Dunia Penuh Gosip - Zero Dunia Penuh Gosip: Zero - All Post
Memaparkan catatan dengan label Zero. Papar semua catatan
Tu lah orang kata rezeki ayam nampak di kaki rezeki manusia tiada dapa mengjangka. Tuah buat kumpulan lawak adik beradik yang berasal dari Sabah ini. Sapa lagi kumpulan Zero yang telah menjuarai Maharaja Lawak Mega 2014 yang lepas. Menewaskan kumpulan2 yang cukup kuat dan popular sebelum ini. Itu lah kehebatan sekiranya ikhlas melalukan apa sahaja yang kita suka.


Kini kumpulan Zero lebih banyak mendapat jemputan untuk persembahan di merata tempat. Yang terbaru kini kumpulan Zero jadi juru cakap untuk produk makanan Mister Potato. Tu lah rezeki kata orang biarlah orang nak kata demand ker tapi bila orang suka tak kisah apa orang katakan. kini kumpulan Zero sedang sibuk dengan Mister Potato Lawak Tour 2015 mencari peminat untuk berjenaka.


Baru ini kumpulan Zero telah beraksi di NZ Curry House Wangsa Maju. Dengan lawak yang spontan dan bersahaja kumpulan Zero tidak membosankan tetamu yang hadir. Setiap masa ada sahaja lawak yang di tampilkan bersama peminat yang menonton. Lagi menarik setiap jelajah ini mereka akan sediakan hadiah2 istimewa kepada para tetamu dan jika bertuah anda akan menang wang tunai.



Show tak lama hanya 1jam setengah sahaja di setiap lokasi tapi penuh dengan lawak jenaka. Kini kumpulan Zero lebih dekat untuk bersama peminat mereka di lokasi2 yang terpilih. Antara lokasi yang telah mereka jejaki dan akan jejaki adalah seperti berikut. 

1) Rasta TTDI - 19 April 2015 
2) NZ Curry House Wangsa Maju - 26 April 2015
3) Uptown Kota Damansara - 3 Mei 2015
4) Uptown Shah Alam - 24 Mei 2015


Beberapa lokasi sahaja yang tinggal dan korang boleh kejar mereka dan bersama berhibur dengan lawak jenaka dan menang hadiah istimewa dan wang tunai. Semua org boleh sertai dan ia adalah terbuka. Untuk maklumat lanjut boleh layari facebook Mister Potato dan boleh dapat segala info dan peraduan di situ. Moga maju jaya buat kumpulan Zero.










Siapa sangka siapa menduga dari kerusi hot seat, melangkah masuk perlahan2 di pentas Maharaja Lawak Mega dan akhirnya menjejak kaki ke peringkat akhir dan terus di nobat juara Maharaja Lawak Mega 2014. Zero nama yg tidak pernah di jangka akan menang pada peringkat akhir ini tapi itulah hakikat bila mereka di gelar juara malam tadi.

Zero yg di anggotai olah Artu, Syaiful dan Sharif merupakan adik beradik yg berasal dari Sabah berjaya membuktikan mereka mampu menyerlah walaupun dari bawah. Persembahan yg kosisten dan juga sentiada membawa kelainan dalam persembahan setiap minggu mampu menjulang nama kumpulan ini sehingga begelar juara.


Kumpulan Zero berjaya membawa pulang rang tunai RM500,000 bersama dengan trofi sumbangan Astro. Syaiful yg merancang untuk melangsungkan perkahwinan selepas tamat program Maharaja Lawak Mega ini pasti org paling gembira. Tahniah buat kumpulan Zero. Juga kepada barisan peserta Maharaja Lawak Mega akhir yg telah belangsung malam tadi di Stadium Putra Bukit Jalil.

Tempat kedua pula di menangi oleh kumpulan Sepahtu yg merupakan juara bertahan tahun lepas. Kumpulan Sepahtu membawa pulang wang tunai RM250,000 dan trofi. Manakal tempat ketiga jadi milik peserta solo Nabil yg membawa pulang wang tunai RM150,000 dan trofi. Bagi dua kumpulan ini pula jatuh di tempat keempat iaitu Shiro dan juga tempat kelima Bocey. Masing2 membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM15,000.