Dunia Penuh Gosip - Review Dunia Penuh Gosip: Review - All Post
Memaparkan catatan dengan label Review. Papar semua catatan
Kali ni review sebuah filem animasi berteknologi tinggi dari penerbit Laika. Terima kasih kepada ChurpChurp atas tayangan perdana filem ini di TGV One Utama baru2 ini. Mahagosip teruja juga untuk tonton filem animasi walaupun rasa filem ini sesuai untuk kanak2. Filem yg di adaptasi daripada sebuah novel "Here Be Monsters!" mengisahkan kehidupan The Boxtrolls di dunia bawah tanah.


Sedikit sinopsis tentang filem ini.
"The Boxtrolls, komuniti yang aneh, makhluk nakal tapi penuh kasih sayang telah dibangkitkan seorang budak lelaki yatim bernama Eggs. Membina rumah gua yang menakjubkan di bawah jalan-jalan di kampung Cheesebridge. Apabila penjahat di bandar ini, Archibald Snatcher datang dengan rancangan untuk menyingkirkan The Boxtrolls, Eggs memutuskan untuk meneroka di atas tanah di mana dia bertemu dengan Winnie Portley-Rind. Bersama-sama, mereka merangka pelan berani untuk menyelamatkan keluarga Eggs. Adakah misi mereka berjaya bagaimana kesudahannya..."


Membariskan suara latar dari pelakon hebat seperti Isaac Hempstead-Wright suara Eggs, Elle Fanning suara Winnie Portley-Rind, Ben Kingsley suara Archibald Snatcher penjahat, Dee Bradley Baker suara Fish, Wheels dan Bucke. Cerita ini ringan dan mudah untuk di fahami sesuai untuk golongan kanak2 yg suka kepada watak comel dan kelakar. Dalam jalan cerita ini di terapkan unsur humor untuk menghiburkan penonton.


Bagi Mahagosip filem ini bagus untuk tontonan kanak2 di musim cuti sekolah ini, jadi ibu bapa gunakan masa cuti ini untuk bawa anak2 anda menoton filem ini yg bermula tayangan di Malaysia 11 September 2014 ini. Bagi Mahagosip filem ini 3 bintang dan animasi juga bagus. Jgn lupa untuk menonton ok.







Mahagosip berkesempatan untuk menonton file LUCY di TGV One Utama. Terima kasih kepada ChurpChurp Malaysia kerana memberi tiket percuma untuk tayangan premium file ini. Bagi Mahagosip ia adalah filem yg penuh saintifik dan penuh pemikiran logikal akal manusia. Filem untuk tontonan 18 tahun keatas memang mencabar minda untuk di tonton. Sedikit sinopsis jalan cerita file LUCY.


"Lucy adalah seorang wanita berusia 25 tahun Amerika yang tinggal dan belajar di Taipei, Taiwan. Dia ditipu bekerja sebagai keldai dadah oleh teman lelaki barunya, yang majikannya adalah Korea bos bernama Encik Jang. Lucy menyampaikan beg bimbit kepada Encik Jang mengandungi dadah sangat berharga sintetik dipanggil CPH4. Dia ditangkap dan beg ubat itu secara paksa dijahit ke dalam perut dan yang tiga keldai dadah lain yang juga akan mengangkut dadah untuk jualan di Eropah. Semasa di dalam kurungan Lucy, telah ditendangan di perut, memecahkan beg, melepaskan sejumlah besar dadah ke dalam sistem badannya. Hasilnya, dia mula memperoleh semakin kuat dan meningkatkan keupayaan fizikal dan mental, telepati, telekinesis, perjalanan masa mental, dan dia boleh memilih untuk tidak merasa sakit atau ketidakselesaan lain, di samping kebolehan lain".


LUCY membariskan pelakon yang hebat dan juga mantap seperti Scarlett Johansson sebagai watak LUCY, Morgan Freeman sebagai Professor Norman, Choi Min-sik seabgai ketua gengster Mr Jang, Amr Waked sebagai pegawai polis, Julian Rhind-Tutt dan ramai lagi. Bagi Mahagosip ini adalah sebuah filem bagus dan membuka minda untuk berfikir. Anda boleh menonton filem ini bermula 21 Ogos 2014 dan masih lagi di tayangkan di seluruh pawagam utama negara. Dalam rangkin filem ini Mahagosip berikan 3 bintang. Filem ini juga dapat di tonton dalam 3D.




 
Bila rasaksa menjelma apa yang kita akan buat. First mesti kita siap2 kemas untuk melarikan diri dan juga mencari tempat perlindungan. Tapi kalau rasaksa tu lebih besar dan lebih tinggi daripada banggunan 30 tingkat mcm mana nak lari tak cukup tanah rasanya. Kalau rasaksa lawannya mesti ramai kata Ultraman tak pun Power Ranger hehehhehe... Tapi dalam Pacific Rim rasaksa lawannya adalah juga sama saiz dengannya baru padan.

