Memaparkan catatan dengan label Sephatu. Papar semua catatan
Sebelum ini kita tidak kenal siapa itu Bocey? Adakah ia kumpulan nyanyian atau juga kumpulan boleh sepak. Tetapi Bocey kini telah pun ramai yg kenali dengan berjaya menjadi tranding di Twitter pada malam Maharaja Lawak Mega 2013 yg telah belangsung semalam. Kumpulan yg di gelar underdog ini sebelum ini kurang di yakini oleh juri tetap untuk berjaya ke peringkat akhir. Tapi Bocey tidak pernah kecil hati malah dari minggu ke minggu menaikkan namanya di dalam Maharaja Lawak Malaysia 2013.


Semalam Sephatu di nobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2013 di malam akhir yang berlangsung secara langsung di Stadium Melawati Shah Alam. Ia di tayangkan secara langsung di Astro Warna dan menjadikan mlm paling meriah sepanjang minggu Maharaja Lawak Mega 2013. Tempat kedua pula menjadi milik Shiro yg juga memberi saingan hebat kepada Sephatu. Manakala Bocey melonjak ke tempat ke 3 dan berjaya membawa pulang wang tunai RM150,000 dan juga trofi sumbangan Astro.

Kedudukan Jambu di tempat ke empat dan juga Nabil di tempat kelima yg masing-masing membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM15,000 bersama trofi masing2. Persembahan kesemua peserta tidak mengecewakan kerana mereka mempersembahkan 2 tema iaitu bebas dan juga muzikal. Malam itu juga kelihatan Luna Maya sebagai juri tetap selapas di palit dengan isu lawak Nabil yang menhina beliau. Namun isu ini sudah selesa selepas Nabil memohon maaf kepada Luna Maya atas lawaknya tersebut.

Apa pun lepas ni akan ada lagi program School Of Lawak yg bakal melahirkan lebih ramai pelawak2 hebat seperti Sephatu, Jozan dan ramai lagi. Nantikan SOL yg akan belangsung di Astro Warna dan apa pula tema mereka kali ini untuk memastikan bahawa dapat melahirkan lebih hebat pelawak2 yg berkualiti.