Dunia Penuh Gosip - tarik Dunia Penuh Gosip: tarik - All Post
Memaparkan catatan dengan label tarik. Papar semua catatan
BUAT pertama kali dalam sejarah penganjurannya, gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang dimahkotakan kepada Haneesya Hanee, ditarik balik.


Ia adalah susulan tersebarnya sebuah video yang memaparkan beberapa peserta di sebuah kelab malam dan memegang gelas minuman keras.

Penarikan balik gelaran itu dibuat dalam satu sidang media oleh pemilik jenama Dewi Remaja, Nu Ideaktiv bersama majalah Remaja, yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook, pada Khamis.

Turut dijalankan adalah penyerahan semula mahkota, trofi dan replika cek yang menjadi hadiah kemenangan.

"Demi menjaga kredibiliti Dewi Remaja, kami memutuskan untuk tidak menobatkan mana-mana peserta sebagai pemenang, dan pemenang tempat kedua dan ketiga kekal dengan gelaran masing-masing.

Sementara itu, Haneesya memohon maaf dan menerima penarikan balik gelaran itu dengan hati terbuka. "Memang saya yang bersalah. Tindakan mereka menarik balik gelaran itu sesuatu yang wajar dan saya terima dengan hati yang terbuka," kata Haneesya.


*Berita dari Astro Awani 






Sungguh mengejutkan tetang keputusan yg dibua ini oleh pihak penganjur AIM 18 baru ini. Menurut twitter artis in Yuna bahawa pihak penganjur dan juri telah sepakat untuk menarik balik kemenangan beliau dalam kategori Lagu Terbaik AIM 18 baru2 ini. Menurut sesetengah pihak terdapat kekeliruan dalam pengiraan dan keputusan juri sehingga membuatkan kemengan kepada lagu Penakut itu.

Namun Yuna seolah2 redha dengan keputusan tersebut. Pihak penganjur akan memberi anugerah itu kepada pemenang sebanar iaitu lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain dan ciptaan Eddry. Tapi adakah ia akan dibuat pengumunan secara besaran atau hanya belakang tadbir. Ini kerana keputusan itu telah di ketahui umum dan telah disiarkan di semua media termasuk blog.


Namun persoalannya kenapa keputusan itu seolah2 tidak di semak terlebih dahulu oleh mereka yg lebih pakar atau ini hanya konspirasi pihak tertentu dalam menjayakan agenda mereka. Kalau mereka dah tahu lagu terbaik bagi setiap kategori knp lak lagu yg tak menang boleh tersenarai untuk lagu terbaik keseluruan. Memang tak logik langsung dan keputusan menarik balk ini di buat selepas 2 minggu AIM 18 berakhir dengan jayanya.

Tidak pernah terjadi sebegini kalau presenter tersalah umum tu biasa lah ni, para juri tersalah kira mcm mana tu. Entah2 dah byk kes pasal kesalah pemenang kot sebelum ini kita tak pasti semua buat diam jer kan. Di situ telah nampak kelemahan dalam penjurian AIM selama ini. Maaf str8 kata memang pihak yg bertanggungjawab menyemak setiap keputusan tidak buat keje atau kena duit kopi opsssss.....