Memaparkan catatan dengan label Raja Lawak. Papar semua catatan
Bila idea hanya dtg daripada satu org akan jadi satu perkara yang hampir sama tapi tak serupa katanya. Itulah kelemahan bila tiada perbincangan dan idea yg di curah hanya pada seorang sahaja penerbit. Tak tahu apa tujuan nak kaut untung kedua2 pihak atau sahaja nak cabar mancabar. Konsep hampir sama kadang2 membuatkan penonton kita muak sebab kedua2 nya mengharapkan undian sms. Nampak sagt nak kaut untung pada penonton yg kurang bijak ni.
Itu lah nasib yg dpt di lihat dalam industri penerbitan di negara kita. Dua program hampir sama tapi menggunakan pelawak berbeze. Super Spontan dan juga Liga Lawak Superstar menggunakan konsep sama cuma saluran yg berbeza. Super Spontan sudah hampir kepada penghujungnya dan Liga Lawak Superstart baru bermula.

Adakah ini sahaja tahap lawak negara kita. Hanya mampu tiru dan kaut keuntungan daripada penonton. Sebelum ni siaran TV3 juga pernah meniru program realiti daripada Astro iaitu Bintang Mencari Bintang yg di tiru daripada Raja Lawak. Tak tahu sapa tiru sapa dan kenapa ia berulang lagi kali ini. Penonton kena bijak jgn cepat sgt nak mengundi bukan dpt faedah pun rugi jer duit anda. Baik guna untuk bayar minyak yg mahal dan juga harga rokok yg naik lagi bagus wakakaka...





Tahniah kepada kumpulan Wala daripada Sabah berjaya menjadi juara Raja Lawak Musim ke 7 kali ini. Gandingan 2 ahli kupulan Wan dan Lopz pada mula hanya di lihat sebagai persaing biasa dan tidak begitu menonjol. Kedudukan mereka juga tidaklah begitu mengkagumkan pada minggu2 awal program realiti ini. Malah meraka bukanlah kumpulan kegemaran juri-juri dan juga penonton di rumah.


Namun itu bukan pematah semangat dua org anggota PDRM ini untuk terus berjuang dalam medan Raja Lawak musim ke 7 ini. Sekali gus komen dan juga kritikan daripada juri tetap Dato AC Mizal, Saiful Apek dan juga Isma Alif membakar semangat mereka untuk teruk naik dari minggu ke minggu. Membawa lawak yg lain dengan karaktor seorang yg berbeza setiap minggu menonjolkan bakat mereka pada mingu2 terakhir. 


Maka pada eposid akhir mereka membuktikan bahawa buka kedudukan atau rupa menjadi ukuran malah bahan lawak dan kosistan mereka dari minggu ke minggu membuahkan hasil. Mula mendapat tempat di hari peminat program ini bila mereka bergandingan dengna artis jemputan. Episod akhir sudah berlalu dan mereka juga telah di nobatkan sebagai juara Raja Lawak musim ke 7 menjadikan meraka antara pelawak yg bakal menghiasi ruang television di Malaysia. Membawa pulang wang tunai RM100 ribu dan tofi menjadi kebanggaan keluarga mereka.

Namun mereka yg kini bekerja sebagai PDRM masih tidak lagi membuat keputusan utnuk terus sebagai pelawak atau terus menyarung seragam Polis itu. Namun bakat mereka bukan mudah untuk di cungkil dan di ketengahkan dan ia harus di pertimbangkan oleh mereka.




Seperti semua tahu debaran menunggu peringkat akhir Raja Lawak cukup membuatkan penonton bedebar-debar dan rasa sangat getir. Ini kerana kali ini semua peserta sama hebat dan sama lavel tahap kematangan dalam menghasilkan lawak berkualiti. Itu menambah beban lagi kepada para penonton untuk memilih juara Raja Lawak bagi musim ke 6 ini.

Berbekalkan pengalaman dan juga kebiasaan kumpulan Shiro di layar tv menjadikan mereka tidak kekok untuk menghasilkan lawak yg slamber saja. Sejurus dengan itu mereka terus di nobatkan sebagai juara Raja Lawak 6 yg telah belangsung semalam di dewan Sivik MPPJ. Di hadiri lebih dari 5ribu penonton menjadikan suasana dalam dewan gamat dan tidak terkata dengan gelak tawa penonton.


Pastinya rakan2 sepejuangan lain turun memberi impak kepada persembahan mereka seperti kumpulan Zero yg ramai pihak meramalkan mereka bakal menjulang juara. Namun rezeki tidak menyebelahi kumpulan bersal dari Kudat Sabah ini hanya berda di tempat naib juara yg membawa pulang wang ringgit RM50ribu berserta trofi dan barangan elektrik.

Turut memberi saingan satu2 kumpulan dari utara tanah air kumpulan Cuit. Gabungan 3 kepala ini menjadikan persembahan mereka cukup mantap dan hebat yg berada di tangga ke 3. Pasti kumpulan gulungan lama iaitu 2yol mengimbau kembali zaman po yeh yeh dengan persembahan muzikal mereka. Berpuasa hati dengan tangga ke 4 kumpulan ini tidak pernah kecewa. Berakhirnya Raja Lawak maka bertambah lagi generasi pelawak dan pelakon tanah air negara.