Memaparkan catatan dengan label Program. Papar semua catatan
Rancangan Analisis TV Hijrah menjadi tular minggu lepas apabila stesen televisyen berkonsepkan Islam ini berani membawakan dua orang panel dengan latar belakang dan fahaman berbeza iaitu iaitu Dato’ Dr. Musa Mohd Nordin dan Dr. Nurul Huda Mohammed Zabidi untuk berdiskusi tentang isu Vaksin: Perlindungan Atau Kemudaratan?


Suasana panas dapat dirasakan sejurus perbincangan bermula di Studio Digital TV Hijrah. Ini ditambah lagi apabila netizen yang menontonnya menerusi platform live facebook memberikan pelbagai komen membidas kenyataan kedua-dua panel.  Tidak kurang juga kecaman yang dilemparkan terhadap TV Hijrah dan juga pengacara rancangan Shafinaz Yunus yang dituduh berat sebelah dan tidak bersikap neutral sepanjang rancangan berlangsung.


Atas permintaan penonton, rancangan Analisis yang akan bersiaran jumaat ini, 22 Februari 2019 dari jam 10 malam hingga 11 malam akan membawakan satu lagi topik yang seringkali menjadi perdebatan masyarakat Malaysia hari ini iaitu Doula : Peneman Ibu Atau Pengganti Doktor?


Dua orang tokoh terkenal di padang masing-masing akan dibawakan ke studio sebagai panel bagi menemani Syafinaz Yunus sepanjang satu jam perbincangan. Mereka adalah Prof. Dr. Imelda Balchin, seorang Pakar Obstetrik Dan Ginekologi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Puan Hayati Muzaffar, seorang pendidik kelahiran dan Doula.


Analisis adalah sebuah rancangan bual bicara kritikal di Slot 10 malam yang sering membawakan pelbagai tokoh-tokoh hebat negara bagi membicarakan topik-topik analitis secara berterus terang bagi memberikan pemahaman maksimum kepada penonton. Antara tokoh-tokoh yang penah hadir di rancangan ini adalah seperti Datuk Seri Akhbar Satar, Tan Sri Musa Hassan, Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong, Datuk Zainal Abidin Borhan dan ramai lagi.


Jadi jangan lupa untuk sama-sama menyaksikan rancangan Analisis, jumaat ini jam 10 malam di TV Hijrah. Pastinya banyak fakta-fakta menarik yang akan dikongsikan bersama penonton lantas dijadikan panduan untuk meneruskan kehidupan di masa hadapan







Bersempena bulan kasih sayang dan Tahun Baru Cina, Resorts World Genting mengambil kesempatan menyemai kasih sayang dengan mengunjungi pesakit kanak-kanak yang di tempatkan di Wad Onkologi dan Kanser, Kompleks Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak, Pusat Perubatan Universiti Malaya.


Puan Seri Cecilia Lim, isteri kepada Pengerusi Genting Malaysia Berhad, Tan Sri Lim Kok Thay berkata, “ Lawatan kami hari ini hanyalah satu sumbangan kecil oleh Resorts World Genting untuk memberi senyuman dan keceriaan dalam kalangan pesakit. Membantu kanak-kanak merupakan sesuatu yang dekat di hati saya dan berharap dengan lawatan ini ia akan menjadi memori indah buat para pesakit serta secara tidak langsung membantu mereka supaya cepat sembuh".


Mereka yang terdiri daripada pesakit kanser, diabetes dan demam denggi kelihatan ceria selepas dilawati oleh maskot rasmi taman tema tertutup Skytropolis Funland, Resorts World Genting. 150 pesakit yang dilawati merupakan bayi dan kanak-kanak.


Allie the Elephant dan Tabby the Tiger bertepuk ria dengan kanak-kanak dan berperwatakan riang serta penuh semangat. Kedua-dua maskot itu berpakaian mengikut tema sambutan dengan Tabby the Tiger menggenakan samfu berwarna merah dan Allie the Elephant kelihatan comel dengan pakaian Ceongsam berwarna kemerahan. Frankie si badut turut menghiburkan kanak-kanak dengan pelbagai reka bentuk haiwan menggunakan belon serta membuatkan mereka ketawa dengan jenaka lucu.


