Memaparkan catatan dengan label Resort World Genting. Papar semua catatan
Resorts World Genting menganjurkan pesta musim perayaan terhebat bermula dari 28 November 2019 hingga 1 Januari 2020. Bertemakan ‘It’s All Happening at Genting Winter Wonerland’ kawasan resort akan “bernyawa” dengan cahaya yang akan menyinari para pengunjung dengan kemeriahan Hari Krismas, hiasan serta acara menarik.


Suasana penuh keriangan ini dapat dinikmati sama ada ditemani cahaya bintang-bintang dan cuaca sejuk dingin ataupun di bahagian dalam resort. Bagi merasai satu pengalaman komprehensif Winter Wonderland Genting, hanya perlu mengikuti jejak Pejalan Kaki GohTong yang terletak di 11 lokasi iaitu di SkyAtrium dalam SkyAvenue, Hill Top Grocer, Arena of Stars, Taman Metro, Metro City, Park Avenue Lounge, Zouk Atrium, Pavilion, GohTong Jaya Baru, SkySymphony dan Medan Selera. Peta dan jadual program disediakan.

SkyAtrium, SkyAvenue
‘A Nutcracker Wonderland’ bersedia untuk memukau para penonton di SkyAtrium. Di sini terdapat sebuah kerusi besar menanti kedatangan Santa Claus. Datanglah untuk bergambar dengan Sanya dan menyanyi lagu karol Krismas bersama-sama Akademi Broadway pada masa berikut:
Koir: 2ptg, 4:30ptg, 5:40ptg
Santa  & Elf & Koir: 5:40ptg
String & Brass: 12:30tgh, 3ptg


Hill Top Walk Krismas Wonderland Bazaar
Kawasan Pejalan Kaki Hill Top telah bertukar menjadi Bazar Alam Ajaib Musim Sejuk Krismas yang diilhamkan daripada White Christmas, Charles Dicken. Beli kelengkapan Krismas anda di sini.
Masa : 10:00pg-10:00mlm


SkySymphony, pentas Time Square
Pentas SkySymphony menampilkan karusel berputar, dipenuhi dengan hadiah-hadiah berwarna emas dan patung-patung Nutcracker yang ceria. Snowball Express oleh Genting Studios akan membawa penonton menggembara ke Kutub Utara bersama-sama hero-hero Genting Highland diiringi muzik daripada filem The Nutcracker. 1001 bebola winch akan bergerak selari dengan penceritaan, berubah menjadi pelbagai bentuk untuk memukau para penonton. Pokok Krismas setinggi 3 tingkat akan muncul pada penghujung cerita diikuti persembahan tarian pop-up.
Time : 10:00pg, 12:00tgh, 2:00ptg, 4:00ptg, 6:00ptg, 8:00mlm, 10:00mlm dan 12:00 tgh mlm


Perarakan SkyAvenue
Perarakan yang bermula dari SkySymphony yang dikenali sebagai Perarakan Snowball Express menampilkan 6 watak Wira Genting Highland  dan 6 penari berkostum. Perarakan bermula di SkySymphony
Masa: 3:10ptg
Tarikh: Sehingga 29 Disember


Laman Allie, Aras Bawah, SkyAvenue
Laman Allie menjanjikan sebuah taman permainaan yang menyeronokkan dengan pelbagai jenis permainan. Ia termasuk melakukan gaya gila-gila di kios Be A Pin Up, mengumpul patung mainan lembut di Mesin Tabby Giant Claw, menangkap batang kayu dalam Be Fast & Be Sharp Like Callie dan mengelak gegaran dalam cabaran Geno Shake Shake No More. Karnival Permainan Krismas Laman Allie akan dibuka kepada pengunjung yang membeli Tiket Kombo Penjimatan Taman Tema atau menjamu selera di Ed’s Diner atau Medan Selera. Wira-wira Genting Highland turut akan berada di sini untuk bertemu dan beramah mesra setiap hari.
Masa : 10:00pg – 10:00mlm setiap hari


Taman Metro
Bertempat di bahagian luar Taman Metro dua acara diadakan setiap petang iaitu pada pukul 7:30mlm untuk persembahan Cahaya Krismas dan 10mlm pertunjukan Krismas. Persembahan Krismas dimulakan dengan kemunculan Brian Zimmerman sebagai Santa Claus, Elf, rusa kutub, peluncur ais, Kumpulan Koir Broadway, The Voice of Independent Brass Ensemble & Strings dan Kuartet Krismas dari New York.


Pokok Krismas setinggi tiga tingkat berdiri megah bersebelahan Taman Gazebo. Terdapat juga bir dan kios menjual juadah perayaan. Jika ingin bergambar, terdapat sebuah bas bertingkat London yang dibalut seperti hadiah diparkir bersebelahan Pasar Krismas Eropah.

Meluncur Ais di Taman Metro 
Para pengujung boleh meluncur dan meniru gaya seperti juara luncur ais Rusia apabila gelanggang ais dibuka kepada awam dua kali sehari pada pukul 5:30ptg dan 8:30mlm. Bayaran masuk sebanyak RM30 untuk hari bekerja dan RM35 pada hujung minggu serta RM50 pada hari sebelum cuti umum dan cuti umum. Harga termasuk sarung kaki dan tangan.


Filem & Pertunjukan Air
Filem popular Krismas seperti How the Grinch Stole Christmas akan ditayangkan termasuk pertunjukan Air khas Power of Love dan I Believe sepanjang bulan. Perlawanan Liga Perdana secara langsung turut akan ditayangkan pada skrin besar setiap hari Jumaat dan Sabtu.

Makanan yang Berlambak di Taman Gazebo
Beramah sambil menikmati makanan lazat daripada 10 trak makanan. Terdapat II Lago, ikan dan kentang goreng panas daripada Harry Ramsden, Taman Krismas dan kios menjual juadah perayaan. Bas bertingkat London dibalut seperti hadiah turut ada di sini.


Tahun Baru Countdown
Menyaksikan bunga api spektakular pada tengah malam 31 Disember di Taman Metro, Star Lake atau Highline.
Masa Operasi Taman Metro
12tgh - 11mlm: Isnin hingga Khamis
12tgh – 12tgh mlm: Jumaat hingga Ahad
24/12: 12tgh - 12 tgh mlm
31/12: 12tgh - 1pg


Rumah Seram Train to Busan
Peminat tegar filem yang memenangi anugerah ini kini boleh merasai pengalaman yang menakutkan di Rumah Seram Train to Busan. Terdapat juga permainan adrenalin VR 360 untuk bertarung dengan musuh. Terdapat juga Retail Street, tempat yang menyediakan mi Korea, kimchi dan minuman.
Rumah Seram & Permainan VR 360: 12:00tgh – 10:00mlm
Retail Street: 10:00pg – 10:00mlm

Jualan Akhir Tahun Genting 2019
Jualan Akhir Tahun Genting 2019 akan berlangsung di pusat beli-belah SkyAvenue dan Genting Highlands Premium Outlet bulan Disember ini. Terdapat tawaran kilat sehingga 70% untuk Taman Tema Tertutup Skytropolis.
Masa: 10:00pg – 10:00mlm
Tarikh: 12hb eksklusif untuk ahli/13-15 Disember dibuka kepada umum


Taman Tema Tertutup Skytropolis
Nikmati 16 permainan di Skytropolis. Beli pas tanpa had pada harga RM60 untuk 1 Hari atau RM78 untuk 2 Hari. Terdapat juga pakej kombo dengan aktiviti lain seperti di Snow World, Big Top, Senikome Peng Heng (seni dan budaya) dan The Void. Pengalaman hiper realiti pertama di Asia, The Void ketika ini menayangkan Avengers: Damage Control (masa terhad sahaja), Star Wars: Secrets of the Empire, Ralph Breaks VR dan Nicodemus. Akan dibuka pada Disember ini adalah SkyVR, satu lagi pengalaman adrenalin VR baharu.
Masa : 10:00pg – 10:00mlm

Sambutan Hari Krismas di Resorts World Genting akan bermula pada 28 November 2019. Anda semua di jemput hadir bagi memeriahkan sambutan tersebut dengan pelbagai acara hiburan hebat yang telah disediakan untuk sepanjang musim. Untuk maklumat lanjut sila layari visit www.rwgenting.com atau hubungi +603 6101 1118.






Jika anda seorang yang penuh dengan semangat, bertenaga dan seorang penghibur luar biasa, Resorts World Genting perlukan anda! Penyanyi berkebolehan, penari dan penghibur maskot amat dialu-alukan bagi menghadiri sesi uji bakat pada 17 November ini untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang terawal menyertai taman tema yang akan dibuka tidak lama lagi.


Sesi uji bakat sehari ini akan berlangsung pada hari Ahad di Studio Sole to Soul Dance, Petaling Jaya. Penghibur yang berminat terlebih dahulu digalakkan mencipta profil dan mendaftar untuk sesi uji bakat di www.gentingauditions.com sebelum tarikh sesi uji bakat berlangsung.

Sesi uji bakat untuk Penari Teknikal, Penari Komersial dan penghibur berkarakter akan bermula pada pukul 1.00 petang, dan diikuti penyanyi, pelakon dan penari. Penyanyi Yang Boleh Berlakon & Belajar Koreografi diadakan pada pukul 4.00 petang.

Para penari yang datang untuk uji bakat kategori pertama perlu berkebolehan dalam gaya tarian teater muzikal dengan berupaya untuk segerak bibir, dan perlu memiliki tahap stamina tinggi dan berwajah ekspresif. Calon juga perlu serba boleh, mampu menari hip-hop dan jazz serta berupaya untuk belajar tarian Latin dan Samba. Perwatakan mesra keluarga dicari untuk Penari Komersial.

Sementara itu, penari yang mampu mendekati para penonton secara dekat dan berminat untuk menjadi Penghibur Karakter perlu memiliki tahap motivasi tinggi untuk menghidupkan watak berkostum (maskot)  serta mampu bercerita menerusi pergerakan dan koreografi.

Penghibur yang datang untuk uji bakat sebagai watak utama bagi menjadi penyanyi/pelakon/penari perlu memiliki semangat klasik Hollywood manakala kategori terakhir yang disebut mencari seorang penyanyi yang dinamik dengan bunyi suara pop/rock dan boleh berdialek Americana.

Semua penghibur diingatkan untuk berada di tempat uji bakat sejam lebih awal bagi sesi pendaftaran. Calon-calon yang berjaya bakal mendapat pakej dengan pelbagai faedah menarik selain berpeluang mencipta sejarah bersama taman tema keluarga Resorts World Genting.

Pencarian bakat Resorts World Genting November ini turut akan diadakan di Melbourne pada 21 November, Brisbane pada 22 November dan di Manila pada 24 November. Semua pemohon dari Manila, sila layari www.tinyurl.com/rwgentingauditionsph untuk pendaftaran.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.rwgenting.com atau untuk sebarang pertanyaan boleh diajukan di auditions@rwgenting.com atau hubungi +603-6101 1118.








Rumah Seram Train To Busan di Resorts World Genting akan membuka pintunya kepada semua peminat filem tersebut dan juga kepada kaki genre seram di Malaysia dan rantau ini. Pertama seumpamanya di dunia, Rumah Seram akan dilancarkan pada 31 Oktober 2019, dengan menghidupkan kembali filem blokbuster terkenal Korea menjadi satu pengalaman unik dan mendebarkan. Ia dibawakan khas untuk anda oleh Resorts World Genting dan syarikat tambang murah AirAsia.


 “Ini bukannya kali pertama acara hebat sempena Halloween yang kami cipta di Resorts World Genting, tetapi saya percaya ia adalah yang terbaik,” kata Roger Ong, Penolong Naib Presiden Acara dan Hiburan Resorts World Genting. “Sebagai peneraju dalam bidang hiburan keluarga di Malaysia dan rantau ini, kami sentiasa berusaha lebih untuk memenuhi kehendak pelanggan. Oleh sebab itu kami memilih Train To Busan, memandangkan ia sudahpun dikenali dan kerana itu juga kami memillih untuk bekerjasama dengan Vividthree yang merupakan peneraju utama dalam bidang menghidupkan kembali filem-filem blokbuster. Kami amat-amat berterima kasih kerana Vividthree tanpa lengah bersetuju untuk projek ini untuk menghasilkan Rumah Seram hebat ini.

Kerjasama dengan Vividthree, sebuah syarikat produksi kandungan digital dari Singapura, Rumah Seram Train To Busan adalah hasil terbaik yang boleh dicapai dalam pengunaan teknologi di lokasi. Dengan pengalaman yang dimiliki oleh Vividthree seperti penglibatan dalam filem trilogi pecah panggung  Ah Boys To Men dan filem animasi Hollywood Robotropolis – syarikat itu berjaya mencipta satu pengalaman seram menarik yang dianggap sebagai salah satu karya hebatnya. Bagaimana ia dibuat? Pasukan produksi daripada Vividthree membawa kami di sebalik tabir dan tunjuk pembikinan Rumah Seram hebat ini.

Di Sebalik Tabir

Bekerjasama dengan pemilik IP Train To Busan, Content Panda, Korea Selatan, Rumah Seram menggunakan teknologi terkini dunia digital dan realiti maya dan seseorang itu perlu merasai sendiri perasaan takut itu untuk percaya. Rumah Seram dicipta dengan teliti supaya ia memiliki jalan cerita yang sama dengan filem sebenar dan memiliki plot tambahannya sendiri.

Bermula dengan menonton filem tersebut – filem yang berjaya mengutip kutipan kasar tertinggi di Korea Selatan – berulang-ulang kali, pasukan Vividthree mengenal pasti bahagian dan adegan yang difikirkan sesuai untuk digunakan dan diterjemah ke dalam pengalaman fizikal. Menurut Vividthree, ia adalah satu cabaran besar buat pasukan itu untuk mengekalkan keaslian karakter dan dalam masa sama membuka peluang kepada kemungkinan baru.

 “Kami tanya pada diri sendiri: apa yang kami akan lakukan sekiranya kami adalah salah seorang daripada mereka (orang Korea) yang terperangkap dalam malapetaka zombie? Apa akan berlaku sekiranya kami memilih adegan yang berbeza berbanding apa yang telah dilakukan oleh watak-watak dalam filem tersebut,” kata Jed Mok, Ketua Pegawai Eksekutif  Vividthree. Ia amat menyeronokkan untuk mencari semula idea dan lihat apa yang boleh dilakukan serta bagaimana kami boleh menambah baik. Tetapi, ia juga merupakan satu cabaran besar ketika bekerja dengan pemilik IP yang berjaya seperti Train To Busan kerana mereka mempunyai begitu ramai peminat di seluruh dunia yang menyukai filem itu.

Pasukan itu berjaya siapkan tetapan Rumah Seram dalam tempoh 48 jam selepas babak akhir filem itu dengan bertanyakan beberapa soalan: apa lagi yang berlaku di Seoul, Daejeong dan Busan, serta apa akan berlaku kepada mangsa yang masih hidup? Dengan menggunakan petunjuk yang ditinggalkan oleh pengarah filem itu, lebih daripada konsep diperhalusi untuk dijadikan produk akhir, dan dihidupkan kembali menerusi gabungan pelakon hidup, teknologi digital, video baharu dan kesan bunyi. Menerusi perbincangan dengan Content Panda, filem tersebut secara dilebarkan dramatik: dimana peminat filem berkenaan akan merasai pengalaman yang sama seperti filem asal Train to Busan, serta masih mampu menawarkan rasa takut buat mereka yang tidak biasa dengan filem itu. 

 “Rumah Seram Train to Busan dipecahkan kepada beberapa bahagian dan setiap satu mempunyai keunikan tersendiri yang diilhamkan daripada filem itu,” jelas Roger. “Apabila pengunjung masuk untuk mengalaminya, mereka akan dibawa ke kawasan sibuk di Seoul yang diterangi cahaya lampu neon, serta turut menempatkan makanan penjaja terbaik di Korea. Selepas membeli tiket kereta api, mereka kemudian akan masuk ke kawasan stesen kereta api yang sudah musnah,  yang terletak di aras dua stesen menghempap para penumpang dan juga terdapat zombie kelaparan di bawah runtuhan. Para penumpang kemudian perlu berjalan melalui dua kawasan Rumah Seram. Yang pertama terdiri daripada kedai-kedai runcit Stesen Kereta Api Daejeong yang musnah, dan yang kedua di dalam kereta api yang telah ditinggalkan. Tetapi berwaspada, anda tidak keseorangan! Selepas kawasan Rumah Seram, penumpang kemudian boleh menuju ke kawasan Kem Utama untuk bertarung sama ada sebagai mangsa yang selamat atau zombie. Setiap zon menawarkan tahap keseronokkan dan takut yang berbeza, dan setiap satu mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Mencipta Rumah Seram

Rumah Seram akan diseramkan lagi dengan barisan 50 pelakon dan pekerja , yang akan dipilih mengikut saiz fizikal dan kemahiran berlakon. Bekerja mengikut syif, para pelakon – kesemuanya rakyat tempatan – akan memainkan peranan sebagai zombie dan mangsa yang terselamat dalam menghidupkan jalan cerita yang dibuat oleh  Vividthree. Perhatian kepada butiran kepada para pelakon dan kostum adalah besar. Diketuai oleh seorang artis tempatan yang memenangi anugerah, proses solekan untuk seorang pelakon mengambil masa sehingga 2 jam, manakala pakaian yang dikenakan ditata khas untuk dikenali oleh peminat filem tersebut.

Persiapan Rumah Seram Train to Busan mengambil masa beberapa bulan untuk siap. Ia merangkumi persiapan seni, reka bentuk set, tema peralatan dan teknikal yang membuatkan ia kembali hidup. Setiap aspek pengalaman hadir dengan cabarannya sendiri, dan pasukan di Vividthree amat berhati-hati dalam memastikan suasananya sama seperti dalam filem dengan menggunakan kesan bunyi audio dan aset video untuk meningkatkan lagi realisme. Cermin berhantu pagar sesat sebagai contoh mengambil inspirasi daripada filem Mirrors pada tahun 2008 dan babak pertarungan akhir filem Bruce Lee, Enter the Dragon yang membentuk sebuah bilik penuh dengan permukaan reflektif yang mengelirukan dan boneka pakaian menyeramkan. Permainan menembak VR zombie – terdapat di kawasan kem utama – menjadi lebih menarik dengan membolehkan para pengunjung menjadi tentera Korea, mempertahan kawasan kuarantin Busan daripada segerombolan zombie, sama seperti yang dilihat pada babak akhir filem tersebut.

 “Saya amat kagum dengan perincian dan butiran yang diberikan kepada Rumah Seram Train to Busan. Ini adalah hasilnya apabila Resorts World Genting berkerjasama dengan pemain industri yang terbaik dan terhebat,” kata Roger Ong. “Ia satu perjalanan yang cukup menarik, melihat bagaimana pengalaman ini berkembang hanya daripada satu konsep menjadi gambaran cerita sehinggalah ke Rumah Seram sebenar. Kami amat gembira untuk membuka pintu dan menjemput anda menjadi sebahagian daripada filem ini. Rumah Seram Train to Busan memenuhi semua kriteria yang kami ingin capai di Resorts World Genting – ia unik, ia canggih, dan ia mempamerkan bagiamana kami menggunakan teknologi realiti maya untuk mencapai yang terbaik dalam bidang hiburan. Kami juga melihat ia satu peluang untuk mempromosi Korea Selatan itu sendiri, dan bekerjasama dengan jenama untuk membawa nilai sejati Seoul dalam pengalaman itu. Saya percaya kami berjaya mencapai matlamat untuk membuatkan para pengunjung rasa takut. Dan saya berjanji bahawa ia hanya satu permulaan yang hebat kerana kami berhasrat untuk mencipta lebih banyak pengalaman pada tahun-tahun mendatang.

Rumah Seram Train To Busan akan menerima penumpang bermula 31 Oktober 2019 hingga 1 Januari 2020. Dibuka bermula pukul 12 tengah hari hingga 10 malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad antara 1 November hingga 1 Disember 2019 dan setiap hari bermula 2 Disember 2019 hingga 1 Januari 2020. Kawasan Streets of Seoul pula akan beroperasi bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam pada tempoh yang sama.  Tiket Rumah Seram berharga RM90 (RM80 untuk ahli Kelab Ganjaran Genting). Terdapat juga pakej kombo Rumah Seram sekali masuk bersama Pas Previu Skytropolis pada harga RM128. Buat pengunjung yang ingin memotong barisan, boleh berbuat demikian dengan membeli Pas Ekspres berharga RM30. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com atau hubungi +603 2718 1118. Untuk pemegang kad ahli BIG AirAsia, sila layari airasia.com untuk pembelian tiket.








Bayangkan langit gelap dihiasi hiasan bintang-bintang, bergemerlapan seperti berlian bertentangan latar belakang satin. Mendengar irama dan melodi berkumandang seiring dengan aroma makanan berlegar-legar di udara. Di sebelah kiri terdengar jeritan keseronokkan di tapak pesta apabila ada yang memenangi hadiah; di sebelah kanan, kaki wayang bersedia untuk menonton filem-filem blockbuster. Jika ia kelihatan seperti malam yang sempurna untuk keluar, maka Karnival Starlight Resorts World Genting yang dianjurkan buat kali pertama adalah tempat yang perlu anda berada sekarang ini.


Dilancarkan hari ini, Karnival Starlight adalah sebuah festival di kawasan terbuka dengan suasana unik yang akan mengambil tempat pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu sebelum melabuhkan tirai pada 2 November 2019. Menampilkan empat elemen utama iaitu filem, muzik, makanan dan permainan, karnival ini adalah ramuan yang menggambarkan masa paling sempurna berlatar belakang suasana Taman Tasik Century . 

 “Karnival Starlight adalah terjemahan kami dalam mewujudkan suasana paling indah untuk malam penuh dengan kenangan,” kata Dato’ Edward Holloway, Naib Presiden Eksekutif Leisure & Hospitaliti. “Kita berada di kawasan tropika. Oleh itu cuaca panas dalam negara ini jarang mengizinkan acara secara terbuka dilakukan. Namun, di Resort World Genting, cuacanya sentiasa sejuk sepanjang tahun dan ia menjadikan kami tempat paling sempurna untuk menganjurkan acara karnival terbuka ala-Eropah ini. Kami bekerja keras untuk menyediakan senarai filem terbaik, makanan dan pelbagai aktiviti untuk semua lapisan pengunjung baik pasangan kekasih mahupun seisi keluarga. Oleh itu saya berharap para tetamu akan menikmati pengalaman istimewa yang telah kami sediakan dan teruja dengan penganjuran Karnival Starlight ini.

Karnival Starlight yang pertama di Resorts World Genting

Karnival Starlight memiliki tarikan berbeza-beza serta menghiburkan. Di Pawagam Karnival, filem blokbuster karpet merah yang ditayangkan termasuk, A Star is Born, Chicago, Jersey Boys, Mamma Mia & Hairspray. Kesemuanya akan ditayangkan pada skrin layar besar untuk dinikmati para pengunjung sambil duduk di atas beg kekacang dan kusyen. Tayangan filem di kawasan terbuka ini akan memberikan satu suasana baharu ketika menonton terutamanya apabila angin bertiup lembut dan ditambah kedengaran bunyi haiwan malam untuk memberikan faktor lebih ‘wow’ ketika tayangan.


Jika perut terasa lapar, terdapat pelbagai pilihan tempat makan dan makanan yang dijual dari trak makanan di sekitar kawasan karnival. Biarpun trak makanan menyediakan pelbagai pilihan hidangan snek hebat termasuk sosej hingga ke coklat, Resorts World Genting turut akan mempamerkan beberapa hidangan terbaharu suite F&Bnya. FUHU by Zouk, yang merupakan sebahagian daripada kompleks Zouk Genting akan menyediakan beberapa sampel masakan gabungan unik, termasuk tacos pedas FUHU dan bubur pati itik FUHU. Harry Ramsden pula bawakan hidangan kegemaran London ikan dan kentang goreng ke Malaysia, serta masakan Itali seperti piza, pasta dan pelbagai lagi yang di kios II Lago. Cosmic Café akan menawarkan hidangan pilihaan tempatan seperti nasi ayam dan mi bakso, manakala aiskrim serta minuman berasaskan manga boleh didapati di khemah La Cremeria dan trak Sjora. 

Dari matahari terbenam sehinggalah malam menjelang, ruang Karnival Starlight turut akan dipenuhi dengan melodi-melodi. Barisan pemuzik berbakat termasuk Aidan Soloist, VIBES, McBE Duo dan Double Aze akan membuat persembahan di atas pentas Gazebo untuk merancakkan lagi mood malam. Nikmati minuman sambil dibuai alunan bunyi akustik yang menginspirasikan di pentas Karnival Starlight.


Dan tidak lengkap sekira sebuah karnival tanpa permainan yang mencabar dan menyeronokkan. Baik lelaki dan perempuan, cuba nasib dan kemahiran masing-masing di kios permainan seperti menjaringkan bola keranjang di Shooting Star, memutar roda mencuba tuah di Milky Way Spin, Asteroid Toss, Topple Galaxies dan memancing itik di Pick A Star. Berjam-jam masa penuh keseronokkan dan cabaran menanti di Zon Permainan Karnival termasuk peluang untuk membawa pulang hadiah-hadiah menarik.

Ketika bulan Oktober sampai ke penghujung, ia adalah masa untuk menjadi takut. Untuk minggu terakhir Karnival Starlight akan diberi sentuhan menakutkan sempena Minggu Halloween. Tanglung labu, zombie, sarang labah-labah akan menambahkan lagi suasana seram termasuk beberapa elemen yang menghidupkan sambutan pada malam Halloween.

Makan, Minum dan Bersuka Ria di Karnival Starlight 

Tarikan utama Karnival Starlight menjanjikan suasana yang mesra untuk keluarga, buat mereka yang ingin berparti ada tempat yang boleh dituju. Oleh kerana Oktober dan bulan ini adalah untuk Oktoberfest, iaitu acara tahunan di German untuk meraikan asal usul bir di Munich. Resorts World Genting akan meraikan festival itu dengan cara tersendiri di Dewan Oktoberfest yang dianjurkan di sebuah kawasan lain di Karnival dengan menyediakan makanan, minuman, dan hiburan.


Sudah semestinya bir akan menjadi tarikan utama. Terdapat sehingga 19 jenis bir premium disediakan daripada Carlsberg Special Brew ke Brooklyn OPA, Franzikaner Hefe ke Connor’s Stout Porter yang akan dihidangkan dalam gelas sejuk. 

Bir biasanya akan digandingkan dengan makanan. Oleh itu Dewan Oktoberfest akan mempunyai kios makanannya sendiri. Menyajikan gandingan terbaik untuk segelas bir sejuk, para tetamu Oktoberfest boleh pergi ke kios Banger Hanger & Burgers untuk memilih hidangan sosej trufle, sosej kimchi, burger daging berkeju dan burger daging kambing pedas. Kepak ayam dengan pelbagai jenis sos terdapat di kios Extreme Wings manakala  nanchos berkeju pula di Loaded Nachos.

Dewan Oktoberfest turut dilengkapi hiburan muziknya sendiri. Mendendangkan lagu daripada pelbagai genre termasuk klasik hingga ke modern dance, beberapa kumpulan pemuzik akan mengambil giliran di pentas Dewan Oktoberfest untuk menghiburkan para tetamu. Antara penghibur yang mengesahkan kehadiran termasuk Part III, Society of Souls, The Beatles and Queen. Pada malam 2 November 2019, Zouk Genting akan mengambil alih pentas Dewan Oktoberfest untuk mempersembahkan Resorts World Genting Zouk Live! buat kali pertama.

Butiran Karnival Starlight

Karnival Starlight akan berlangsung pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu bermula dari 10 Oktober hingga 2 November 2019. Acara Halloween Hujung Minggu pula akan bermula dari 31 Oktober hingga 2 November 2019. Karnival Starlight turut akan menampilkan satu acara khas Zouk Live pada 2 November 2019. Tiket-tiket sudah boleh dibeli pada harga RM20 dengan caj pemprosesan sebanyak RM4, manakala kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah masuk secara percuma. Pakej penginapan 2H1M di Hotel First World bersama dua tiket masuk ke Karnival Starlight turut disediakan  pada harga RM246 bersih ataupun di Hotel Theme Park (RM628 bersih, sehingga 4 orang). Untuk maklumat lanjut, layari www.rwgenting.com atau hubungi +603 2718 1118.







Masa istimewa tahun ini kembali lagi. Inilah saat dimana seisi keluarga berkumpul sambil diterangi cahaya tanglung dan bulan, menikmati kuih bulan sambil merenung kecantikan serta keindahan malam diterangi cahaya bulan.


Festival Pertengahan Musim Luruh merupakan masa yang dinanti-nanti sepanjang tahun, dan Resorts World Genting akan menganjurkan satu majlis minum teh bertemakan “Tea Party on the Moon” dari 10 Ogos hingga 16 September 2019 bersempena festival tersebut. Ia akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti melibatkan makanan dan permainan, termasuk persembahan animasi baharu Moondance di pentas SkySymphony, SkyAvenue. Terdapat juga pelbagai jenis kuih bulan untuk dinikmati serta pertunjukan hebat di Times Square.

Kemuncaknya adalah Majlis Minum Teh itu sendiri. Dianjurkan oleh Resorts World Genting di SkyAtrium, kawasan itu menjelma menjadi alam semesta sama seperti tema yang digunakan dalam persembahan SkySymphony Moondance. Dilimpahi lampu neon berwarna-warni, majlis minum teh bertemakan “Party On The Moon” menyatukan kesemua elemen penting dalam Festival Pertengahan Musim Luruh iaitu arnab, kuih bulan dan bintang-bintang di atas satu pentas yang bercahaya terang. Cahaya lampu infiniti yang futuristik dengan sentuhan moden dihiasi dengan patung-patung arnab pula berfungsi sebagai laluan pintu masuk ke roket Moondance dan Majlis Minum Teh. Pelbagai hidangan bersempena sambutan festival tersebut turut dijual di 8 kios termasuk kuih bulan terkenal Resorts World Genting dan juga snek-snek lazat daripada Grand Imperial, Overseas, Good Chen, OUG Jade, Dragon I dan Duria. Ia merupakan tempat paling meriah untuk peristiwa yang menggembirakan dan ia adalah tempat dimana semua elemen sambutan Festival Pertengahan Musim Luruh menjadi satu kawasan yang indah dan cantik.

Pasukan Genting Studios di Los Angeles dan Kuala Lumpur mengambil masa lebih empat bulan untuk menghasilkan persembahan Moondance. Ia bakal membawa para tetamu di resort ini hingga ke bulan dengan kesan visual menakjubkan dengan memperlihatkan tema klasik festival Pertengahan Musim Luruh.

Bermula di bumi, persembahan pengembaraan itu ditayangkan menerusi layar skrin LED 360 darjah setinggi empat tingkat dan disokong oleh pergerakan bebola kinetik menerusi sistem win. Dalam perjalanan penuh pengembaraan itu, Highland Hereos Genting – Tabby si Harimau, Allie si Gajah, Joe si Orang Utan, Geno si Dinosaur, Benny si Penghibur dan Callie si Naga - menaiki sebuah roket menuju ke bulan dimana mereka bertemu dengan sekumpulan Arnab Bulan. Dari awal pengembaraan dan penceritaan penuh debaran serta penemuan berjaya diadaptasi secara visual dengan penuh imiginasi.


Moondance merupakan persembahan animasi CG ketiga yang dihasilkan oleh Genting Studios selepas memperkenalkan Highland Hereos. Diarahkan oleh Guy Vasilovich dan dihasilkan oleh Daniel Regis Brown dan Steven Lim Tze Siang, Moondance turut menerima sentuhan daripada pengubah terkenal pemenang Anugerah Emmy, Gigi Meroni.

Sambutan itu tidak terhenti disitu sahaja. Suasana sambutan Pertengahan Musim luruh  bukan sekadar pada layar skrin sahaja, ia menjadi sebahagian daripada pengalaman di Genting. Si arnab yang tinggal di atas bulan seperti dalam kisah dogeng telah turun ke puncak gunung dan mereka bersedia untuk berhibur sambil menyanyi bersama para pengunjung. Persembahan si Arnab menjadi salah satu daripada acara sambutan majlis minum teh, dimana 5 ekor arnab comel dan 5 ekor arnab angkasa lepas akan muncul di Aras 2 dan 4 pusat beli-belah SkyAvenue menari penuh keriangan sebelum bertemu dengan para tetamu di SkyAtrium untuk sesi bergambar. Persembahan kemuncak pula akan diadakan di pentas Times Square. Perarakan dan Persembahan Pentas Arnab akan berlangsung 4 kali sehari (11pg, 1ptg, 4ptg dan 7mlm) pada tarikh-tarikh terpilih antara 10 Ogos hingga 16 September 2019.

Dengan kelibat arnab-arnab melompat di sekitar kawasan pusat peranginan, ia secara tidak langsung mewujudkan suasana sempurna untuk menikmati kuih bulan. Chef-chef pastri terkemuka Resorts World Genting berjaya membuktikan sekali lagi tahun ini kemampuan mereka dalam menyediakan kuih bulan kegemaran ramai dan beberapa resepi baharu. Lima perisa kuih bulan kegemaran pada 2018 iaitu Pes Teratai Telus Kuning, Pu Er Telur Kuning, Pes Teratai Putih Kurang Manis, Jed Emas Telur Kuning dan Pes Teratai Teh Hijau boleh dibeli daripada kios-kios khas dan restoran terpilih di sekitar kawasan pusat peranginan. Tiga perisa baharu turut diperkenalkan untuk tahun 2019: Pes Teratai Putih lembut dengan XO Jingsa, Jed Pandan dengan Coklat Kacang Hazel dan Pes Durian dengan Durian Premium.

Majlis minum teh Resorts World Genting bersempena sambutan Pertengahan Musim Luruh akan bermula pada 10 Ogos hingga 16 September 2019. Untuk maklumat lanjut, layari www.rwgenting.com atau hubungi +603-2718 1118.







Pernahkah rasa untuk terbang lebih pantas daripada sebutir peluru laju? Mempertahankan kotaraya daripada penjahat? Berjuang demi maruah penduduk Amazon? atau rasa seperti pahlawan kebenaran? Pada 30 Jun 2019 ini anda boleh jadi seperti itu, malah akan diberi ganjaran bersempena Hari Adiwira DC yang akan diraikan di Resorts World Genting.


Pertaruhkan imaginasi dan kreativiti anda untuk menguji diri menjadi karakter adiwira DC dan menangi pelbagai hadiah serta ganjaran pada hari tersebut. Pilih ikon global sama ada Superman, Batman dan Wonder Woman, atau karakter adiwira lain seperti Martian Manhunter, Swamp Thing, John Constantine serta Blue Beetle. Anda juga boleh memilih sisi gelap diri dengan mengenakan kostum watak penjahat seperti Joker, Harley Quinn, Lex Luther atau Black Manta. Pilih sama ada untuk memakai pakaian kostum penuh atau sekadar berbaju-T adiwira, Resorts World Genting mengalu-alukan kedatangan semua peminat DC pada Hari Adiwira DC.


