Mendapat undian penonton paling tinggi melayakkan Hussain sebagai juara program Big Stage Rocketfuel yang berlangsung malam tadi di Auditorium MBSA Shah Alam.
Persaingan sengit antara lima finalis lain membolehkan Hussain membawa pulang wang tunai RM30,000, sebuah single terbitan Rocketfuel Entertainment, selain peruntukan pengurusan kerjaya dan pemasaran single bernilai RM100,000 tajaan Rocketfuel Entertainment serta sebuah trofi.
Hussain juga membawa pulang dua lagi anugerah lain pada malam tersebut iaitu Rocket Star of The Week dan juga anugerah Peserta Program Realiti Paling Lama Bertaham iaitu sepanjang 18 minggu bermula dari program TTMM (10 minggu) hingga kepada Big Stage Rocketfuel (8 Minggu).
Sementara itu, tempat kedua disandang oleh Adam Nazmie yang membawa pulang wang tunai RM20,000, sebuah single terbitan Rocketfuel Entertainment, peruntukan pengurusan kerjaya dan pemasaran single bernilai RM50,000 tajaan Rocketfuel Entertainment serta sebuah trofi.
Sementara Ranisha pula berada di kedudukan ketiga dan membawa pulang wang tunai RM10,000, kontrak Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM50,000, sebuah single dan trofi sumbangan Astro.
Tempat keempat pula milik Danny dan Yad-Z di kedudukan kelima, masing-masing membawa pulang RM5,000 bersama trofi. Danial Kifli pula berada di tempat keenam dengan menerima RM 3,000 dan trofi.

Follow Us