Dunia Penuh Gosip - Undian Dunia Penuh Gosip: Undian - All Post
Memaparkan catatan dengan label Undian. Papar semua catatan
Beberapa hari sahaja lagi untuk majlis anugerah yang berprestij di nantikan oleh semua peminat muzik tanah air. Anugerah Juara Lagu 34 bakal berlangsung pada 9 Feb 2020 secara langsung di Arena Axiata Bukit Jalil dan TV3. Siapakah bakal bergelar juara dan membawa pulang hadiah utama. 12 lagu bakal berentap pada malam penuh sejarah itu nanti. 


Anda juga boleh mengundi lagu dan penyanyi pilihan anda melalui kategori Anugerah Pilihan Peminat SETEL. Ni masanya untuk anda selaku penyokong tegar kepada artis kesayangan anda untuk mengundi mereka. Undian boleh dilakukan di sini >>> https://www.setel.my/ref/ec8fh. Anda yang bertuah layak untuk menangi hadiah bernilai RM1000

Syarat-syarat penyertaan seperti di bawah :
- Untuk kelayakan peraduan ini, Penganjur akan menghantar mesej peti masuk aplikasi Setel untuk pemberitahuan mengenai peraduan undian.
- Pengguna akan melihat butang undian AJL34 dilaman skrin aplikasi Setel. Pastikan pengguna memuat turun aplikasi Setel yang terkini.
- Penguna baru Setel akan mendapat tiga kali undian apabila mereka muat turun aplikasi Setel dan daftar.
- Penguna boleh undi dengan lebih banyak sekiranya penguna merujukkan kod rujukan mereka kepada pengguna baru apabila mereka muat turun dan daftar aplikasi Setel dengan memasukan rujukan kod.
- Pemenang artis untuk Anugerah Pilihan Peminat Setel akan diumumkan pada hari Anugerah Juara Lagu yang ke 34.
- Seratus (100) pengguna Setel akan dipilih secara rawak melalui sistem automatik dan dihubungi melalui saluran komunikasi Penganjur dan berpeluang memenangi baki petrol e-wallet Setel yang bernilai RM1,000. Jumlah ini akan dikreditkan dalam akaun aplikasi Setel selepas (3) tiga hari bekerja.
- Peserta yang tidak memenuhi syarat-syarat ini tidak akan layak menyertai Peraduan ini. Keputusan penganjur mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Peraduan ini (termasuk pemilihan pemenang) adalah muktamad. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pemilihan pemenang-pemenang tidak akan dilayan.








Program sulung Anugerah Pelancongan Datuk Bandar Kuala Lumpur telah diadakan pada tahun 2011 dengan edisi kedua berturut-turut pada tahun 2014. Ini program anugerah tri-tahunan itu dianjurkan oleh Biro Pelancongan Kuala Lumpur @ Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dan semata-mata untuk pemain industri pelancongan di bandaraya ini.


Anugerah itu disampaikan kepada organisasi dan individu dalam beberapa kategori tertentu. Bilangan sebenar kategori berbeza dari tahun ke tahun bagi menampung iklim industri yang berubah-ubah dan trend. Terdapat sejumlah 11 kategori anugerah yang disampaikan dalam program yang julung kali diadakan dan 14 kategori dalam edisi kedua pada tahun 2014. Pada tahun ini, bilangan kategori dan sub-kategori ialah 12.

Anugerah itu yang direka untuk menyediakan penerima dengan pengakuan mencapai yang tertinggi dalam piawaian penyampaian perkhidmatan untuk pelancongan. Panel hakim terdiri daripada pemimpin-pemimpin industri berpengalaman dan veteran, semua yang pakar dalam bidang masing-masing, akan menjalankan proses penghakiman yang ketat untuk menentukan penerima anugerah. Penghakiman akan dijalankan mengikut set ditubuhkan kriteria yang khusus bagi setiap kategori anugerah. Keputusan yang dijadualkan dan diaudit oleh Jabatan Audit Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Penerima anugerah akan diumumkan pada majlis majlis penyampaian majlis makan malam dan anugerah yang akan diadakan pada 23 Mei 2017. Jom undi sekarang di http://2017.klmayortourismawards.com/shortlistnomination.php sebelum tarikh tutup 5 Mei kerana undian anda penentu mana tempat yang best di Kuala Lumpur.