Buku dan set pensel mewarna serta KFC turut diedarkan oleh Puan Seri Cecilia Lim & Katherin Chew, Naib Presiden Perhubungaan Awam & Komunikasi dengan ditemani Dr. Azriyanti Anuar Zaini, Pakar Pediatrik  Endokrinologi, Jabatan Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya.


Beliau turut mengedarkan angpau bersempena perayaan Tahun Baru Cina. Oren Mandarin dan tat nanas yang dihasilkan khas oleh Chef Resorts World Genting turut diedarkan kepada para jururawat yang bertugas. Apa yang pasti kesemua pesakit kanak-kanak diraikan dengan penuh kenangan sempena bulan penuh kasih sayang.

Untuk maklumat lanjut, hubungi +603 2718 1118 atau layari www.rwgenting.com






Para pecinta alam, atlet, dan pecinta kecergasan dari seluruh pelosok negara dan juga dari negara luar akan beramai-ramai berkunjung ke Lumut dalam negeri Perak Darul Ridzuan yang indah untuk menyertai Lumut Eco Run 2019 pada 2 Mac 2019 (Sabtu).


Acara ini yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia atau Permastautin Tetap dan juga pelari antarabangsa yang berumur 16 tahun dan ke atas sahaja, merupakan julung kali diadakan dan ianya sebahagian daripada kempen larian yang bakal dianjurkan untuk empat tahun berturut-turut bermula tahun ini. Setiap tahun akan membawakan konsep unsur alam semulajadi yang berbeza iaitu :- 

> Tahun 2019 = Tanah
> Tahun 2020 = Air
> Tahun 2021 = Api
> Tahun 2022 = Angin



Acara larian mesra keluarga ini dianjurkan oleh Patriot Malaysia dengan 5 objektif murni yang ingin disemai sebelum, semasa dan selepas berlangsungnya acara larian ini, iaitu :- 

1) Menghidupkan kembali semangat berkomuniti untuk menjaga, memelihara, dan memulihara kawasan setempat.

2) Melibatan semua pihak baik dari peringkat pelajar sekolah dan pengajian tinggi kepada golongan dewasa dan kanak-kanak dalam bersama-sama menggembling tenaga serta idea untuk menjaga alam sekitar.

3) Memupuk semangat anak muda untuk memajukan ekonomi tempatan melalui pelbagai aktiviti perniagaan dengan mengambil kita kehadiran khalayak ramai yang datang berkunjung.

4) Menyegar kembali bandar Lumut sebagai salah satu destinasi pelancongan utama edngan mempromosikan Lumut kembali ke dalam kalender tahunan pelancongan Malaysia.

5) Mempromosikan industri desa dan warisan sekitar Lumut, Setiawan dan Manjung sebagai daya tarikan kepada pengunjung luar. 

Peta laluan untuk larian boleh didapati dalam laman Facebook Lumut Eco Run 2019 di pautan https://tinyurl.com/lumutecorun2019. Manakala maklumat lanjutan berkenaan acara larian ini termasuklah yang berkaitan dengan kategori larian, yuran penyertaan, kutipan pek larian, hadiah-hadiah untuk para pemenang dan dan banyak lagi.





Sekira korang nak mendaftar menjadi peserta larian ini boleh menggunakan kod promo 'BG 003' bagi mendapatkan diskaun 5% untuk pendaftaran. Korang hanya buat pendaftaran di pautan ini  https://www.ticket2u.com.my/event/12497. Daftar sekarang sebelum terlambat kerana penyertaan amat terhad.




Baru-baru ini juga telah diadakan sidang media untuk mempromosikan Lumut Eco Run 2019 yang bertempat di Dorsett Hotel Kuala Lumpur. Juga majlis penyerahan tajaan daripada penaja utama iaitu ULTRON dan Dorsett Hotel sebagai penaja penginapan. Turut hadir merasmikan acara ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk M Noor Azman Bin Taib



    


Pencarian World Miss University Malaysia kini menerima permohonan penyertaan dari seluruh negara. Semua pelajar universiti wanita yang layak boleh mendaftar hari ini menerusi borang pendaftaran dalam talian di www.wmumalaysia.com.


Tahun ini buat julung kalinya World Miss University melakukan pencarian untuk mencari wakil Malaysia, dan pendaftaran untuk semua pelajar universiti wanita bermula 2 Mei secara dalam talian. Pencarian akhir dijadualkan pada 26 Julai 2018.

