadikan nama tersebut begitu popular di Malaysia sejak dua menjak ini. Kini menjadi siulan lagu Kun Anta yang telah menjadi viral di laman Dubsmash dan juga Youtube. Tambah2 lagi wanita yang tidak dapat menahan melihat wajah berseri pemilik lagu ini.


Tidak pernah terfikir di minda penyanyi Humood Alkhudher untuk datang mempromosikan album beliau di Malaysia. Tapi akibat penangan social media melonjak nama beliau sehingga begitu ramai yang meniru video lagu beliau membawa penyanyi yang berasal dari Kuwait ini untuk mempromosikan album baru beliau di sini. Album yang memuatkan 10 buah lagu ini kini dalam rangka promosi di Malaysia dan beliau telah berada di sini sejak dari 6 Jun lagi.

Penyanyi yang berusia 26 tahun ini begitu tekejut kerana tidak menyangka sambutan hebat peminat muzik arab di Malaysia. "Mungkin saya akan merakamkan lagu Kun Anta dalam versi Bahasa Melayu atau lagu lain yang sesuai dengan cita rasa peminat di sini,” katanya. Kun Anta bermaksud Be Yourself sudah mencatat 13,065,717 tontonan di Youtube.


Bagi peminat wanita di Malaysia mesti ramai yang kecewa kerana rupanya penyanyi ini sudah pun berumah tangga. Menyentuh sisi peribadinya, Humood yang mendirikan rumah tangga empat tahun lalu mengakui berulang alik dari Kuwait ke Boston, Amerika Syarikat kerana isterinya menyambung pengajian dalam bidang Penulisan Kreatif. Beliau akan datang ke Malaysia lagi untuk menjayakan konsert Ku Mohon anjuran Islamic Relief Malaysia (IRM) di Stadium Malawati, Shah Alam pada pada 31 Oktober nanti.








Mungkin saya akan merakamkan lagu Kun Anta dalam versi Bahasa Melayu atau lagu lain yang sesuai dengan cita rasa peminat di sini,” katanya - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57927#sthash.buEQh8Ez.dpuf
Humood Alkhudher
Humood Alkhudher
Memperkenalkan R2Rick adalah Penyanyi / Komposer Baru Malaysia yang baru saja melancarkan jenama single terbarunya - "Stay Tonight" dari "Right Time EP" di bawah label EDM antarabangsa - Semitrance Records. Sebelum ini, R2Rick mengeluarkan 1 single lain iaitu "Pow Pow" yang sudah dimuatnaik di iTunes dan dalam talian yang paling utama kedai-kedai rekod. 


Saat ini sedang dalam proses menyelesaikan lagi 3 buah lagu sebelum akhir tahun ini. Semua lagu-lagu yang asalnya dinyanyikan dan dihasilkan oleh R2Rick dan sebagian besar rakaman studio dilakukan di Ark Studio, Taman Tun, Kuala Lumpur dan Pulse Soundworks di Subang Jaya


Jenis muzik ditampilkan di EP adalah pop dance dan E dengan sentuhan pengaruh kontemporer dan barat. Setakat ini, R2Rick telah melakukan beberapa persembahan dan wawancara dan telah bermain radio lagu-lagunya pada Traxxfm (RTM). Selain itu, beliau telah mengeluarkan 2 Muzik Video ini bertajuk 'Pow Pow & The Right Time' yang boleh didapati di YouTube.


Maklumat lanjut boleh berhubung dengan beliau melalui laman social seperti tertera.