Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng Kembali Semula Ke Layar Perak | Dunia Penuh Gosip

Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng Kembali Semula Ke Layar Perak

Setelah 5 tahun kejayaan dan populariti filem Geng Pengembaraan Bermula tahun 2009, kini mereka bakal kembali lagi menggegarkan panggung dengan filem terbaru. 2016 adalah waktu terbaik bagi animasi no.1 Malaysia ini untuk tampil dengan produk baru agar terus diminati oleh kanak2. Bagaikan fenomena sebelum ini animasi Upin & Ipin mendapat sambutan luar biasa daripada bukan sahaja golongan kanak2 malah juga dewasa.


Pasangan animasi adik beradik kembar ini juga turur mencuri perhatian peminat mereka di negara seberang Indonesia. Menjadi kegilaan ramai penduduknya karikatur ini begitu popular sehinggakan semua barangan keluaran Upin & Ipin menjadi laris. Juga negara jiran tersebut menghasilkan single untuk animasi ini yang bertajuk 'Sahabat Selamanya' nyanyian kumpulan Padi.
Kini filem baru mereka gabungan antara Les’ Copaque Production dan KRU Studio menghasilkan Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng. Filem garapan animasi dan juga karektor manusia adalah idea baru untuk dunia filem tempatan. Menampilkan Pelakon Wanita Terbaik Asia Puteri Balqis sebagai pelakon utama disamping watak Upin & Ipin. Nampak lebih segar dan lebih menarik diharapkan filem kali ini akan pecah panggung sebagai filem animasi paling berjaya.


Kalau korang tak sabar boleh tonton dulu teaser Upin & Ipin ini yang telah berada di Youtube. Moga animasi ini terus menjadi kegilaan kanak2 di negara kita dan setanding animasi luar negara. Tarikh tayangan masih belum diumumkan oleh pihak produksi tapi dalam tahun ini juga. Nantikan di pawagam berhampiran anda dan bawa anak2 semua menonton.







0 comments: