Dunia Penuh Gosip - mStar Dunia Penuh Gosip: mStar - All Post
Memaparkan catatan dengan label mStar. Papar semua catatan
Peringkat Pengundian akan berlangsung selama sebulan (1 April – 27 Apr) dan anda dikehendaki memilih satu daripada lima finalis dalam setiap kategori. Finalis yang mendapat undian tertinggi daripada pembaca mStar Online akan membolehkan mereka diumumkan sebagai pemenang pada malam anugerah.


Malam Anugerah yang dimeriahkan dengan acara karpet merah akan diperkenalkan untuk mengiktiraf semua personaliti dalam dunia hiburan, sukan, bisnes, fesyen serta digital. Berdasarkan jumlah undian yang diperoleh finalis, maka seorang daripada lima finalis setiap kategori akan diraikan pada malam berkenaan. Senarai top 5 seperti di bawah dan undi di sini apo.mstar.com.my.












Kat Malaysia ni banyak juga majlis anugerah yang dianjurkan untuk mengiktiraf bakat seni dan juga mereka yang bebakat dalam Malaysia ini. Baru2 ini pula satu anugerah yang baru sahaja dilancarkan buat pertama kali menggunakan platform pilihan online. Inilah dia Anugerah Pilihan Online 2016 yang bakal menobatkan lagi artis dan juga penggiat sosial media di Malaysia.
18 kategori yang dipertandingkan untuk anda calon dan undi bila tiba masanya. APO2016 yang dikendalikan portal berita mStar Online dan Suria FM dengan tajaan produk kosmetik Dnars memperkenalkan 18 kategori membabitkan sembilan dalam bidang hiburan, tiga kategori sukan dan lima lagi kategori gaya hidup.


Pencalonan dan pengudian secara dalam talian boleh dibuat dengan melayari laman web khas iaitu http://apo.mstar.com.my. Sebarang perkembangan terkini mengenai APO2016 juga boleh diikuti di laman Facebook https://www.facebook.com/AnugerahPilihanOnline. Anugerah yang bertemakan Glam Digital itu bakal bersiaran secara langsung di TV2 pada 30 April depan dengan persembahan barisan artis2 popular.