Taruhan Baharu Ziana Zain 'Waktu' Duet Bersama Bintang TikTok Hasif Upin | Dunia Penuh Gosip

Taruhan Baharu Ziana Zain 'Waktu' Duet Bersama Bintang TikTok Hasif Upin

Siapa Hasif Upin ni sehingga begitu hebat mampu untuk berduet dengan penyanyi Lagend yang telah berpuluh tahun dan menang banyak anugerah. Adakah setaraf bakat beliau sehingga boleh menjadi pilihan untuk gandingan lagu terbaharu Ziana Zain setelah 15 tahun tiada tampil dengan lagu baru.



Mungkin ramai yang mempertikaikan dan ada juga yang luah rasa tidak puas hati dengan pemilihan penyanyi baharu Hasif untuk duet bersama Ziana melalui lagu bertajuk "Waktu". Inilah yang dikatakan yang baharu diberi peluang dan yang lagend terus mengasah dan menunjuk ajar agar generasi baru yang lahir bukan sekadar rupa. 



Menurut Ziana beliau tidak gentar untuk mempertaruhkan bakat baharu Hasif Upin ini dalam duet terbaharu beliau. Malah menurut ZZ beliau sendiri berbesar hati untuk mengetengahkan bakat yang ada pada penyanyi baharu kelahiran TikTok ini. Duet "Waktu" telah boleh mula di dengar di saluran YouTube Armani Entertainment dan nilai sendiri bakat dan vokal beliau.



Memang ternyata Hasif Upin berusaha untuk memberikan terbaik dalam gandingan lagu ini, Vokal beliau juga tidak kurang hebatnya dan mampu diketengahkan. Ditambah lagi dengan kehebatan lirik dan susunan muzik ciptaan gandingan komposer baharu Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat.

LIRIK 'WAKTU' - Hasif Upin & Ziana Zain

Janji ditinggal janji
Kasih ditelan ngeri                
Hancur hatiku
Hancur kernamu             

Waktu berlalu pergi
Masih tak mengubati
Mahu kembali
Kita yang dulu

Kini semua dah terjadi
Habis tinggal hanya bayangan
Sesalanku belakangku
Hantui

Ragut  separuh nyawa
Rapuh hasrat yang menjauh
Takdir yang bersama
Namun jiwa kita merana
Waktu

Aku takkan berhenti
Mimpi cinta sejati
Namun tidurku
Yang haru biru

Kini semua dah terjadi
Habis tinggal hanya bayangan
Sesalanku belakangku
Hantui

Ragut separuh nyawa
Rapuh hasrat yang menjauh
Takdir bersama
Namun jiwa kita merana

Larut dalam lautan
Paut atas arus cinta
Makin tenggelam
Terbenam dalam kehampaan waktu

Ragut  separuh nyawa
Rapuh hasrat yang menjauh
Takdir bersama
Namun jiwa kita merana

Larut dalam lautan
Paut atas arus cinta
Makin tenggelam
Terbenam dalam kehampaan
WAKTU





0 comments: