Jaclyn Victor Juara All Stars Gegar Vaganza 2023 | Dunia Penuh Gosip

Jaclyn Victor Juara All Stars Gegar Vaganza 2023

Akhirnya semua keputusan selamat 12 minggu telah terungkai siapa yang membawa pulang gelaran antara juara All Stars Gegar Vaganza 2023. Bagai tahun tuah buat Jaclyn Victor apabila dinobatkan sebagai juara keseluruan pada malam akhir All Stars GV yang berlangsung malam tadi.



Jac selaku juara GV9 tahun lepas kini diumumkan sebagai juara tunggal untuk malam akhir tersebut. Konsep pada malam akhir All Stars GV ini adalah hanya diumumkan seorang sahaja juara dan tiada tempat kedua atau tempat ketiga. Manakala semua peserta akhir All Stars GV lain membawa pulang wang tunai RM10 ribu setiap seorang, bersama trofi dan juga pakej percutian.

Hanya juara utama iaitu milik Jaclyn Victor berjaya membawa pulang wang tunai RM200,000, trofi, pakej percutian, pakej penginapan, dan hadiah sampingan lain. Hadiah disampai sendiri oleh barisan juri tetap setiap menggu iaitu Dato Ramli M.S., Hetty Koes Endang dan juga Dato Syafinaz Selamat. 



Pada persembahan di pentas akhir itu, Jaclyn menambat hati juri dengan membawakan lagu When You Believe untuk segmen solo manakala berganding bahu bersama Datuk Jamal Abdillah menerusi lagu Sandarkan Pada Kenangan untuk segmen duet.

Manakala Siti Nordiana diumumkan sebagai pemenang Anugerah Gegaran Generasi Juara Digi membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000. Juga bintang Naqiu pula penerima Bintang Cuckoo Paling Gempak yang membawa pulang hadiah sebuah kerusi urut Cuckoo.

Namun tahniah kepada semua peserta akhir yang telah layak untuk berada pada kedudukan yang berada sekarang. Adakah akan ada lagi GV11 pada tahun akan datang atau ini adalah GV terakhir abad ini. Sama-sama kita nantikan pengumuman dari pihak Astro.






0 comments: