Dunia Penuh Gosip - Saharul Ridzwan Dunia Penuh Gosip: Saharul Ridzwan - All Post
Memaparkan catatan dengan label Saharul Ridzwan. Papar semua catatan
Bila cuti sekolah jer mesti ramai yang cadang untuk buat majlis perkahwinan tidak ketinggalan artis popular tempatan yang juga memilih waktu cuti sekolah. Bulan September ini ramai juga artis menamatkan zaman bujang mereka dengan pilihan masing-masing. Pulak tu artis yang kadang2 kita tak tahu bercinta dan tiba2 tup tup dah buat conference pengumuman perkahwinan. Ada 3 artis popular tamatkan zaman bujang bulan September ini.

Farah Fauzana


Sapa tak kenal kak Fafau ini yang sebelum ini telah banyak digosipkan dengan lelaki-lelaki diluar sana. Pada usia yang hampir nak cecah 40 ni Fafau akhirnya telah buat majlis pengumuman mengejutkan untuk berkahwin pada September ini. 


Memilih tarikh 17 September sebagai majlis paling bermakna beliau tapi masih juga tidak memperkenalkan bakal suaminya pada umum. Katanya seorang ahli perniagaan dan tak pernah dengar pulak Fafau bercinta tup tup nak kahwin. Tapi kami doakan Farah bahagia selamanya.

Saharul Ridzwan


Seorang lagi artis tampan kegilaan ramai ini juga membuat kejutan tiba-tiba buat majlis pengumuman untuk menamatkan zaman bujang pada 16 September ini juga. Bakal berkahwin dengan kekasih yang telah di cintai selama 4 tahun iaitu Qaabila Deena.


Beliau juga tidak memperkenalkan bakal isterinya itu pada majlis pengumuman tersebut dan ramai masih bertanda tanya. Bertuahnya sapa dapat jejak hensem ini mesti seronok lah hidup meranalah ramai gadis-gadis kat luar sana lepas ni.

Nazim Othman


Juga bakal tamatkan zaman bujang pada September ini adalah pelakon Nazim Othman. Beliau yang bercinta dengan kekasihnya Bella Dally sebelum ini merahsiakan majlis pertunangan mereka. Begitu juga dengan perkahwinan ini dirahsiakan sehingga beliau buat pengumuman didalam program Melodi tentang kebenaran ini.


Tahniah kalau bercinta lama2 pun tak bagus kahwin jer dan tarikh 10 September menjadi hari bahagia mereka. Walaupun masih sibuk dengan lakonan Nazim serahkan semua persediaan kepada pihak keluarga. Selamat pengantin baru moga bahagia selamanya.