Dunia Penuh Gosip - Shila Amzah Dunia Penuh Gosip: Shila Amzah - All Post
Memaparkan catatan dengan label Shila Amzah. Papar semua catatan
Pada hujung minggu lepas dengan sekali lafaz, penyanyi Shila Amzah sah bergelar isteri. Majlis pernikahan bertemakan ‘pure forest garden featuring bohemian wood’ itu berlangsung di kediaman Shila di Cheras sekitar jam 6 petang.


Shila, atau nama sebenarnya, Nurshahila Amzah selamat diijabkabulkan dengan Haris  Idraki Elias berwalikan bapa Shila sendiri, Amir Amzah Salleh. Akad nikah disaksikan Ustaz Helmi Saadon dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Shila menerima mas kahwin RM888 daripada pihak lelaki namun jumlah hantaran yang dipersetujui keluarga tidak didedahkan. Shila tampil bergaya dengan busana yang diilhamnya sendiri. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran 400 tetamu termasuk keluarga dan rakan-rakan terdekat dua mempelai ini.


Pihak pengurusan ANH Events dalam satu kenyataan berkata majlis resepsi Shila dan Haris akan diadakan pada 22 April ini di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya. Terdahulu, Shila dan Haris mengikat tali pertunangan pada 3 November lalu.







Sangat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia apabila artis Malaysia yang popular di China ini mengambil keputusan untuk bertunang. Tahniah kepada Shahila Amzah yang selamat bertunang semalam bersama jejaka pilihan hati iaitu Haris.


Tak banyak yang tahu tentang tunang Shila ini kerana meraka tidak pernah nampak bersama dan tidak pernah update di laman sosial masing-masing. Tiba-tiba jer semalam tanggal 3 Nov majlis pertunangan berlangsung di kediaman keluarga Shila di Hulu Langat.


Ohh menurut apa yang Shila update di laman Instagram beliau Haris Idraki bin Elias adalah lelaki yang beliau telah kenali sejak 7 tahun dahulu. Permulaan sebagai kawan dan akhinya berjaya menambat hati beliau sehingga ke majlis pertungan ini. 


Semua peminat mendoakan kebahagiaan Shila moga sampai ker jinjang pelamin. Cuma belum ada tarikh yang dinyatakan bila mereka bakal melangsungkan perkahwinan. Semua peminat ternanti-nanti akan hari bahagia ini. Adakah Shila akan membuat majlis di Malaysia dan juga majlis untuk peminat di China. Sama-sama kita nantikan ok.





Tu lah kalau artis dah merajuk mcm2 boleh mereka buat walaupun tidak besar tapi kesan juga kepada mereka yang menganjur. Tak tahulah mana salah dan silapnya tapi artis yang cukup popular di negara China ini telah membuat keputusannya hari ini. Pagi tadi melalui radio HotFM, Shila Amzah telah di undang untuk menjadi artis jemputan bagi Anugerah Juara Lagu. Shila adalah salah seorang finalist bagi AJL melalu lagunya Masih Aku Cinta.


Tapi Shila Amzah telah membuat satu pengumuman yg mengejutkan. Hasil perbincangan bersama pengurusan dan juga pihak yg bertanggungjawab membawa Shila ke mercu kejayaan, maka dengan rasmi Shila Amzah menarik diri daripada menyertai ABPBH 2014 tahun ini. Shila Amzah yg telah di senarai pendek top 5 bagi kategori Penyanyi Wanita Paling Popular membuat keputusan itu secara langsung di radio.

Menurut kata Shila kerana ada sesetengah media Malaysia yang telah memboikot beliau makan beliau telah membuat keputusan itu. Adakah kerana merajuk atau terasa hati dengan tindakan sesetengah media Malaysia maka Shila membuat keputusan ini. Atau itu sebahagian daripada tanda protes artis ini kepada media yg telah memboikot beliau. Hanya Shila yang tahu dan mungkin telah kaji kesan baik buruk terhadap tindakan beliau itu.

Apa pun tunggu jawapan daripada penganjur ABPBH 2014 adakah mereka akan menggugurkan nama Shila Amzah dari senarai top 5 dan menggantikan dengan artis lain. Menurut rekod Shila Amzah pernah memenangi anugerah bagi kategori Penyanyi Wanita Paling Popular ABPBH 2012. Adakah Shila Amzah akan tidak bertanding bagi ABPBH kali ini sahaja atau terus tidak bertanding selamanya. Itu Shila Amzah akan terangkan kemudian. Apa pun kepad apeminat Shila Amzah besabar dan terus menyokong artis kesayangan anda ini.








Kesan daripada kehilangan MH370 bukan sahaja di rasai oleh seluruh rakyat Malaysia di Malaysia sendiri malah seluruh dunia meratapi pemergian semua penumpang dalam penerbangan tersebut. Juga turut terasa kesan kepada isu ini adalah rakyat Malaysia yg berada di luar negara. Seluruh negara memerhatikan negara kita yg kerdil ini dan sentiasa mencari salah kepada kita walaupun kita tahu itu semua pernah berlaku di negara lain.

Itu lah yg juga turut di hadapi oleh penyanyi Malaysia yg telah membina nama di negara China sapa lagi kalau bukan Shila Amzah. Gara-gara isu MH370 Shila mendapat kecaman hebat daripada peminat beliau di negara tembok besar itu. Kalau ikuti twitter Shila dapat di lihat comment dan juga kritikan kebanyakan rakyat China terhadap Shila atas isu MH370. Walaupun Shila tidak ada apa2 kaitan dengan penerbangan itu tetapi kerana membawa nama Malaysia Shila di kecam hebat.


Sehinggakan ada comment peminat yg menghalau beliau kuar daripada negara tersebut. Tapi itu semua dugaan buat Shila kerana setiap kejayaan pasti ada hadapi dugaan dan kritikan. Shila kena terus tabah dan kuat semangat di sana. Sebelum ini nama Shila Amzah di sanjung dan di puja2 oleh peminat China kerana selepas kejayaan besar beliau dalam program realiti Asian Wave. Sehinggakan Shila di berikan hak bermastautin di sana untuk mengembangkan karea beliau di sana. 

Tapi kini semua berubah, walaubagaimana pun masih ada peminat yg terus menyokong beliau dari belakang. Masih ada peminat Shila Amzah di negara China masih menyayangi beliau dan mahukan bakat anak muda ini terus di gilap di negara China. Dalam reaksi peminat ada ramai juga terus memberi sokongan seperti mana comment yg di terima ini. 

"Shira is a singer. She is not open aircraft. She can not represent the Malay government. Do not spray the wrong person. Thank you.”

Shila kena terima segala kritikan dan juga pujian dalam usaha mematangkan beliau di sana. Terus tabah dan cekal hadapi walau di kritik bukan kerana kesilapan beliau. Shila anda adalah terbaik dan anda adalah wajah Malaysia di negara tembok besar itu. Terus usaha dan jgn peduli apa mereka kata kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya belaku.