 

Itulah yg ditonjolkan dalam Pacific Rim lakonan Charlie Hunnam di mana robot di cipta untuk berlawan dengan rasaksa. Tetapi robot yg di kawal dengan 2 kuasa dan tenaga manusia di dalam kepala robot tersebut. Cerita ini mengisahkan bagaimana bumi telah di ancam oleh rasaksa yang keluar dari kerak bumi. Rasaksa yang di gelar Kaiju mempunyai beberapa level kekuatan. 


Elemen kekuatan dan juga kerjasama antara team yg di terapkan dalam filem ini menjadikan jalan cerita yg lebih kuat dan menarik. Kekuatan pasangan dalam mengawal robot di sangkut paut dengan kekuatan mengawal emosi antara kedua-dua pemandu robot. Filem ini memang hebat dengan kesan rasaksa Kaiju yg real dan juga bunyi menjadikan filem ini hebat dan membangkit semangat.


Daripada 5 bintang Mahagosip bagi 4 bintang untuk filem ini. Memang tak bosan dan penuh dengan aksi2 lawan yang mantap antara robot dan rasaksa. Boleh di tonton untuk semua peringkar umur dan boleh bersama kawn2 meluang masa hari minggu. Selamat menonton....





Sekali lagi movie lakonan hebat pelakon yang cukup terkenal dengan watak2 yg unik dan pelik di bawahnya Johny Depp berganding dengan pelakon yg hebat juga Armie Hammer menjadikan movie "The Lone Ranger" sebuah kisah sejarah yang kelakar. Mana tak kelakar apabila watak Johny Depp memang cukup sinonim dengan seorang yang serius tapi ada unsur humor dalam lakonannya. Kali ni nak buat review pasal movie ni tapi apa pun terima kasih kepada SinarFM kerana memberikan tiket percuma tayangan perdana movie ini.


Filem ini berkisahkan kepada kisah sejarah pembinaan landasan kereta apa antara dua benua besar. Daripada America Utara kepada America Selatan menyeberangi sebuah gurun yg menempatkan kaum Red Indian. Di situ bermula segala suka duka san gelak ketawa yg di muatkan dalam cerita ini. Apabila menonton filem yg berdurasi 2 jam ini anda tidak akan rasa kebosanan langsung malah tertunggu-tunggu aksi seterusnya yg bakal keluar. Semua bermula apabila pemusnahan kau Red Indian oleh org kulit putih yg tamak dan cuba untuk mengusai tanah gersang yg kaya dengan biji timah.


Maka landasana keretapi adalah cadangan mereka bertujuan untuk memberi kemudahan kepada kesemua pihak apabila ia siap. Tetapi sesetengah pihak mengambil keuntungan di sebalik pembinaan landasan kereta api ini. Di situlah kuasa seorang peguam muda yg pulang ke kampung halaman untuk menegakkan keadilan lakonan Armie Hammer di jadikan cerita. Bertemu dengan seorang kawn baru dari suku kaum Red Indian lakonan Johny Depp menjadikan ia sebuah filem kelakar pula. 


Watak Johny Depp hidup sebagai seorang bangsa Red Indian yg begitu kuat kepada kepercayaan kuno meraka sehinggakan seekor kuda putih di gelarnya Penyampai Roh yg hidup semula. Namun niat mereka untuk membalas dendam terhadap org kulit putih yg membelot melalui liku-liku dan suka duka sebagai seorang Lone Ranger. Bagaimana kesudahannya kena tonton sendiri di pawagam berhampiran anda dan juga filem ini sesuai di tonton oleh semua kaum dan peringkat umur bermula 4 Julai ini. Daripada 5 bintang saya bagi 4 bintang untuk filem ini. Thaniah sebuah karya yg berat tapi mempunyai jalan cerita yg mudah di fahami dengan element humor yg di selitkan dalam cerita ini menjadi.







Sebuah lagi movie yg masih hangat di tayangkan di seluruh panggung wayang seluruh Malaysia sekrang OZ The Great and Powerful. Sebuah kisah adaptasi daripada sebuah novel menggunakan kena 3D lebih hebat dan lebih mantap. Kisah kehidupan seorang ahli silap mata yg mahu mencari kejayaan dalam dunia silap mata. Barisan lakonan hebat seperti James Franco selaku OZ manakala Mila Kunis sebagai Thedora dan Rachel Weisz sebagai Evanora dan ramai lagi.