ACCOMMODATION 5 STAR HOTEL
  1. Mandarin Oriental, KL
  2. Shangri-La Hotel, KL
  3. JW Marriott Hotel, KL
  4. The Majestic Hotel, KL
  5. Hilton KL
  6. Le Meridien KL
  7. Seri Pacific Hotel KL

ACCOMMODATION 4 STAR HOTEL
  1. Aloft Kuala Lumpur Sentral
  2. Concorde Hotel Kuala Lumpur
  3. Corus Hotel
  4. Dorsett Kuala Lumpur
  5. Impiana KLCC Hotel & Spa
  6. Swiss-Garden Hotel
  7. Capri by Fraser Kuala Lumpur
  8. PNB Perdana Hotel
  9. Ambassador Row Hotel Suites by Lanson Place
  10. The Federal Kuala Lumpur

ACCOMMODATION 3 STAR HOTEL
  1. Hotel Capitol Kuala Lumpur
  2. Hotel Club Dolphin Kuala Lumpur
  3. Swiss-Inn China Town Kuala Lumpur
  4. Starpoints Hotel Kuala Lumpur
  5. Prescott Hotel Kuala Lumpur Sentral
  6. Silka Maytower Kuala Lumpur

ACCOMMODATION BUDGET HOTEL
  1. Comfort Inn
  2. Hotel China Town Inn
  3. Sungei Wang (KL) Hotel
  4. Winsin Hotel Chinatown
  5. Tai Ichi Hotel
  6. Citin Seacare Hotel Pudu
  7. Frenz Hotel KL
  8. K Hotel (formerly Kowloon Hotel)
  9. Classic Inn
  10. Tune Hotel

DINING - FINE DINING
  1. Cilantro Restaurant and Wine Bar
  2. Lafite
  3. Nobu Kuala Lumpur
  4. DC Restaurant
  5. Cantaloupe
  6. Taka by Sushi Saito

DINING - HOME GROWN
  1. Serai Restaurant
  2. Coliseum Cafe
  3. Little Penang Kafe
  4. Old China Cafe
  5. Dancing Fish

DINING - FOOD COURT / FOOD CENTRE
  1. KLCC Signatures, Suria KLCC
  2. Food Republic, Pavilion KL
  3. Hutong Food Court, Lot 10
  4. Quizinn Food Court, NU Sentral
  5. Kenanga, KWC

TOURIST ATTRACTION - FAMILY ENTERTAINMENT
  1. Aquaria KLCC
  2. Illusion 3D Art Museum
  3. KL Bird Park
  4. KL Tower
  5. Berjaya Times Square Theme Park
  6. KL Upside Down House
  7. Planetarium Negara

TOURIST ATTRACTION - CULTURE, ARTS & HERITAGE
  1. KL Forest Eco Park
  2. Memorial Tun Abdul Razak
  3. MUD the Musical
  4. Royal Selangor
  5. Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam
  6. Thean Hou Temple
  7. Central Market
  8. Istana Budaya
  9. Jadi Batek
  10. KL City Gallery
  11. Kompleks Kraf Kuala Lumpur
  12. Dewan Filharmonik PETRONAS
  13. Galeri Petronas

SHOPPING MALL
  1. Berjaya Times Square
  2. Pavilion KL
  3. Starhill Gallery
  4. Suria KLCC Shopping Centre
  5. Sunway Putra Mall
  6. Plaza Low Yat

MEDICAL TOURISM
  1. Prince Court Medical Centre
  2. Beverly Wilshire Medical Centre
  3. Institute Jantung Negara (IJN)
  4. KPJ Sentosa KL Specialist Hospital
  5. KPJ Tawakkal Specialist Hospital & KPJ Tawakkal Health Centre
  6. Park City Medical Centre

EDUCATION TOURISM
  1. Geomatika University College
  2. University of Malaya
  3. Berjaya University College of Hospitality
  4. Universiti Tun Abdul Razak
  5. Erican College




Buat julung kalinya, ERA akan mengadakan anugerah yang menggunakan 100% digital dan sosial media. Sebelum ini ERA pernah tampil dengan pelbagai majlis anugerah seperti Anugerah ERA pada tahun 2001 hingga 2007 Kemudian tampil dengan Anugerah Meletop ERA pada tahun 2014 hingga 2016. Kali ini apa lagi yang ERA nak anugerahkan?


Anugerah kali ini lain daripada yang lain hanya mempunyai 5 kategori yang akan dipertandingkan iaitu Penyanyi Kolaborasi Terbaik, Nyanyian Semula Di Sosial Media Terbaik, Lagu Paling Emo 2016, Temubual Tetamu Terbaik Carta ERA 2016 dan Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 2016! Semua keputusan pemenang adalah daripada unduan penonton dan pengikut sosial media ERA. 

Jangan lupa untuk saksikan malam kemuncak ERA Digital Muzik Awards (EDMA) bersiaran lansung di Facebook ERA fm pada 18 Januari 2017, jam 9 malam! #ERADMA2016. Layari laman web www.edma.era.fm untuk mengundi dan segala maklumat lanjut. Senarai penuh pencalonan mengikut kategori sebagai panduan korang untuk mengundi. 

Penyanyi Kolaborasi Terbaik
1) Faizal Tahir
2) Juzzthin
3) Tasha Manshahar
4) Waris
5) Yuna

Lagu Nyanyian Semula Di Sosial Media Terbaik
1) Aiman Tino (Ku Rela Dibenci)
2) Haqiem Rusli (Segalanya)
3) Khalifah (Hang Pi Mana)
4) Projector Band (Sudah Ku Tahu)
5) Sufian Suhaimi (Terakhir)

Lagu Paling Emo 2016
1) Aiman Tino - Ku Rela Dibenci
2) Hyperact - Takkan Pergi
3) Ezad Lazim - Demi Cinta
4) Projector Band - Sudah Ku Tahu
5) Sufian Suhaimi - Terakhir

Temubual Tetamu Terbaik Carta ERA 2016 
1) Ayda Jebat
2) Azhael
3) Black
4) Hazama
5) Kaka

Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 2016
1) Aiman Tino - Ku Rela Dibenci
2) Projector Band - Sudah Ku Tahu
3) Syamel - Hidup Dalam Mati
4) Sufian Suhaimi - Terakhir
5) Tajul - Sedalam-dalam Rindu




Apa itu #ITA2016? Ramai tertanya-tanya apa kaitan ITA2016 dengan Upin dan Ipin. Sebenarnya ITA2016 ada sebuah majlis anugerah berprestij di negara seberang Indonesia. ITA atau Indonesia Television Awards 2016 merupakan sebuah penghargaan terbesar dan paling prestij terhadap program TV, pelakon TV serta insan musik di Indonesia, yang terdiri dari 12 kategori.
Upin & Ipin menjadi satu-satunya calon dari Malaysia yang tercalon untuk kategori Program Animasi Terpopuler. Jadi kita sebagai rakyat Malaysia perlu bangga dan bagi sokongan kepada rancangan animasi yang berjaya mengharumkan nama di peringkat antarabangsa.

Dapatkan DVD terbaru Upin & Ipin di sini sekarang juga



Cara untuk korang mengundi Upin & Ipin adalah seperti berikut :-

1) 1 ID untuk 1 undi.
2) Undian melalui akaun twitter perlu mendaftar sebelum 1 Ogos 2016 dan mempunyai minima 50 follower
3) Undian melalui akaun Facebook harus LIKE Fanpage Indonesia Television Awards dan baru buat undian. 
4) Cara undi adalah dengan komen di foto kategori dalam Fanpage ITA seperti ini.
Type #ITA2016<jarak>Kode Kategori<jarak>Nama Pencalonan. (lihat gambar di bawah).


5) Tempoh mengundi adalah bermula dari 22 Ogos hingga 12 September 2016.