Kriteria penyertaan bagi para peserta yang berminat:
1)    Pelajar perempuan mana-mana universiti yang masih belajar dia IPTA mahupun IPTS di Malaysia atau luar negara.
2)    Warganegara Malaysia yang berusia 26 tahun ke bawah.
3)    Gred akademik yang cemerlang.
4)    Berminat dalam program kesukarelawan dan kemanusian.
5)    Mempunyai kualiti dan sifat kepimpinan.
6)    Mempunyai ketrampilan yang baik dan keperibadian mesra.

Pemarkahan adalah berdasarkan kriteria di atas. Pemenang akan mewakili Malaysia di WMU 2018 Grand Finals dimana anda akan bertanding bersama pelajar-pelajar wanita dari seluruh dunia. Pemenang peringkat Malaysia juga akan membawa pulang hadiah dan wang tunai bernilai lebih RM10,000 dan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.


Pencarian Miss University Malaysia & World adalah program global yang diadakan dengan harapan untuk mempromosikan keamanan dunia. Ia diadakan setiap tahun oleh pelajar universiti wanita dari universiti terkenal di dunia. Pencarian ratu cantik ini bukan hanya berdasarkan rupa, tetapi juga gabungan kecerdasan, kebajikan dan kecergasan. Matlamat acara ini adalah untuk menyatukan ideologi, agama, bahasa, kaum, budaya dan aspek kepelbagaian dalam kemanusiaan. Ia bertujuan untuk membawa wanita yang berbeza, berkuasa dan berinspirasi bersama  menyertai acara ini.

Malaysia akan menjadi tuan rumah World Miss University International tahun ini, yang merupakan tahun ke-29 pertandingan. Lebih daripada 123 pelajar universiti dari universiti yang berbeza di seluruh dunia akan berkumpul untuk bersaing dari segi kecantikan fizikal, intelek, personaliti yang menarik dan nilai kemanusiaan mereka. Ia adalah platform yang sempurna untuk pelajar universiti Malaysia untuk mempamerkan kesedaran, bakat dan kebolehan mental mereka, dan untuk mendapatkan pengalaman yang tidak ternilai di pentas dunia. Pemenang dari World Miss University International akan menerima pengiktirafan dan menjadi Duta Besar untuk World Peace University Peace Corps, dan akan mewakili organisasi dalam kegiatan yang mewujudkan perpaduan dan persefahaman di kalangan masyarakat global. 

World Miss University Peace Pageant telah dimulakan pada tahun 1986 untuk memperingati "Tahun Keamanan" yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan ia berada di bawah naungan Persatuan Antarabangsa Presiden Universiti (IAUP). "Tahun dan Hari Perdamaian Dunia" telah disepakati oleh 157 negara semasa perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1981.

Untuk maklumat lanjut – FB : WMUMalaysia,  IG: wmu_malaysia
World Miss University Malaysia 2018 dianjurkan oleh World Miss University Peace Corporation Foundation, World Miss University Malaysia, Smalltree Sdn Bhd, IAUP, Kementerian Pendidikan, dan disokong oleh Tourism Malaysia & #visitmalaysia2020.

Final ke-29 World Miss University International akan berlangsung di Malaysia pada 28 November 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Untuk maklumat lanjut mengenai World Miss University ke-29 sila lawati www.wmu.malaysia.com.







Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak pada hari ini telah mengadakan Hari Kesedaran Autisme bersama Tadika Nadi Intelek dan menerima lawatan daripada Kolej Vokasional ERT Azizah, Johor Bahru. Acara ini telah diadakan di Kampus Damansara Perdana Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak (MK STUDIO).


Seramai 16 orang kanak-kanak Autisme daripada Tadika Nadi Intelek dan diiringi oleh cikgu seramai 14 orang. Selain daripada itu, kunjungan daripada pelajar Kolej Vokasional ERT Azizah, Johor Bahru seramai 25 orang dan 3 guru pengiring.


