Dunia Penuh Gosip - Siti Nordiana Dunia Penuh Gosip: Siti Nordiana - All Post
Memaparkan catatan dengan label Siti Nordiana. Papar semua catatan
Akhirnya semua keputusan selamat 12 minggu telah terungkai siapa yang membawa pulang gelaran antara juara All Stars Gegar Vaganza 2023. Bagai tahun tuah buat Jaclyn Victor apabila dinobatkan sebagai juara keseluruan pada malam akhir All Stars GV yang berlangsung malam tadi.



Jac selaku juara GV9 tahun lepas kini diumumkan sebagai juara tunggal untuk malam akhir tersebut. Konsep pada malam akhir All Stars GV ini adalah hanya diumumkan seorang sahaja juara dan tiada tempat kedua atau tempat ketiga. Manakala semua peserta akhir All Stars GV lain membawa pulang wang tunai RM10 ribu setiap seorang, bersama trofi dan juga pakej percutian.

Hanya juara utama iaitu milik Jaclyn Victor berjaya membawa pulang wang tunai RM200,000, trofi, pakej percutian, pakej penginapan, dan hadiah sampingan lain. Hadiah disampai sendiri oleh barisan juri tetap setiap menggu iaitu Dato Ramli M.S., Hetty Koes Endang dan juga Dato Syafinaz Selamat. 



Pada persembahan di pentas akhir itu, Jaclyn menambat hati juri dengan membawakan lagu When You Believe untuk segmen solo manakala berganding bahu bersama Datuk Jamal Abdillah menerusi lagu Sandarkan Pada Kenangan untuk segmen duet.

Manakala Siti Nordiana diumumkan sebagai pemenang Anugerah Gegaran Generasi Juara Digi membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000. Juga bintang Naqiu pula penerima Bintang Cuckoo Paling Gempak yang membawa pulang hadiah sebuah kerusi urut Cuckoo.

Namun tahniah kepada semua peserta akhir yang telah layak untuk berada pada kedudukan yang berada sekarang. Adakah akan ada lagi GV11 pada tahun akan datang atau ini adalah GV terakhir abad ini. Sama-sama kita nantikan pengumuman dari pihak Astro.






Tahniah Siti Nordiana dan Haqiem Rusli dinobatkan sebagai arti Top Top MeleTOP ERA Wanita dan Lelaki pada malam Anugeram MeleTOP ERA 2020 (AME 2020) pada 20 Dis 2020. Haqiem juga berjaya membawa pulang 2 lagi anugerah iaitu Penyanyi MeleTOP ERA dan juga Lagu MeleTOP ERA. Manakala Nana pula membawa pulang 3 lagi trofi anugerah lain iaitu Artis Versatail MeleTOP ERA, Group/Duo MeleTOP ERA dan Top Top MeleTOP Duo/Berkumpulan.



Senarai penuh pemenang setiap kategori AME 2020:

Fesyen Meletop - Syafiq Kyle

Influencer Meletop - Syahmi Sazli Production

Artis Baharu Meletop - Han Byul

Couple Meletop - Hanis Zalikha dan Hairul Hazreen

Si Cilik Meletop - Alisa Aisyah

Program Meletop - Sepahtu Reunion 2019

Artis Versatil Meletop - Siti Nordiana

Drama Meletop - Sweet Dreams

Lagu Meletop - Lembah Kesepian ( Haqiem Rusli)

Duo/ Kumpulan Meletop - Khai Bahar dan Siti Nordiana

Bintang Filem Meletop - Syafiq Kyle

Filem Meletop - Ejen Ali The Movie

Hos Meletop - Alif Satar

Pelakon Meletop - Ben Amir (Sweet Dreams)

Penyanyi Meletop - Haqiem Rusli

Top Top Meletop Group/Duo - Khai Bahar dan Siti Nordiana

Top Top Meletop Wanita - Siti Nordiana

Top Top Meletop Lelaki - Haqiem Rusli 

AME 2020 juga lebih istimewa kali ini dengan penampilan khas penceramah bebas Ebit Lew selain Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang menerima Anugerah Khas AME 2020.

Pelakon Kamal Adli turut membuat kejutan kepada umum apabila melamar buah hatinya, Uqasha Senrose semasa siaran langsun AME 2020 yang diadakan di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya.