Dunia Penuh Gosip - Aina Abdul Dunia Penuh Gosip: Aina Abdul - All Post
Memaparkan catatan dengan label Aina Abdul. Papar semua catatan
Penyanyi negara Aina Abdul meraih tempat keempat dalam pertandingan Eurovision Song Contest Asia (Eurovision Asia) 2026 yang selesai berlangsung pada Sabtu malam di Bangkok, Thailand.



Mewakili Malaysia menerusi lagu Bluest Sky, Aina mengumpul keseluruhan 152 mata, sekali gus menamatkan saingan dalam kelompok lima terbaik daripada 11 negara yang bertanding.

Berdasarkan keputusan yang dipaparkan menerusi portal Eurovisionworld, penyanyi itu memperoleh 82 mata daripada juri profesional dan 70 mata hasil undian awam.



Manakala penyanyi Filipina, Carmelle, muncul juara edisi sulung Eurovision Song Contest Asia 2026 selepas menewaskan 10 peserta dari negara Asia.

Tempat kedua menjadi milik duo dari Thailand, MANG x DAOU, yang mengumpul 170 markah, manakala penyanyi Vietnam, Tóc Tiên, menduduki tangga ketiga dengan 164 markah.



Negara-negara lain yang turut mengambil bahagian ialah Nepal, Korea Selatan, Mongolia, Bangladesh, Kemboja, Laos dan Bhutan.

Pentas final yang dihoskan oleh pasangan pengacara Cindy Bishop dan Woody Milintachinda itu turut dihiburkan dengan persembahan juara Eurovision 2026 dari Bulgaria, Dara, dengan lagunya Bangaranga, serta superstar tuan rumah, Jeff Satur.








Peserta asal Kota Kinabalu, Sabah, Didie Shazry dinobatkan sebagai juara sulung program Raise The Star Malaysia.



Mendendangkan lagu Melompat Lebih Tinggi dan single pertamanya ciptaan Ainai Abdul berjudul Pegang Hati, membolehkan Didie berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000 dan sebuah trofi.

Tempat kedua disandang oleh Zuana yang membawa pulang wang tunai RM20,000 manakala Rayme berada di tempat ketiga membawa pulang RM10,000, sebuah lagu dan trofi.

Sementara itu, Hariz Fayahet memenangi tempat keempat disusuli Keka di tempat kelima dan masing-masing membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta trofi serta sebuah lagu baharu.



Sementara itu, Gempak Star On Fire yang merupakan anugerah undian atas talian paling tinggi dimenangi Zury manakala anugerah Unbeatable Star diraih oleh Pasya dengan membawa pulang wang tunai RM5,000.

Kesemua peserta diadili oleh lima juri tetap iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Tomok.

​​Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.