Corat-Coret Disebalik Senarai Pemenang Dan Kemeriahan ABPBH 35 | Dunia Penuh Gosip

Corat-Coret Disebalik Senarai Pemenang Dan Kemeriahan ABPBH 35

Walaupun majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH35) telah berlangsung dengan meriah dan jayanya. Namun masih ramai lagi akan berkata-kata dan bercerita beberapa perkara disebalik coretan malam anugerah tersebut. Terutama kemenang utama daripada Barkobar... Namun ada 9 perkara yang berlaku sepanjang malam penuh gemilang tersebut. Jom kita kupas dan kenali ceritanya sedikit demi sedikit disebalik ABPBH35.



1) Pertama kali majlis anugerah yang penuh warna-warni dan kemeriahan dianjurkan di Panggung Sari Istana Budaya. Ia memberi satu tugas berat kepada produksi kerana ruang yang terhad dan juga tempat penyokong yang boleh dibenarkan masuk untuk menyaksikan majlis ini juga dihadkan.

2) Aina Abdul mencuri tumpuan semua hadirin diluar Istana Budaya kerana beliau tampil membawa pakaian untuk di peragakan di pentas Red Carpet dengan menggunakan lori. Menurut pereka pakaian Aina pada malam tersebut baju diilhamkan dari blazer itu sebesar 4 kaki dan memerlukan masa 3 jam untuk persiapan sebelum boleh diperagakan.



3) Ini juga adalah pertama kali pemilihan pengacara iaitu Johan Raja Lawak dan Ain Iderus dan ia juga pertama kali mereka digandingkan bersama bagi menerajui malam anugerah gemilang ini.

4) Pada malam tersebut beberapa nama yang juga pertama kali menang dalam ABPBH setelah lebih 20 tahun berada dalam industri hiburan seperti Betto KusyairyElly Mazlien, Tyzo dan juga Bell Ngasri.

5) Namun Bell yang juga pemenang Bintang Paling Popular dan juga Artis Komedi Popular pada malam itu pernah memangi beberapa anugerah lain sebelun ini seperti Palakon Pembantu Terbaik dalam ASK 1998 dan juga Aktor Versatil Pilihan Malaysia dalam Anugerah Persoanaliti Industri & Usahawan Malaysia tahun 2022. 

6) Bell Ngasri juga mampu membuktikan untuk menang dalam ABPBH tidak perlu kepada kelab penyokong yang ramai atau yang kuat. Ini kerana Bell akui tidak pernah ada kelab penyokong sepanjang lebih 30 tahun dalam indutri hiburan ini. 



7) Persembahan Dato Sri Siti Nurhaliza menerusi lagu baharu beliau bertajuk 'Romansa Kita' mendapat pujian ramai dengan vokal yang mantap walaupun sebelum itu TokTi telah membuat persembahan pada majlis lain beberapa hari berturut-turut. Dato Siti juga tidak kurang mendapat kritikan netizen dan juga ada yang menyoalkan warna pakaian yang dipakaikan oleh TokTi pada malam itu ada TV kelihatan warna Biru, ada juga warna Hijau dan ada kelihatan warna Turquois. 

8) Ini adalah kali kelima Khai Bahar menang bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular ABPBH sejak dicalonkan dari tahun 2017 penyertaan beliau. Khai Bahar juga pernah menang dalam Kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular  pada tahun 2020 & 2021 duet bersama Siti Nordiana dan Aina Abdul.

9) Kelainan ketara yang dibawakan pada malam ABPBH35 ialah memperkenalkan nama baharu untuk beberapa kategori dipertandingkan, selaras dengan perubahan landskap industri kreatif dan cita rasa kelompok sasaran Gen Z. Contoh menggunakan perkataan Pelakon Lelaki dan Pelakon Wanita ditukar kepada Aktor dan Aktres.



Di bawah ini senarai penuh pemenang ABPBH 35 yang telah diumumkan pada malam tersebut. Setinggi tahniah kepada Bell Ngasri yang berjaya dijulang sebagai Bintang Paling Popular kali ini dan juga kategori Pelakon Komedi Popular.

ANUGERAH  KHAS :

ANUGERAH EKSPRESI LEGASI SENI - Tan Sri Michelle Yeoh
ANUGERAH EKSPLORASI SENI ABPBH35 - Yuna

KATEGORI UTAMA :

ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR - Bell Ngasri
ARTIS KOMEDI POPULAR - Bell Ngasri
PENYAMPAI RADIO POPULAR - Tyzo (SuriaFM)
PENGACARA TV POPULAR - Elly Mazlein
AKTRES TV POPULAR - Anna Jobling
AKTOR TV POPULAR - Meerqeen
AKTRES FILEM POPULAR - Sophia Albarakbah
AKTOR FILEM POPULAR - Beto Kusyairy
ARTIS KOLABORASI/DUO/BERKUMPULAN POPULAR - Dolla
PENYANYI WANITA POPULAR - Aina Abdul
PENYANYI LELAKI POPULAR - Khai Bahar
BBNU WANITA POPULAR - Anna Jobling
BBNU LELAKI POPULAR - Amir Ahnaf



7 KATEGORI EKSTRA :

COUPLE TV POPULAR - Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)
COUPLE FILEM POPULAR - Datuk Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (Dekatnya Cinta)
DRAMA POPULAR - Melur Untuk Firdaus (A-Ten Alliance Sdn Bhd)
LAGU PALING BOOM POPULAR - Terus Hidup (Aina Abdul)
CONTENT CREATOR POPULAR - Alieff Irfan
TIKTOKERS POPULAR - Sally Whoo
LAWAK VIRAL POPULAR - Syahmi Sazli, Hasif dan Yoe Parey







0 comments: