IT Filem Badut Paling Seram | Dunia Penuh Gosip

IT Filem Badut Paling Seram

Terima kasih kepada Hangat.com kerana sudi memberikan 2 tiket tayangan perdana filem seram yang dinanti ramai. Ingat ini bukan filem badut kelakar di majlis hari jadi anak-anak tapi ini adalah filem badut sangat seram yang memang tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak bawah umur. Sebab itu filem ini diklasifikasikan sebagai P18.


Dulu tak silap pernah tonton filem ini pada tahun 1990-an tak ingat bila tapi ia ditayangkan di tv dan sangat menjadi fobia kepada kanak-kanak sehingga mereka takut kepada badut sampai besar. Kini tahun 2017 kembali semula filem arahan Andres Muschietti yang berdurasi 135minit ini.

Masa pergi tengok tayangan perdana cite ini tak rasa apa2 yang sangat seram kerana mungkin ia akan seperti cite hantu biasa seperti The Ring, Annabelle atau The Conjuring. Tapi semua itu jauh meleset dan kami semua menjerit. Boleh katakan ia cite hantu yang menonjolkan watak hantu dan aksi yang real, kalau tangan kena gigit tu memang nampak real tangan tu putus kena gigit.

Hantu badut ini juga boleh menjelmakan diri dalam semua waktu siang atau malam dan pelbagai rupa yang sangat seram. Kesan dan efek yang digunakan sangat membantu menghidupkan filem ini menjadi ia lebih seram.

Sedikit sinopsis filem ini:


Kisah bermula apabila adik Bill iaitu Georgie hilang tanpa kesan di bandar Derry, Maine. Maka sekumpulan kanak-kanak bersama-sama untuk mencari dan menyiasat kes-kes kehilangan kanak-kanak yang berlaku setiap 27 tahun sekali. Dalam pada masa sama mereka juga mengalami masalah kekeluargaan yang harus mereka atasi juga. Sehingga mereka mengetahui tentang Pennywise, seorang badut penari yang jahat dan ada sejarah pembunuhan dan keganasan bermula sejak berabad-abad lamanya.



Bagimana pengembaraan mereka menjejak Pennywise serta apakah kesudahan filem ini kena tonton sampai habis kerana pada penghujung korang akan tahu bahawa filem ini akan ada sequence nanti. Akan mula tayangan seluruh Malaysia pada 7 September 2017. Digalakkan bawa selimut atau penutup muka sendiri sebab seram yang teramat sangat. 

Jadi ibu bapa diluar sana jangan sesekali bawa anak tonton filem ini dan saja nak bagi mereka tonton ia sangat seram. Takut akan terbawa-bawa dalam mimpi. Bagi orang yang ada sakit jantung atau lemah semangat juga tidak digalakan tonton. Saya bagi filem ini 5 Bintang dari segi keseramannya. Selamat menonton.

  




6 ulasan:

  1. Tak suka badut! Takmo tengok! Rasa nak lempang badut tu. Hahaha.

    BalasPadam
  2. wah kemarin hampir tengok film ni tapi seram kali nampaknya

    BalasPadam
  3. Akak suka, akak suka citer2 seram. Dulu every Saturday kami anak beranak, siap toto, bantal, selimut, teddy bear apa2 yang patut, duk depan TV layan American Horror Movies, pas satu satu.. bila takut, mula lah bebudak tutup mata ngan selimut pastu nyanyi kuat2 biar tak dengar muzik iringan tu kan haha, those were the days. Sekarang memasing dah bekuarga dah tinggal sorang ni akak tak berani pulak nak nonton horror movie nanti tak leh tido

    BalasPadam
  4. OMG!I love this movie. Mmenag best. Walaupun ramai complain lambat sikit jalan ceritanya tapi i dont care , tetap best haha

    BalasPadam
  5. I like this kind of movie, might want to watch it this weekend.

    BalasPadam
  6. Feveret ever ni tapi xberkesempatan lg nak tgk..xde org nak jaga anak2 ni.. hahaha

    BalasPadam