Sepanjang acara dijalankan, terdapat aktiviti-aktiviti pengisian yang disediakan oleh wakil daripada pelajar Diploma dan Ijazah Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak untuk kanak-kanak Autisme daripada Tadika Nadi Intelek, sehubungan itu juga memberi pendedahan kepada pelajar dan kakitangan KPAKK dan juga pelajar Kolej Vokasional ERT, Azizah. Selain daripada itu, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) melakukan persembahan teater yang bertajuk Siputeh untuk tontonan pelajar Kolej Vokasional ERT Azizah, Johor Bahru dan kepada anak-anak Autisme.







Apakah aktiviti anda untuk hujung minggu percutian keluarga di Taman Burung KL yang tenang dan indah? Nah, di sini adalah Berita baik! Sempoi Charity akan menganjurkan 2.5km Fun Walk pada 13 Mei (07:00) @ Taman Burung Kuala Lumpur. Masuk ke taman burung adalah PERCUMA jika anda Daftar untuk berjalan.


Berjalan kaki ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan memelihara alam semula jadi, pelbagai flora dan fauna (terutamanya burung!) dan pada masa yang sama menggalakkan gaya hidup yang sihat untuk warga kota. Sempoi Charity bertujuan untuk mengumpul dana untuk memberi manfaat kepada masyarakat Orang Asli, menyokong Sempoi Sahur, program makan jalan untuk memberi makan kepada tamu yang tiada tempat tinggal dan melarat di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada bulan Ramadhan dan SC Mengambil berat untuk kanak-kanak melalui projek seni mural grafiti di pelbagai sekolah untuk kanak-kanak kurang upaya.

Dengan mendaftar, anda layak untuk menerima Tshirt. Selepas menamatkan berjalan, para peserta akan dianugerahkan Pingat, Beg Goodie dan e-Sijil yang akan disediakan untuk dimuat turun tidak lama lagi selepas majlis itu. Apa yang tunggu lagi? Melakukan bahagian anda untuk kebajikan & Daftar sekarang! Jumpa anda di sana!!






 
 
 

 




Setiap tahun mesti ramai blogger ternanti-nanti majlis beramah mesra dan juga pertemuan bersama dengan blogger2 otai yang lain. Kalau tidak di luar memang susah nak jumpa blogger otai ini tapi di dalam program inilah semuanya di temukan dalam satu majlis. Itulah kekuatan program Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati Network. Tahun 2015 adalah penganjura ke 4 program ini yang setiap tahun tidak pernah lengkang dengan kehadiran blogger2 seluruh Malaysia.


Ada blogger sanggup datang dari pelusuk Malaysia untuk semata-mata bersama dengan blogger2 lain bagi berkongsi pengalaman dan ilmu. Tidak kurang juga sambutan daripada blogger2 negara jiran seperti Indonesia dan Brunei juga turut serta dalam SBB sebelum ini. Ini menunjukan kekuatan program ini harus di teruskan lagi di masa akan datang agar generasi blogger baru lebih berpengetahuan untuk menulis blog dan mencari trafik.


Tahun ini penganjuran SBB 2015 lebih penuh dengan pengisian dimana program yang akan berlangsung pada 13 Jun 2015 ini akan di isi selain daripada program diskusi tetapi juga aktiviti luar iaitu "Treasure Hunt". Program yang akan di adakan di Komplek Sukan Lasak Putrajaya, Taman Cabaran Persint 5 Putrajaya pastinya akan menawarkan hadiah2 lebih hebat tahun ini. Di katakan hadiah cabutan bertuah untuk kali ini lebih meriah daripada penaja2 seperti Yeo's, The Sumbs, e-Qurban, Karangkraf dan Denaihati sendiri.


Turut di adakan adalah penganjuran pertandingan sebelum SBB 2015 belangsung lagi iaitu "Contest Sitkom Yeo's". Yeo's selaku penaja utama program ini tahun ini menawarkan hadiah lebih hebat kepada blogger2 yang sentiada kreatif menghasilkan karyanya. Untuk maklumat lanjut tentang pentandingan ini anda boleh layari laman sesawang mereka di sini. Bagi mana2 blogger yang masih belum berdaftar untuk SBB 2015, ia masih di bukan dan bayaran RM30 sahaja di kenakan kepada setiap seorang. Jadi jangan lepas peluang keemasan untuk bersama blogger dan menimba ilmu lebih lagi dalam dunia blog. Jumpa Mahagosip di sana juga nanti ok. Selamat berblog.