Dunia Penuh Gosip - Tahniah Dunia Penuh Gosip: Tahniah - All Post
Memaparkan catatan dengan label Tahniah. Papar semua catatan
Buat pertama kali dianjurkan di Malaysia, TikTok Awards Malaysia 2023 berlangsung penuh meriah dan juga jayanya pada tanggal 27 August 2023. Meraikan Content Creator yang kreatif, inovatif dalam menghasilkan pelbagai pengisian yang berilmiah, hiburan dan juga aktiviti harian. Majlis anugerah ini merupakan peluang berharga buat peminat untuk melihat pencipta konten kegemaran mereka diiktiraf di malam anugerah yang hebat ini.



Dihoskan oleh Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson, majlis anugerah ini diserikan oleh para selebriti dan warga pencipta pujaan ramai termasuk Dato’ Yusof Haslam, Bell Ngasri, Amber Chia, Farah Ann Abdul Hadi dan ramai lagi yang menyampaikan anugerah di atas pentas.



Para tetamu juga disajikan dengan persembahan yang menarik daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, DOLLA, Marsha Milan, Ernie Zakri, dan Alyph antara lainnya. Menjelang segmen utama acara tersebut, pasangan hos karpet merah Ceddy dan Sissy Imann telah bersua sapa dengan para hadirin, sementara Jaa Suzuran dan Neeta Manis merangkapkan detik-detik istimewa di belakang pentas.



Terdahulu, TikTok Awards telah disampaikan dalam dua segmen iaitu Anugerah Pilihan Popular (People’s Choice), yang membolehkan para peminat mengundi pencipta konten kegemaran mereka mengikut kategori dan Anugerah Pilihan Juri (Judge’s Pick), di mana para pemenang dipilih oleh sebuah panel eksekutif yang dibarisi Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks dan Primeworks Studios, Nini Yusof, artis prolifik dan tetamu kehormat, Hael Husaini serta Pengurus Besar Operasi & Pemasaran TikTok, Asia Tenggara, Angga Anugrah Putra.



TikTok Awards di Malaysia dianjurkan menerusi kerjasama dengan TV3, bersama HONOR 90 5G (Penaja Utama), foodpanda (Penaja Bersama), F&N Dairies (Rakan Penaja), dan U Mobile (Rakan Penaja), dengan Hot FM dan FLY FM sebagai rakan radio, dan SAYS, Oh Bulan dan Viral Cham sebagai rakan media.



Berikut merupakan senarai pencipta konten yang berjaya muncul sebagai pemenang mengikut kategori-kategori TikTok Awards:-

People’s Choice Awards:
Creator of the Year: Khairul Aming
Rising Star of the Year: Ikhmal Nour
Popular Creator of the Year: Ryan Bakery
Celebrity of the Year: Aeril Zafrel
Popular Animation Account of The Year: Upin & Ipin
LIVE Creator of the Year: Tigerlabu
TikTok Shop Creator of the Year: Anas Zahrin

Judge’s Pick Awards:
Best of Beauty & Fashion: Shahira Azlan
Best of Education: Sir Asai
Best of Entertainment: Eiqa Maleq
Best of Foodie: Syifa Jamill
Best of Gaming: Sultan Riq
Best of Sports: Khalish






Malam tadi telah berlangsung majlis Anugerah Juara Lagu 32 yang penuh berprestij anjuran TV3. Menyaksikan 12 buah lagu dan komposer bersaing dalam merebut gelaran juara. Program yang telah berlangsung secara langsung di dewan Axiata Arena Bukit Jalil. Membawa tema Fesyen dan Muzik mengetengahkan pereka fesyen hebat negara Rizman Ruzaini.


Semua peserta membuat persembahan penuh bertenaga dengan pembukaan majlis di meriahkan oleh persembahan dari Stacy. 12 buah lagu yang bertangding adalah Lebih Sempurna (Syamel), Sejati (Azmi), Aku Yang Sebenar (Hazama), Menahan Rindu (Wany Hasrita), Akhirnya Cinta (Salma), Jampi (Hael), Separuh Mati Ku Bercinta (Dayang Nurfaizah), Bayang (Khai Bahar), Amboi (Altimet), Aku Cinta (Syamel & Ernie) Warkah Untukku (Ara) dan Tergantung Sepi (Haqiem Rosli).

Rezeki telah memihak kepada lagu ciptaan Ezra Kong dan Hael iaitu Jampi yang telah dinobatkan sebagai Juara Lagu Anugerah Juara Lagu 32. Mereka berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000.00 dan baucer dari CJ WoW Shop bernilai RM10,000.00 beserta trofi.


Manakala tempat kedua milik lagu Sejati nyanyian Azmi Chaliph Busker manakala tempat ke tiga di menangi oleh lagu Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rosli. Persembahan Syamel dan Ernie melalui lagu Aku Cinta berjaya membawa mereka kepada kemenangan Vokal Terbaik. Manakala persembahan terbaik di menangi oleh Altimet melalui lagi Amboi.

Tahniah kepada semua pemenang dan juga barisan lagu yang bertanding anda semua hebat. Malam tersebut memang begitu meriah dan persembahan yang bertenaga daripada semua peserta. Juga tidak kurang hebat penyokong artis kesayangan mereka. Serta paling best adalah gandingan pengacara yang sangat melampau iaitu Alif Satar dan Sherry Alhadad membuat kita ketawa sepanjang rancangan memang best lah korang.





Anugerah yang mengiktiraf penggiat seni dan juga media sosial melalui dalam talian yang dipilih oleh penonton 100%. Anugerah Pilihan Online telah berlangsung dengan gemilang dan ditayangkan secara langsung di TV2. Ramai artis2 glamor telah bersama memeriahkan majlis ini pada malam itu. Namun paling unggul pastinya milik Akim& Majistret pada malam itu yang diumumkan pemenang bagi kategori paling unggul. 


Selain itu juga Akim & Majistret juga turut memenangi kategori Grup Pilihan Online. Turut sama menang besar pada malam itu adalah Dato Siti Nurhaliza, Mia Ahmad dan juga Saharul Ridzwan yang telah menang 2 kategori pada malam itu. Di sini disenaraikan pemenang yang telah di umumkan secara langsung pada malam itu.


PERSONALITI TERUNGGUL APO2016
AKIM & THE MAJISTRET
AKTOR TERBAIK PILIHAN ONLINE
SAHARUL RIDZWAN
AKTRES TERBAIK PILIHAN ONLINE
MIA AHMAD
PENYANYI LELAKI TERHEBAT PILIHAN ONLINE
HAZAMA
PENYANYI WANITA TERHEBAT PILIHAN ONLINE
DATUK SITI NURHALIZA
LELAKI TAMPAN PILIHAN DNARS
SAHARUL RIDZWAN
WANITA ANGGUN PILIHAN DNARS
MIA AHMAD
SELEBRITI KOMEDI PILIHAN ONLINE
JIHAN MUSE
GRUP PILIHAN ONLINE
AKIM & THE MAJISTRET
PENYAMPAI RADIO PILIHAN ONLINE
FARA FAUZANA
BINTANG SUKAN LELAKI PILIHAN ONLINE
DATUK LEE CHONG WEI
BINTANG SUKAN WANITA PILIHAN ONLINE
DATUK NICOL DAVID
PASUKAN SUKAN PILIHAN ONLINE
JDT (BOLASEPAK)
IKON FESYEN PILIHAN ONLINE
DATUK SITI NURHALIZA
IKON NIAGA MUDA PILIHAN ONLINE
NEELOFA
BLOG PILIHAN ONLINE
SIAKAP KELI
CEF SELEBRITI PILIHAN ONLINE
DATUK CEF FAZLEY YAAKOB
SELEBRITI MEDIA SOSIAL PILIHAN ONLINE
MAT LUTHFI








Telah berlangsung secara langsung majlis Anugerah Lawak Warna 2015 yang mengiktiraf bakat dan hasil karya dalam dunia seni lawak di Malaysia. Bertempat di dewan MAEPS Serdang acara langsung ini di tayangkan di Astro Warna dan Astro Mustika HD sebentar tadi. Di acarakan oleh tiga orang pengacara utama iaitu Zulin Aziz, Sherry Alhadad dan juga pemenang Pengacara Lawak TV Paling Popular Dato' AC Mizal.


Tahniah kepada Jep Sephatu kerana masih mengekalkan kemenangan untuk kategori Artis Lawak Lelaki Paling Popular untuk 3 tahu berturu-turut. Begitu juga dengan Sharifah Sakinah yang menang kategori Artis Lawak Wanita Paling Popular untuk 2 tahun berturut-turut. Kedua2 kategori ini adalah undian daripada penonton sepenuhnya. Manakal Jehan juga tidak kurang hebat menang Pelakon Komedi Wanita Terbaik TV. Tahniah kepada semua pemenang. 


Jom kita lihat senarai penuh pemangn Anugerah Lawak Warna tahun 2015.