Daripada hasil tontonan di pawagan cerita ini sesuai untuk totonan seisi keluarga kerana ia berunsur kecerian dan juga di selitkan dengan jenaka bersahaja daripada watak2 yg di cipta untuk merancakkan lagi jalan cerita ini. Namun cerita ini masih mempunyai kekurangan kerana terlalu byk unsur yg meleret daripada segi dialog dan juga kurang kepada aksi sebenar seorang ahli silap mata dan ahli sihir.


Di sini sedikit ulasan terhadap jalan cerita movie ini untuk rujukan anda yg mahu menonton cerita ini.


Cerita yg mengisahkan seorang ahli silap mata yg masih mencari kejayaan dalam kerjaya silap matanya mengalami sesuatu kisah yg sungguh pelik dan aneh. OZ telah di bawa kepada sebuah dunia yg jauh berbeza oleh puting beliung yg melanda kawasan beliau membuat silap mata. Setelah berada di sebuah negara yg bernama OZ yg jauh lebih unik hebat dan lain ini merubah kehidupan OZ. Bertemu dengan Thedora telah membawa beliau kepada sebuah jajahan dua beradik yg di miliki oleh Evanora. Mereka memerlukan seorang ahli sihir untuk melawan kuasa jahat yg mengusai kawasan mereka di panggil Wicked Witch. Ahli sihir yg di katakan adalah Wicked Witch iaitu pemilik jajahan tempat yg rakyatnya jauh lebih baik dan mesra. Akibat pegelutan kuasa dan hak penjajahan maka kesemua adik beradik ini bertelengkah dan saling bergaduh satu sama lain. Dalam perjalanan untuk mencari Wicked Witch OZ telah bertemu dengan Finley iaitu sekor monyet terbang dan juga China Girl anak patung seramik yg yatim piatu. Untuk menyaksikan kehebatan dan kuasa OZ dalam cerita ini dan bagaimana beliau mengalahkan kuasa jahat anda boleh tonton sendiri di pawagam berhampiran anda. 


Tidak tugi gak lah pergi tonton dengan belanja tiket wayang bagi movie ini. Untuk rangking daripada 5 bintang saya bagi 3 bintang sahaja. Kepada semua selamat menonton....



Movei adaptasi daripada kisah dongeng zaman purba mengisahkan pokok kacang yang tumbuh tinggi sehingga menghubungkan negara manusia dan juga negara gergasi. Ia bagaikan trend pengarah dan penerbit Hollywood untk menjadikan kisah dongeng sebagai sebuah filem hebat. Daripada pengarah Filem X-Man ini telah menggunakan kesan CGI yg cukup hebat. Ia dpt di lihat daripada keserasian watak manusia dan juga gergasi yg tidak nampak genjil dan sungguh teliti.


Biasalah bila tgk citer2 dongeng ni mesti akan terbayang pada aksi dan kehebatan apabila mereka masuk medan perang. Saat2 itu paling seronok bila di tonton rasa mcm berada dalam suasana perang sebang penuh semangat perjuangan mempertahankan negara. Filem ni juga menggunakan kesan bunyi yang menarik dari segi teknikalnya.


Sedikit sinopsis hasil daripada tontonan pada hujung minggu lepas untuk filem ini.


Mengisahkan kehidupan seorang anak petani yg hidup menumpang dengan hanya beradu nasib dengan menjual kuda kepada org. Namun nasib mula berubah apabila beliau bertemu seorang sami yg dalam keadaan sama terdesak utk mendapatkan kuda telah menukarkan ia dengan beberapa butir kacang sakti. Nasihat sami supaya menjaga kacang ini dengan baik dan jgn terkena air. Kelalaian anak remaja ini telah mengakibatkan kacang ini tumbuh pada bawah rumahnya dan pada masa sama seorang putri raja telah lari dari istana dan menumpang di rumah petani tersebut. Nasib tidak menyebelahi putri raja itu apabila pokok kacang telah tumbuh dan membawah beliau bersama dengan rumah petani itu terus naik keatas sehingga ke jajahan tanah milik sekumpulan gergasi. Pengembaraan lebih dasyat apabila kumpulan gergasi ini telah menjumpai sekumpulan manusia yg naik untuk menyelamatkan tuan putri tersebut dan telah merancang untuk turun ke bumi bagi tujaun membalas dendam dan menakluk manusia. Apa kesudahan kena tonton sendiri di pawagam dalam bentuk 3D yg lebih real.


Pasti tidak jemu dan sungguh mengkagumkan degan kesan suasana dunia gergasi dan manusia yg jauh berbeza. Serta semangat perjuangan dan juga mempertahankan negara sangat kuat dalam cerita ini. Namun pasti berakhir dengan kesudahan yg baik dan menyeronokan. Nak tahu kena tonton sendiri dan rasai kehebatan cerita ini. Sesuai untuk di tonton bersama seisi keluarga dan juga anak2.

4.5 bintang / 5 bintang.