Terdapat pelbagai ganjaran dan hadiah untuk tema yang ditetapkan. Hadir dengan kostum lengkap adiwira dan terima pas “Pay-Per-Ride” Taman Tema Tertutup Skytropolis di kios lukisan wajah Skytropolis dari pukul 10 pagi hingga 2 petang, siapa cepat dia dapat. Sertai rakan-rakan cosplayers di Pentas Time Square dari pukul 4 hingga 4.30 petang untuk Perhimpunan Cosplayers

Seramai 90 peserta pertama yang lengkap berkostum akan menerima hadiah. Buat mereka yang berbelanja RM100 dan ke atas, maksimum gabungan tiga resit di kedai-kedai yang mengambil bahagian di First World Plaza, akan turut menerima hadiah misteri.  Adiwira dan penjahat DC  turut boleh menikmati tawaran beli 1 percuma 1 untuk semua jenis piza panas di Motorino Pizzeria di SkyAvenue bermula pukul 7 hingga 8 malam.


Hari Adiwira DC akan berlangsung pada 30 Jun 2019 bertempat di Resorts World Genting. Mereka yang hadir digalakkan memakai kostum adiwira dan akan menerima ganjaran. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com atau hubungi +603-2718 1118.







Bersempena bulan Ramadan yang mulia, Resorts World Genting baru-baru ini tidak ketinggalan untuk menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama anak-anak yatim dan warga emas yang kurang bernasib baik. Majlis berbuka itu diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik khas buat kanak-kanak dan warga emas bersempena dengan musim perayaan dengan meraikan mereka untuk merasai pengalaman terbaharu yang terdapat di Resorts World Genting.


Seramai 158 orang daripada tiga rumah anak yatim (Dar Asnaf Al-Fateh Gombak, Rumah Kasih Nurul Hasanah, Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin) berserta 12 orang warga emas dari Pusat Jagaan Warga Emas Husna Arrashid di bawa melalui Gunung Ulu Kali bagi menikmati permandangan indah hutan hujan sebelum tiba ke puncak. Setibanya di Hotel Genting Grand, kesemua mereka disambut mesra oleh kakitangan Resorts World Genting. Turut bersama-sama menyambut kedatangan mereka adalah Puan Seri Cecilia Lim, isteri kepada Pengerusi Genting Malaysia Berhad dan CEO, Tan Sri Lim Kok Thay, Dato’ Edward Hollaway, Naib Presiden Eksekutif Leisure dan Hospitaliti dan Katherine Chew, Naib Presiden Perhubungan Awam dan Komunikasi.

Senyuman jelas terpancar daripada wajah anak-anak yatim dan warga emas yang disambut mesra oleh semua kakitangan Resorts World Genting sambil menikmati cuaca sejuk. Puan Seri Cecilia Lim dalam ucapannya berkata:

Pertama sekali saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang diraikan kerana sudi hadir ke majlis berbuka puasa pada hari yang cukup istimewa ini. Bulan Ramadan merupakan bulan yang suci buat rakan-rakan beragama Islam yang menjalani ibadah puasa. Bulan ini juga merupakan salah satu masa buat kami menghulurkan tangan dan juga sebahagian daripada cara Resorts World Genting berbakti kepada masyarakat.


Kemesraan antara para tetamu yang diraikan dan wakil pihak Kumpulan Genting seperti kawan, ketika mereka semua dibawa melawati kawasan atrium pusat beli-belah SkyAvenue. Kesemua mereka turut menyaksikan buat pertama kali ‘Batman Experience’ di pentas SkySymphony. Ia merupakan persembahan meraikan 80 tahun adiwira ikonik tersebut menerusi paparan skrin 360 berserta pertunjukan bebola win yang bergerak seiring bersama-sama muzik yang dimainkan.

Selepas selesai menyaksikan pertunjukan tersebut, mereka kemudian dibawa ke Snow World untuk satu lagi pengalaman baharu. Snow World yang terletak di World Plaza memnjanjikan para tetamu pengalaman merasai musim sejuk mempersonakan pada suhu sejuk -6°C. Ketika di situ mereka disambut mesra para kakitangan sambil mengenakan sarung tangan, kasut but dan jaket sejuk. Mereka diberikan satu taklimat ringkas ketika di pintu masuk sebelum dibenarkan masuk menikmati musim sejuk. Kelihatan anak-anak yatim begitu teruja dengan salji dan semua tarikan ilusi 3D. Kedengaran juga tawa riang gembira sesama mereka ketika melungsur dengan tobogan dan membaling bola salji antara satu sama lain.


Setelah puas merasai salji buat kali pertama, kumpulan itu kemudian dibawa bersiar-siar di pusat beli-belah SkyAvenue sebelum ke Adventureland yang terletak di Aras 4 untuk menyaksikan dinosaur dan perkara pelik. Ketika berada di Pusat Penyelidikan Jurassic, mereka dibawa mengembara merentas masa ke zaman ketika dinosaur menguasai bumi. Ada dalam kalangan mereka kelihatan takut dan ada juga yang berani untuk mendekati dinosaur yang dipamerkan. Mereka kemudian meneruskan perjalanan ke dunia pelik Ripley's Believe it or Not untuk melihat barang-barang paling pelik dan aneh di dunia. Di situ mereka juga berkesempatan bermain-main dengan paparan interaktif disulami gelak tawa yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

Sesudah persembahan yang luar biasa IMAGINATRICKS, mereka kemudian keluar untuk menghirup udara sejuk kawasan pergunungan sambil melihat permandangan langit yang bertukar senja. Menghampiri masa berbuka puasa, mereka semua dibawa menaiki kereta kabel Awana Skyway di SkyAvenue sambil melihat panorama indah ketika perjalanan turun. Setelah tiba di Hotel Awana, mereka terus dibawa ke Rajawali Coffee House dengan lebih 100 juadah menanti untuk berbuka. Puan Seri Cecilia Lim, Dato’ Edward Holloway dan Katherine Chew turut kelihatan bagi menyambut mereka.


Apabila azan Maghrib berkumandang, para tetamu mula menikmati juadah bufet bertemakan pasar malam yang disediakan. Terdapat pelbagai gerai yang menyediakan menu makanan dan minuman bercitarasa tempatan yang terdiri daripada pilihan Ayam Percik hingga ke Murtabak, Nasi Beriani ke Kambing Golek, makanan laut segar dan pelbagai pilihan kuih tradisional. Kakitangan Kumpulan Genting yang terlibat turut kelihatan membantu para tetamu bagi memastikan setiap hidangan bufet Buka Puasa yang disediakan dapat dirasai oleh mereka.

Selepas makan anak-anak yatim dan warga emas ini diberikan satu lagi kejutan. Setiap seorang daripada mereka menerima hamper berupa barang keperluan dapur untuk dibawa pulang. Setiap anak-anak yatim turut menerima beg hadiah yang mengandungi set alat tulis serta peket Duit Raya. Tidak dilupakan juga buat warga emas, mereka turut menerima beg hadiah mengandungi barangan kemudahan harian diri.


Selepas selesai semuanya, kini tiba masa untuk mengucapkan selamat tinggal. Pasukan Resorts World Genting  mengambil peluang mengucapkan selamat tinggal kepada setiap tetamu dan mengharapkan mereka bergembira pada bulan Ramadan serta pada Hari Raya Aidilfitri nanti dengan ucapan akan berjumpa lagi. Bulan Ramadan adalah bulan penuh keberkatan dan penganjuran Majlis Berbuka Puasa ini bakal menjadi salah satu hari istimewa buat anak-anak yatim dan warga emas untuk dikenang.







Pertama muncul sebagai sosialit yang menjadi pejuang jenayah Bruce Wayne dalam DETECTIVE COMICS #27 pada 30 Mac 1939, Dark Knight telah berdiri sebagai simbol penentuan, keberanian dan keadilan untuk generasi peminat selama 80 tahun. Dia telah mempengaruhi setiap bidang hiburan moden, yang terdapat dalam banyak buku komik, kartun, siri televisyen, permainan video, taman tema dan pengalaman, mainan, koleksi, pakaian dan gaya hidup, serta filem animasi blockbuster dan live-action.


Bagi memperingati peristiwa penting ini, DC telah melancarkan rancangan global tahunan untuk menghormati detektif terbesar di dunia. Peminat boleh bergabung bersama di bawah slogan kempen #LongLiveTheBat. Peminat di Asia Tenggara sangat gembira untuk mengetahui bahawa sambutan besar pertama di rantau ini akan berada di puncak SkyAvenue, Resorts World Genting, dari tarikh 10 Mei hingga 10 Julai 2019. Bekerjasama dengan Warner Bros Consumer Products dan DC Entertainment, Sky Avenue, Resorts World Genting menyediakan pelbagai aktiviti dan pameran yang menarik di seluruh pusat membeli-belah mereka. 


"Sebagai sebuah resort bersepadu utama di Asia, kami berbangga untuk menjadi tuan rumah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dari DC Comics. Manakala pada masa yang sama meraikan watak tersebut yang telah memainkan peranan penting dalam budaya arus perdana. Saya yakin bahawa keluarga yang datang melawat mendapat pengalaman menarik kerana mereka berinteraksi dengan pelbagai aktiviti dan pameran yang tersebar di  dunia  dalam seluruh pusat membeli-belah ini." kata Kevin Tann, Naib Presiden Hiburan & Acara, Resorts World Genting.

Terdapat 9 elemen menarik sempena sambutan Batman 80 Years yang korang wajib kunjungi di SkyAvenue :


1) Anda haru menyaksikan pertunjukan Batman SkySymphony yang pertama di dunia di Level 1, SkyAvenue. Pertunjukan SkySymphony yang eksklusif akan menjadi extravaganza yang merangsang pancaindera audio dan visual sebagai 1,001 bola win bertukar menjadi pelbagai versi Bat-Emblem. Pada masa yang sama, skrin 360 ° LED besar yang mengelilingi kawasan itu akan menampilkan grafik dari era yang berbeza sepanjang lapan puluh tahun sejarah Dark Knight. Pertunjukan akan dimainkan pada pelbagai acara setiap sepanjang tempoh tersebut.


2) Di samping itu, peminat boleh mengambil gambar dengan patung Batman saiz 1: 1, replika Patung
Batmobile dari filem yang diarahkan oleh Tim Tim Burton dan Batmobile dari Batman vs Superman: Dawn of Justice pada tahun 2016, di Level 1 of SkyAvenue.

3) Satu bahagian acara, yang terletak di SkyAtrium, ditumpukan kepada paparan panel kunci Batman
pencapaian, menggambarkan pembangunan dan sejarah Batman dari tahun 1939 hingga 2019.

4) Bagi pelawat yang suka merakam foto, akan ada special trick-art wall di SkyAtrium.

5) Kanak-kanak juga boleh menyertai keseronokan dengan trek perlumbaan mini Batmobile.


6) Satu lagi kemuncak utama acara yang menarik, pertunjukan secara langsung Batman dan Batman Meet & Greet, akan diadakan tiga kali sehari pada tarikh yang dipilih di stage Times Square. Peminat juga boleh menyertai keseronokan dengan mengambil bahagian dalam acara cosplay pada 28 Jun - 30 Jun dan 05 Julai - 7 Julai 2019 di Times Square juga.

7) Level 3 SkyAvenue akan memaparkan paparan replika 'chibi' Batman patung termasuk The Joker and Poison Ivy dan lain-lain. Chibi adalah perkataan Jepun yang menggambarkan watak-watak yang digambarkan dalam cara yang comel dan dibesar-besarkan. Di sini, peminat akan melihat Batman yang biasanya keras dalam cahaya baru.


8) Elemen unik yang lain di SkyAvenue adalah seni Wayang Kulit yang dibuat oleh penggemar, bentuk tradisional daripada mainan boneka wayang di mana angka boneka diproyeksikan pada skrin linen. Pameran ini akan menyerlahkan budaya Malaysia dengan cara yang unik dengan seni Batman bergaya Wayang Kulit dipaparkan di SkyAtrium.

9) Peminat dan pelawat Malaysia ke resort ini dapat membawa pulang barangan kegemaran mereka iaitu merchandise Batman dari kedai pop-up terletak di Skytropolis dan First World Lobby. Barang eksklusif juga akan tersedia untuk penebusan.

Jika anda adalah peminat tegar Batman boleh mengetahui segala aktiviti dalam media sosial menggunakan hashtag #Batman80 dan #LongLiveTheBat. Layari laman web www.Batman80.com dan www.rwgenting.com/attractions/sky-avenue/ untuk update terkini.







Bersempena bulan kasih sayang dan Tahun Baru Cina, Resorts World Genting mengambil kesempatan menyemai kasih sayang dengan mengunjungi pesakit kanak-kanak yang di tempatkan di Wad Onkologi dan Kanser, Kompleks Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak, Pusat Perubatan Universiti Malaya.


Puan Seri Cecilia Lim, isteri kepada Pengerusi Genting Malaysia Berhad, Tan Sri Lim Kok Thay berkata, “ Lawatan kami hari ini hanyalah satu sumbangan kecil oleh Resorts World Genting untuk memberi senyuman dan keceriaan dalam kalangan pesakit. Membantu kanak-kanak merupakan sesuatu yang dekat di hati saya dan berharap dengan lawatan ini ia akan menjadi memori indah buat para pesakit serta secara tidak langsung membantu mereka supaya cepat sembuh".


Mereka yang terdiri daripada pesakit kanser, diabetes dan demam denggi kelihatan ceria selepas dilawati oleh maskot rasmi taman tema tertutup Skytropolis Funland, Resorts World Genting. 150 pesakit yang dilawati merupakan bayi dan kanak-kanak.


Allie the Elephant dan Tabby the Tiger bertepuk ria dengan kanak-kanak dan berperwatakan riang serta penuh semangat. Kedua-dua maskot itu berpakaian mengikut tema sambutan dengan Tabby the Tiger menggenakan samfu berwarna merah dan Allie the Elephant kelihatan comel dengan pakaian Ceongsam berwarna kemerahan. Frankie si badut turut menghiburkan kanak-kanak dengan pelbagai reka bentuk haiwan menggunakan belon serta membuatkan mereka ketawa dengan jenaka lucu.


Buku dan set pensel mewarna serta KFC turut diedarkan oleh Puan Seri Cecilia Lim & Katherin Chew, Naib Presiden Perhubungaan Awam & Komunikasi dengan ditemani Dr. Azriyanti Anuar Zaini, Pakar Pediatrik  Endokrinologi, Jabatan Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya.


Beliau turut mengedarkan angpau bersempena perayaan Tahun Baru Cina. Oren Mandarin dan tat nanas yang dihasilkan khas oleh Chef Resorts World Genting turut diedarkan kepada para jururawat yang bertugas. Apa yang pasti kesemua pesakit kanak-kanak diraikan dengan penuh kenangan sempena bulan penuh kasih sayang.

Untuk maklumat lanjut, hubungi +603 2718 1118 atau layari www.rwgenting.com






Resorts World Genting mengubah landskap realiti maya di Malaysia dan dengan cara yang lebih hebat dan jauh lebih canggih. The VOID ini membawa pengalaman hyper reality yang pertama seumpanya di Malaysia. Peminat setia filem Star Wars wajib mencuba pengalaman ini kerana ia membawa kepada realiti kita seperti dalam filem tersebut. The VOID ini dicipta dengan kerjasama ILMxLAB, sebagai yang pertama di Asia dan akan mula dibuka 6 Disember 2018 di Skytropolis Funland SkyAvenu Genting Highlands.




Permainan daripada filem Star Wars : Secrets of the Empire membawa anda terus ke alam semesta Star Wars di planet Mustafar. Menggunakan teknologi canggih, anda akan dapat mendengar, merasakan, menyentuh dan mencium bau untuk membawa anda lebih dekat dengan cerita, watak dan tempat melalui dunia maya dan fizikal yang dicampur. Semasa sebelum mula permainan ini anda akan diberi penerangan terperinci tentang misi ini yang perlu diselesaikan.



Kemudian anda akan dipakaikan dengan sut khas yang agak berat tapi cukup selesa mengikut saiz anda. Ini kerana sut ini yang akan membawa anda rasa lebih realiti seperti askar Stromtrooper. Bila dilihat pada google yang diberikan anda akan nampak anda berubah putih seperti askar tersebut. Memang real sangat kerana kaki dan tangan segalanya lengkap. Kemudian anda akan dibekalkan dengan senjata laser khas untuk menyerang musuh.



Di bawah perintah pemberontakan yang bangkit, satu pasukan terdiri daripada empat orang akan masuk planet Mustafar yang cuba ditakluk. Misi anda adalah untuk memulihkan keadaan dan menentang musuh yang penting untuk memhapuskan pemberontakan. Di samping bantuan robot K-2S0, pasukan anda mesti menavigasi kemudahan musuh yang menghadapi bahaya pada setiap masa. Menyamar sebagai pemanah roket, merebut blaster, menyelesaikan teka-teki, dan melawan raksasa lava gergasi dalam usaha untuk memenuhi misi anda.



The VOID di Resorts World Genting akan menjadi lokasi pertamanya di Asia menyediakan pemaninan ini. Ia dijangka menjadi salah satu tarikan yang mesti dikunjungi di Genting Highlands cuti sekolah ini. Jualan tiket telah bermula untuk Star Wars: Secrets of the Empire dan pre-order kepada orang awam telah dibuka mulai 30 November 2018 pada harga RM130 setiap satu misi. Satu game ini akan mengambil masa dalam 15 minit sahaja tapi bila sudah berada dalam permainan terasa begitu pantas masa berlalu. Good luck team.

Maklumat lanjut dan booking tiket hubungi:-
Tel : +603 2718 1118 
Laman web : www.rwgenting.com






Musim cuti perayaan Krismas, Tahun Baru dan Tahun Baru Cina kali ini dimeriahkan dengan kehadiran makhluk dari siri permainan video terlaris Nintendo iaitu PokémonPokémon Festival @ Resorts World Genting telah bermula 1 Disember 2018 hingga 28 Februari 2019. Anda yang memang minat kepada watak utama dalam Pokemon iaitu Pikachu akan muncul di festival ini. Jadi kalau anda datang bercuti kat pucak tinggi yang sejuk ini akan dapat berjumpa dengan watak Pokémon dimerata-rata tempat.


Raksasa poket yang disukai ramai dan menjadi ikon budaya pop seperti Pikachu, Eevee, Bulbasaur, Squirtle dan Charmander akan dipamerkan di seluruh Resorts World Genting, bersama dengan puluhan spesies Pokémon lain. Watak-watak istimewa ini akan dipamerkan dalam empat bahagian iaitu di Level 3 SkyAvenue Mall bermula 1 Disember 2018. Kemudian di Level 2, First World Plaza bermula 15hb Disember 2018 dan Peringkat Symphony, Level 1, SkyAvenue Mall bermula 10hb Januari 2018 dan sehingga festival berakhir.




Dalam tempoh Pokémon Festival @ Resorts World Genting ini akan ada juga Pikachu Parade yang berlangsung setiap hari di Level 1 SkyAvenue Mall, yang menampilkan 8 penari bersaiz Pikachus. Musim Krismas pula perarakan ini akan berubah menjadi extravaganza bertema musim sejuk, dengan Santarina, Giant Xmas Balls dan Eelf. Manakala sambutan Tahun Baru Cina 2019 pula perarakan itu bertukar sekali lagi menjadi perayaan merah keemasan yang meriah.





Paling menjadi tumpuan ramai adalah wintry bang sebagai Pokok Pokémon tertinggi di dunia yang telah dilancarkan pada majlis pelancaran baru-baru ini. Pokok ini terletak di dalam Skytropolis Funland dan dihiasi dengan beratus-ratus hiasan watak kartun Pokémon, ini juga akan menjadi pokok Krismas bertemakan Pokémon yang pertama di Malaysia. Ia adalah titik fokus untuk peminat Pokémon muda dan tua untuk berkumpul dan meraikan keajaiban Pokémon Krismas tree dan bergambar bersama kenang-kenangan.


Adaptasi daripada permainan video popular Pokémon GO memberi peluang kepada anda untuk menjalajahi pemainan ini dalam kehidupan sebenar. Melalui Pokémon Trainer program, pemain muda boleh menerima buku jurulatih dari empat Pokémon Trainer Stops yang khusus di seluruh pusat membeli-belah. Dalam buku berharga ini, jurulatih Pokémon yang baru diberi kuasa dapat menangani pelbagai misi dan pencarian yang terdapat di seluruh Resort World Genting. 






Menangkap Pokémon untuk menyelesaikan teka-teki yang mencabar; sebaik sahaja latihan selesai, jurulatih boleh mengemukakan buku jurulatih selesai mereka untuk menerima satu set 8 pelekat Pokémon edisi terhad dari kedai Pokemon Pop-Up khas di Resort World Genting. Misi yang berbeza akan disediakan untuk sambutan Krismas dan Tahun Baru Cina, yang membolehkan Jurulatih Pokémon untuk menangkap semua.




Kedai Pokemon Pop-Up pula terletak di Level 3 SkyAvenue Mall. Kedai ini akan menampilkan pelbagai barangan premium dan memorable yang diimport terus dari Pusat Pokémon di Tokyo, Jepun. Ia adalah tempat yang sempurna untuk membeli hadiah Krismas atau mempersiapkan perayaan Tahun Baru Cina bagi anda pencinta Pokémon. Di Vision City, pastikan anda mengumpul semua cip Pokémon TRETTA yang berbeza & dapatkan cip tretta percuma terhad dari Pokémon Pop-Up Store. 

Maklumat lanjut aktiviti ini boleh hubungi :-
Tel : +603 2718 1118 
Laman web : www.rwgenting.com