Pertandingan Nyanyian Atau Pertandingan Lawak Ni Famili Duo Perlu Kembali Ke Matlamat Asal | Dunia Penuh Gosip

Pertandingan Nyanyian Atau Pertandingan Lawak Ni Famili Duo Perlu Kembali Ke Matlamat Asal

Lepas ni mungkin boleh tukar tajuk program Lawak Famili Duo kot. Bukan lagi program pencarian juara nyanyi duo seperti mana pada konsep musim pertama dan kedua. Ini mungkin akan lebih ramai lagi pelawak yang akan menyertai program ini dimasa akan datang tanpa ada bakat menyanyi yang bagus. Asal boleh hiburkan penonton dan juri dengan lawak mereka dah boleh juara. Nyanyi hanya sekadar persembahan sambilan sahaja sepertimana program lawak lain yang ada minggu muzikal.



Itu pandangan netizen selepas pelawak Syaiful dan Sharif Zero dinobatkan sebagai juara program Famili Duo musim ketiga. Malah mereka yang tidak pernah ada single dan juga lagu sendiri boleh mengalahkan bekas Juara Lagu sebelum ini. 

Cukup sekadar menyanyikan lagu orang lain dan juga buat persembahan lawak dipentas boleh dinobatkan juara. Adakah kreadibiliti juri boleh dipertikaikan. Ye lah sebab juri pun di ambil dari ahli keluarga sendiri sahaja. 



Apa pun keputusan telah dibuat terima sahajalah. Tahniah diucapkan kepada pasangan duo adik-beradik, yang dianggotai Syaiful dan Sharif Zero sebagai juara program Famili Duo musim ketiga (FD3) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

Pentas akhir FD3 turut menyaksikan persembahan dua finalis lain iaitu pasangan sepupu Haqiem Rusli dan Ariff Bahran serta pasangan adik-beradik Adira dan Emma Suhaimi.

Program FD3 disiarkan secara langsung di TV3 diacarakan pasangan pengacara, Izzue Islam dan Janna Nick serta menampilkan Ajai dan Mas Idayu sebagai juri.





0 comments: