Memaparkan catatan dengan label Ulang Tahun. Papar semua catatan
Saban tahun umat Islam menyambut 1 Muharram sebagai bulan memperingati hijrah Rasulullah SAW dan perjuangan Baginda dalam menegakkan Syiar Islam. 1 Muharram 1441H yang jatuh pada 1 September 2019 ini memperlihatkan pelbagai acara disusun banyak pihak dalam memaksimumkan sambutan Maal Hijrah ini mengikut acuan yang dibenarkan oleh agama.


Tarikh 1 Muhharam 1441 ini juga cukup istimewa buat stesen TV AlHijrah kerana stesen yang berpaksikan penyiaran patuh Syariah ini bakal meraikan ulang tahunnya yang ke-9. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Encik Namanzee Harris, “sembilan tahun bersiaran bukanlah satu tempoh yang mudah untuk stesen berkonsepkan penyiaran Islam ini kekal releven di mata semua.” ujar beliau.

“Untuk tahun-tahun mendatang, kami bulat tekad mahu TV AlHijrah menjadi stesen nombor satu bukan sahaja di hati penonton beragama Islam, namun kami buka stesen ini lebih luas dengan memperkemaskan serta memperbanyakkan tawaran rancangan-rancangan yang sesuai ditonton oleh rakan-rakan bukan beragama Islam.”

“ Oleh yang demikian, saya merasakan tema sambutan kali ini iaitu TV Kita Untuk Semua jelas membawa maksud siaran rancangan-rancangan di stesen ini diterbitkan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama anutan. Tema ini juga mendokong pelaksanaan dan aspirasi konsep Rahmah yang diperkenalkan kerajaan.” kata beliau.


TRIVIA 9 TAHUN TV ALHIJRAH


1. Latar belakang TV AlHijrah
TV AlHijrah adalah stesen televisyen di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri dan melapor kepada  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama). TV AlHijrah memulakan siaran secara rasmi pada 1 Muharram 1432H bersamaan 7 Disember 2010. TV AlHijrah sentiasa berusaha untuk menghidangkan kandungan rancangan yang ‘trending’, terkini, releven , mendekatkan dan berkualiti.


2. Signifikan dan sejarah pemilihan saluran 114 di Astro 
TV AlHijrah mula bersiaran di saluran Astro 114 pada 1 Jun 2011. Saluran 114 dipilih oleh TV AlHijrah sebagai signifikan kepada 114 buah surah di dalam Al-Quran.

3. Pencapaian terbaik TV AlHijrah dalam tempoh 9 tahun bersiaran
Pencapaian terbaik TV AlHijrah boleh dinilai apabila stesen ini berjaya menjadi satu-satunya stesen televisyen patuh Syariah negara dan meneraju penyampaian nilai Islam sekaligus membawa kandungan Islam untuk disiarkan di waktu perdana dan bersaing secara sehat dengan stesen-stesen lain. Antara rancangan-rancangan yang mendapat tempat di hati penonton adalah 30 Minit Bersama Ustaz Don, A Bit With Ebit, Syamsul Debat, Assalamualaikum, Berita AlHijrah, Analisis dan banyak lagi.

4. Perancangan tahun ke-9 TV AlHijrah
TV AlHijrah akan memperkayakan penawaran kandungan Islam dalam pelbagai format dan genre serta mempelbagaikan kaedah penyampaian rancangan secara berkesan. Antara yang akan diberi perhatian adalah;

a) Penerbitan rancangan televisyen 
i. Program Hijrah Prihatin
Program kemasyarakatan dan berbentuk tanggungjawab sosial korporat (csr) 


ii. Program Realiti Televisyen  Pendakwah Muslimah
Rancangan ini menyasarkan misi mencari pendakwah terbaik di kalangan wanita dan mengubah fikiran konservatif sesetengah masyarakat mengenai peranan wanita dalam pembangunan Islam.

iii. Program Sembang Rahmah
Program bual bicara yang membicarakan isu-isu terkini serta mensasarkan masyarakat berbilang kaum dan agama.

b) Acara lapangan

i. Karnival Rahmah
TV AlHijrah terlibat secara langsung di dalam Karnival Rahmah 2019, sebuah acara lapangan yang merakyatkan gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin serta memberi pendedahan kepada orang ramai untuk  menghayati gagasan pentadbiran Islam yang dibawa kerajaan.

Selain membuka reruai pameran, TV AlHijrah diberi tanggungjawab untuk menerbit dan menyiarkan Konsert Rahmah, Program Haflah Al-Quran, siaran langsung rancangan Assalamualaikum di tapak pameran, lintas langsung Berita AlHijrah dan lain-lain. 

5. Slot Terbaru TV AlHijrah
Tahun ke-9 bersiaran, TV AlHijrah memperkenalkan empat slot baharu;

i. Slot Pencerahan Agama
Setiap hari, jam 9.30 malam : Mimbar, Masjid ke Masjid.

ii. Slot Mengingati Mati
Setiap Jumaat, jam 9.30 malam :Tanda Mati, Kalam Hikmah, Mai Ngaji.

iii. Slot Telefilem
Setiap Ahad, jam 9 malam : Bunga-Bunga Larangan, Bengkel Cinta.

iv. Slot Muzikal
Setiap Jumaat, jam 9 Malam : Konsert Rahmah, Konsert Akustik Hijrah.