Jadi masih ada beberapa hari sahaja lagi untuk kita mengundi bagi kemenagan besar Upin dan Ipin di sana. Upin dan Ipin adalah animasi yang sangat mendapat tempat dihati penonton di Indonesia. Sehinggakan ia menjadi viral dan ikutan kanak-kanak di sana. Sama-sama kita doakan kejayaan animasi Malaysia ini dipersada antarabangsa.

Nantikan filem terbaru daripada Upin dan Ipin tak lama lagi









Tahun ini adalah tahun ke 17 ASK2015 merupakan antara majlis terunggul di dalam lipatan sejarah industri tanah air yang sentiasa ditunggu-tunggu penganjurannya saban tahun kerana cetusan konsep dan identiti yang berlainan. ASK 2015 bakal menggandingkan dua pengacara popular iaitu Awie dan Fara Fauzana untuk mengemudikan majlis penganugerahan manakala acara karpet merah akan dikendalikan oleh Hani Hatim, Muadz dan Ain Edruce. Siaran langsung keseluruhan acara yang bermula dengan karpet merah pada jam 7.45 malam juga boleh dilayari secara global melalui komputer, tablet dan telefon pintar di laman web rasmi www.anugerahskrin.com. 


Secara keseluruhan, ASK 2015 mempertandingkan 31 kategori yang meliputi 12 kategori drama, 7 kategori filem, 6 kategori penerbitan dalaman dan 6 kategori teknikal. Untuk kategori drama, 16 buah drama, 8 drama rantaian, 3 drama rantaian komedi dan 3 drama rantaian popular media sosial telah dicalonkan. Manakala untuk kategori filem pula, 25 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan.

Antara drama yang layak bertanding ialah Ada Sejadah Panjang Terbentang, Cahaya Cinta, Cahaya Malaika, Dari Pintu Neraka, Hak, Jalan Taubat, Kereta Kita, Kerana Seorang Ammar, Lorong Kecil Ke Syurga, Penyabong, Pulangnya Tok Misai, Sebentuk Kunci Sedetik Cinta, Seligar, Sujud Ibuku, Sinar Ya Rob dan Talak.

Bagi kategori drama rantaian pula, ASK 2015 menerima pencalonan seperti Angin Syurga, Astana Cinta Aleesa, Cinta Ilahi, Hidayahmu Ramadan, Mukhlis, Puteri Gunung Ledang, Tabuh Merdeka dan Zahira. Kategori drama rantaian komedi pula menerima pencalonan seperti Asam Pedas Untuk Dia, Menantu Mak Uteh dan RubberBand.


Manakala filem yang layak bertanding termasuk Mat Tudung, Adnan Sempit Sawadikap, Mamak Cupcake, Lagenda Budak Setan 3 – Kasyah, Nasi Tangas, Amir & Lokman Pergi Kelaut, Dollah Superstar, Dendam Orang Mati, Anak Jantan, Kelibat, Lelaki Harapan Dunia, Gila Baby, Manisnya Cinta Di Cappadocia, Ophilia, Terbaik Dari Langit, Villa Nabila, Suamiku Encik Perfect 10, Puaka Balai Gombak, Jalan Puncak Alam, Cicakman 3, Isyarat Cinta , Jengka, Hantu Bungkus Ikat Tepi, Pilot Café dan Suamiku Ustaz.

Anugerah Drama Bersiri Terbaik di Laman Sosial yang diperkenalkan pada tahun lepas kini dikenali sebagai Anugerah Drama Rantaian Popular Media Sosial. ASK 2015 menyaksikan Rindu Awak 200%, Setitis Kasih Darmia dan Tentang Hati tercalon dalam kategori ini. Uniknya, pemenang bagi kategori ini bakal ditentukan oleh jumlah undian orang ramai di laman Twitter & Instagram dari 5 Oktober – 5 November 2015. Untuk mengundi, anda perlu letak hashtag drama pilihan anda iaitu #rinduawak200peratus, #setitiskasihdarmia atau #tentanghati berserta dengan #ask2015.