Memaparkan catatan dengan label Projector Band. Papar semua catatan
Kalau sebut tajuk lagu "Sudah Ku Tahu" pasti ramai orang dapat meneka sapa penyanyi lagu ini. Kumpulan Projektor Band mula mencipta populariti selepas lagu ini mendapat perhatian peminat muzik tempatan. Lagu ini mula didendangkan di semua corong radio dan juga telah menjadi rebut anramai orang untuk dinyanyikan secara karaoke dalam applikasi SMULE.


Sebelum ini artis seperti Khai Bahar, Siti Nordiana juga turut menyanyikan lagu ini yang boleh ditonton di Youtube. Juga official lirik video untuk lagu ini telah mendapat tontonan lebih dari 9 juta views sejak ia mula dimuat naik di laman tersebut. Namun kini kumpulan ini dan pihak syarikat rakaman mereka telah mula mengeluarkan official video muzik untuk lagu "berhantu" ini.


Sejak di muat naik di laman Youtube kemarin official video muzik ini telah di tonton lebih dari 200ribu views sehingga hari ini. Dalam video muzik ini juga kelihatan penampilan sulung Eka Sharif sebagai pelakon wanita. Sapa tak kenal Eka Sharif yang juga mula mencipta nama melalui applikasi SMULE yang turut berduet bersama Khai Bahar



Video muzik yang berkonsepkan kisah percintaan mat motor yang di tinggalkan kekasih di rakamkan sekitar Banting Selangor. Bagi korang yang nak tonton video penuh boleh tonton di sini memang menyantuh hati. Tapi ada yang boleh di perbaiki untuk video muzik ini agar ia bertaraf antarabangsa sepertimana hebatnya lagu ini. Kalau di tonton secara keseluruhan video muzik ini kelihata seperti hasil kerja palajar praktikal (#jangansentap). Good luck.