6. Perkembangan terkini platform media digital TV AlHijrah
Sosial media TV AlHijrah kini telah mencapai 5.5 juta reach di platform facebook dengan peningkatan followers sebanyak 1.421 juta. Manakala di platform Instagram, TV AlHijrah telah mencapai 1,358,999 impression seminggu dengan kenaikan sebanyak 334,555 followers

7. Sumbangan TV AlHijrah dalam mambantu usahawan IKS
TV AlHijrah terus mengorak langkah menjadi stesen televisyen Islam yang menggerakkan potensi dan memperkasakan ekonomi umah. Stesyen ini juga mengambil bahagian dalam membantu menaiktaraf masa depan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) untuk menguasai pasaran ekonomi domestik dan bersaing di peringkat antarabangsa.

Usaha ini dlaksanakan menerusi ruang promosi di televisyen dengan kos serendah RM5,000, jauh lebih jimat berbanding harga pasaran semasa. Terkini, stesen TV AlHijrah sedang bekerjasama dengan pihak Astro bagi menerbit dan menyiar sebuah rancangan beli belah dalam talian yang dinamakan Go Shop X Hijrah.







Dulu di kenali sebagai majalah yang pertama berani muncul dengan konsep cara hidup dan gaya lelaki sejati kini Majalah Maskulin telah lebih di kenali dengan mantapnya. Menggunakan tagline 'Tarif Terkini Lelaki Muda' mensasarkan golongan lelaki yang bekerjaya dan juga mahu menampilkan image yang lebih berani. 


Sapa sangka majalah yang menjadi rujukan utama lelaki di Malaysia kini lebih matang dalam menjangkau usia 15 tahun. Bagi meraikan 15 tahun ketrampilan Maskulin di persada penerbitan majalah di Malaysia maka bulan ini di keluarkan edisi bumper khas buat pembaca yang setia.


Dalam edisi ini majalah ini banyak bermain dengan unsur 15 yang merujuk kepada 15 perkara yang menjadi pilihan lelaki dan juga gaya style lelaki. Selain itu juga mereka telah tampil dengan 15 ikon lelaki yang mempunyai pengaruh tersendiri dan boleh dijadikan sumber inspirasi kepada pembaca di luar sana. Anda boleh dapatkan edisi khas ini yang telah berada di pasaran sekarang juga.

Dato AC Mizal dan Sherson Lian Ikon Lelaki Maskulin

Wak Doyok Ikon Lelaki Maskulin

Mejar Dr Faiz Ikon Lelaki Maskulin

Bagi memeriahkan lagi sambutan 15 tahun Majalah Maskulin ini, telah di adakan 'Maskulin Cocktail Party' yang bertempat di Starbucks Desa Hartamas pada 18 Sept 2015. Acara sederhana tapi meriah ini di raikan dengan ramainya kehadiran artis yang juga turut pernah menajadi cover majalah dan juga barisan ikon2 pilihan Maskulin. Party yang bertemakan konsep Hitam Putih semua artis datang dengan gaya dan fesyen tersendiri. 

Pengacara Ayie Ali



Antara mereka yang kelihatan pada malam tersebut adalah seperti penyanyi yang popular dengan lagu 'Marry Me' sapa lagi kalau bukan Mark Adam. Juga pelakon yang kian mencipta nama melalu siri drama Syurga Nur iaitu Azrel Ismail. Pelakon yang semakin sado dan juga kini mempunyai GYM sendiri iaitu Norman Hakim juga turut sama meraikan majlis malam itu. Juga turut di jemput antara ikon lelaki Majalah Maskulin sempena dengan 15 tahun iaitu Wak Doyok dan juga Mejar Dr Faiz.

Mark Adam

Azuan Mazlan, Azrel Ismail dan Safwan Yahya

Hizami Li, Norman Hakim dan Mawardi Yunus

Pada malam tersebut juga buat pertama kalinya pengenalan kepada barisan orang kuat yang baru bagi menghidupkan majalan ini untuk masa2 akan datang. Turut di pekenalkan editor baru majalah ini iaitu En Shahir Abdul Rahim. Beliau selaku peneraju baru begitu excited bagi melihat majalah ini lebih terus maju di masa akan datang dan tampil dengan isu2 lebih segar dan trending.

Editor baru Majalah Maskulin En Shahir

Barisan editorial dan juga ikon lelaki Maskulin

Bagi tetamu yang datang malam itu semua di raikan dengan acara ucapan dan tayangan video khas 15 tahun Majalah Maskulin mecipta nama. Mereka juga di hiburkan dengan dua barisan artis yang satu ini sudah ada nama dalam dunia seni sapa tak kenal kumpulan Sakura Band manakala sorang lagi artis solo ini baru ada satu single yang bertajuk 'Bersumpah Demi Cinta' juga bekas peserta Pencarian Lelaki Maskulin iaitu Sazrin Aizul


Zoey Rahman dan Wak Doyok

Sakura Band

Sazrin Aizul

Semua tetamu di hidangkan dengan makanan enak2 daripada Starbuck Desa Hartamas selaku penaja lokasi bagi majli koktail ini. Tahniah buat Majalah Maskulin yang terus kukuh menjadi majalah no 1 pilihan lelaki Malaysia. Agar terus mencipta fenomena ke atasa industri penerbitan negara dan terus maju jaya selamanya. Selamat ulang tahun ke 15 'Maskulin Towards 15th Anniversary'.

Barisan blogger, editor dan bekas editor Majalah Maskulin

Jangan lupa untuk #Maskulin15 #MaskulinMag #Celebratewithstyle