Kategori Terbaik
Filem Komedi Terbaik - Gila Baby (Grand Brilliance) 
Rancangan Drama TV Komedi Terbaik (Bersiri) - Keluarga Iskandar 2 (KL Motion Pictures) 
Telemovie Komedi Terbaik - Jihan Nak Buat Rumah Terbuka (KL Motion Pictures) 
Pengarah Komedi Terbaik (Filem) - Khabir Bhatia (Gila Baby) 
Pengarah Komedi Terbaik (TV) - Syed Khairul Farez (Jihan Nak Buat Rumah Terbuka)
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) - Beto Kusyairy (Gila Baby) 
Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) - Nadiya Nisaa (Gila Baby) 
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV) - Sharnaaz Ahmad (Suamiku Encik Sotong)
Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV) - Jihan Muse (Jihan Nak Buat Rumah Terbuka)
Rancangan Komedi Bersiri Terbaik - Karoot Komedia X S3 (Lydia Emalia Ishak (APSB)) 
Rancangan Komedi Bukan Bersiri Terbaik - Super Spontan 2014 (Akhir) (Vision Works)
Lakon Layar dan Skrip Komedi Terbaik (Filem) - Alfie Palermo & Khabir Bhatia (Gila Baby)
Lakon Layar dan Skrip Komedi Terbaik (TV) - Mazlan Manan (Cinta Kedua)
Anugerah Khas Juri - A.R Badul

Kategori Popular
Pemenang Artis Lawak Duo atau Berkumpulan Paling Popular - Sepahtu 
Pengacara Lawak TV Paling Popular - Dato’ AC Mizal 
Artis Lawak Lelaki Paling Popular - Jep Sepahtu
Artis Lawak Wanita Paling Popular - Sharifah Sakinah 











Semarak Cinta Zarra Sinar Puteri itulah tema malam anugerah penuh berprestij yang telah berlangsung dengan jayanya semalam di Arena Of Star Genting Higland. Telah menobatkan pemenang untuk 15 kategori pilihan pengundi dan juga 6 kategori online. Tahniah kepada barisan pemenang yang ada dapat di ramal dan tidak kurang yang mengejutkan. 


Apa pun telah masuk tahun ke 3 di nobatkan Bintang Paling Popular Shaheizy Sam masih lagi gugup dan gementar di atas pentas untuk menyampaikan ucapan. Sam di ramalkan membawa pulang hadiah utama dan juga kereta. Tahun ini Sam muncul bersama ahli keluarga menikmati kemenangannya di malam ABPBH 2014.

Jom kita lihat senarai penuh pemenang ABPBH 2014

Kategori Utama
Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2014 = Shaheizy Sam
Artis Baharu Lelaki Popular = Hafreez Adam
Artis Baharu Wanita Popular = Ayda Jebat
Artis Komedi Lelaki Populat = Abam Bocey
Artis Komedi Wanita Popular = Didie Alias
Artis Duo/Berkumpulan Popular = Akim & The Magistrate
Penyampai Radio Lelaki Popular = Johan (ERAFM)
Penyampai Radio Wanita Popular = Fara Fauzana (HotFM)
Pengacara TV Lelaki Popular = Dato Aznil Hj Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular = Neelofa
Pelakon TV Lelaki Popular = Shah Iskandar
Pelakon TV Wanita Popular = Nad Zainal
Pelakon Filem Lelaki Popular = Shaheizy Sam
Pelakon Filem Wanita Popular = Siti Saleha
Penyanyi Lelaki Popular = Akim
Penyanyi Wanita Popular = Adira
Anugerah Sepanjang Hayat = Tan Sri S.M Salim

Kategori Online
Artis Paling Kontroversi = Sharnaaz Ahmad
Pasangan Selebriti Romantis = Awal Ashaari& Scha Alyahya
Artis Wanita Stailo = Dato Siti Nurhaliza
Artis Lelaki Stailo = Zul Ariffin
Gandingan Serasi Di Layar = Zul Ariffin & Ayda Jebat
Personaliti Popular = Faiz Dickie








Siapa sangka dari kosong tidak pernah langsung menyertai mana2 petandingan menyanyi telah mengubah Azmil sebagai juara Mentor Lagend 2014. Anak didik Dayang Nurfaizah ternyata mempunyai aura dan juga gaya persembahan ikhlas menjadi penarik buat penonton. Setuju dengan komen juri pada mlm akhir yg telah berlangsung malam tadi di Sri Pentas Dua Shah Alam.


Azmil berjaya memenangi wang tunai RM300,000.00 dan juga sebuah kereta Proton Iriz, sound system serta voucher Zalora dan juga tidak pulang tangan kosong buat Mentornya Dayang Nurfaizah juga memenangi kereta dan sound system serta voucher Zalora. Manakala tempat kedua pula milik Aina protage Ella dan tempat ketiga milik Sarah anak didik Amy Search. Tahniah buat semua yg berjaya berada di peringkat akhir ini kerana anda adalah pemenang.

Malam akhir Mentor Lagend di serikan lagi dengan persembahan artis jemputan dari seberang Chakra Khan yg juga menjadi juri pada malam tersebut. Apa pun keputusan memang suka sgt persembahan semua peserta akhir tempat pertama mahupun tempat kedua dan ketiga. Adakah lepas ini akan ada lagi Mentor nantikan sahaja pengumumannya.









Tahniah buat artis yg tidak kurang dengan kontroversi bersama peminatnya di laman media social sapa lagi kalau bukan Sharifah Sakinah yang telah selamat bertunang dengan Aliff Adha pada 25 Oktober 2014. Mereka telah bercinta lebih kurang setahun yg lalu dan merancang akan melangsungkan majlis perkahwinan pada Mac 2015. Aliff Adha adalah seorang pilot dan seorang yang begitu selamba dan sesuai bagi beliau menurut katanya.


Majlis petunangan ini berlangsung di kediaman keluarga Sharifah Sakinah Taman Melawati. Majlis yang belangsung penuh sederhana ini bukan sahaja di hadiri oleh keluarga rapat beliau malah turut di meriahkan oleh rakan artis yg rapat dengan beliau iaitu Marsha,  Nad Zainal, Jihan Muse dan ramai lagi.


Sharifah Sakinah pernah terpalit dengan kontroversi video separuh bogel beliau dalam laman Keek yg telah menjadi caci serta kebencian ramai org. Selain itu juga beliau suka membuat video2 yg menunjukan diri beliau sebenarnya dan di kongsi di laman Keek tersebut. Adik kepada Sharifah Sahira ini juga telah memenangi Artis Wanita Komedi Paling Popular dalam majlis Anugerah Lawak Warna 2014 menerusi undian SMS.







Tahniah kepada semua barisan pemenang di malam Anugerah Planet Muzik 2014 yang telah berlangsung di Suntec Singapura pada 17 Oktober 2014. Dato Siti Nurhaliza berjaya menambah bilangan trofi di APM apabila di nobatkan sebagai pemenang bagi 2 kategori iaitu Artis Terbaik APM (Wanita) dan Lagu Terbaik Malaysia melalui lagu Lebih Indah.


Namun Hafiz tidak mampu mempertahankan kemenangan yg pernah di menangi tahun lalu hanya berjaya membawa pulang trofi berkongsi kemenangan bersama Dato Rossa melalui ketegori Duo/Kumpulan Terbaik menerusi lagu Salahkah. Mengejutkan kemenangan Fynn Jamal dalam ketegori Artis Baru Terbaik (Wanita) yg tidak di sangka2 tahniah buat Fynn Jamal.

Namun masih kurang penyanyi Malaysia dalam kemenangan Anugerah Planet Muzik 2014 ni begitu jelas ketara. Adakah ini tanda bahawa kita kurang mengeluarkan hasil muzik yang berkualiti atau mungkin artis kita tidak setaraf artis serantau ini. Namun apa pun tahniah buat pemengan dan di sini senarai penuh pemenang mengikut kategori masing.

Senarai pemenang APM 2014
  1. Artis Baru Lelaki Terbaik – Tulus
  2. Artis Baru Wanita Terbaik – Fynn Jamal
  3. Artis Paling Popular APM – Kumpulan Noah
  4. Nova Media Social - Khareez Kasbulah
  5. Ikon Media Social - Taufik Batisah
  6. Artis Paling Popular Singapura - Taufik Batisah
  7. Lagu Paling Popular Singapura -  Ikrar Kasih (Taufik Batisah)
  8. Lagu Paling Popular APM – Dia Dia Dia (Fatin Shidqa Lubis)
  9. Duo Kumpulan Terbaik – Hafiz Suip & Rossa (Salahkah)
  10. Band Terbaik – Noah
  11. Kolaborasi Terbaik Artis – Altimet & Awirafael (Kalau Aku Kaya)
  12. Kolaborasi Lagu Terbaik – Mimpi (Aisyah Aziz/ Faizal Tahir/ Omar K)
  13. Artis Lelaki Terbaik – Judika (Mama Papa Larang)
  14. Artis Wanita Terbaik – Siti Nurhaliza (Lebih Indah)
  15. Lagu Terbaik Singapura – Tiada Pengganti (Sufie Rashid/ Izwan Khuzir & Rusdi Badri/ Shafiq Iskandar & Sufie Rashid)
  16. Lagu Terbaik Malaysia – Lebih Indah (Siti Nurhaliza / Aubrey Suwito/ Ad Samad)
  17. Lagu Terbaik Indonesia – Setelah Kau Tiada (Cakra Khan/ Aldi Nada Permana)
  18. Lagu Terbaik APM – Setelah Kau Tiada (Cakra Khan)
  19. Anugerah Khas Planet APM – kumpulan Wings