TV AlHijrah bakal memperkenalkan kempen khas “Go Halal” sempena penyertaannya di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 yang berlangsung pada 23 hingga 26 September 2026 di MITEC, Kuala Lumpur, bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.
Kempen ini diperkenalkan bagi membantu usahawan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pemain industri halal memanfaatkan media secara lebih strategik untuk memperkukuh jenama, meningkatkan keterlihatan dan mendekati pengguna dengan lebih berkesan.
Sepanjang empat hari MIHAS 2026, TV AlHijrah akan menawarkan promosi media khas dan terhad merangkumi pengiklanan televisyen, promosi digital, penghasilan kandungan, integrasi program, kandungan berjenama serta aktiviti penglibatan pengguna yang boleh disesuaikan mengikut keperluan dan objektif sesebuah jenama.
Ketua Unit Penjualan Media TV AlHijrah, Hafriz Zulpakar, berkata “Go Halal” diwujudkan kerana ramai usahawan mempunyai produk yang berkualiti dan berpotensi untuk berkembang, namun masih berdepan cabaran dalam membina keterlihatan dan keyakinan pengguna.
“Produk yang baik perlu disokong oleh strategi komunikasi yang tepat supaya ia bukan sahaja berada di pasaran, tetapi benar-benar dikenali dan dipercayai pengguna. Di sinilah media memainkan peranan yang sangat penting.
“Menerusi ‘Go Halal’, kami mahu membantu usahawan memilih pendekatan media yang sesuai supaya jenama mereka bukan sekadar dilihat, tetapi mampu membina hubungan yang lebih kuat dengan pengguna,” katanya.
Kekuatan itu disokong oleh ekosistem media TV AlHijrah yang merangkumi televisyen dan platform digital. Berdasarkan data suku kedua 2026, TV AlHijrah merekodkan 7.7 juta tontonan televisyen, manakala Berita AlHijrah mempunyai 3.4 juta pengikut di TikTok dan AlHijrah Plus mencatatkan 300,000 pelanggan.
Data sama menunjukkan 61 peratus penonton televisyen TV AlHijrah terdiri daripada wanita, manakala sekitar 40 peratus merupakan golongan profesional, sekali gus memberi peluang kepada jenama untuk berkomunikasi dengan kumpulan pengguna yang relevan menerusi pendekatan yang lebih tersasar.
Menurut Hafriz, perubahan corak penggunaan media hari ini turut menuntut jenama bergerak merentasi lebih daripada satu platform.
“Pengguna mungkin mengenali sesuatu jenama melalui televisyen, melihat kandungannya di media sosial dan kemudian membuat keputusan untuk membeli. Sebab itu jenama hari ini memerlukan strategi yang lebih menyeluruh.
“TV AlHijrah mempunyai kelebihan untuk menggabungkan televisyen, digital dan kandungan dalam satu ekosistem, dan kekuatan itulah yang mahu kami buka kepada lebih ramai pemain industri halal menerusi ‘Go Halal’,” katanya.
Penyertaan TV AlHijrah di MIHAS 2026 hadir ketika industri halal terus menunjukkan potensi pertumbuhan yang kukuh. Sasaran jualan MIHAS 2026 telah dinaikkan daripada RM4.5 bilion kepada RM5 bilion, manakala lebih 500 permohonan pembeli dan pengimport antarabangsa diterima berbanding sasaran awal seramai 300.
Perkembangan itu membuka ruang yang lebih luas kepada jenama halal Malaysia untuk bukan sahaja memperkukuh pasaran domestik, malah membina rangkaian perniagaan dan meneroka peluang di peringkat antarabangsa.
Selari dengan tema “Peluang Tempatan, Kepercayaan Global”, TV AlHijrah melihat media sebagai salah satu pemacu yang boleh membantu jenama bergerak daripada sekadar mempunyai produk kepada membina kehadiran, keyakinan dan nilai di mata pengguna.
Sepanjang MIHAS 2026, Hab Media TV AlHijrah akan menjadi ruang pertemuan antara usahawan, jenama dan pasukan media TV AlHijrah. Dalam masa sama, pengunjung turut berpeluang mengikuti pelbagai pengisian khas di reruai TV AlHijrah sepanjang 23 hingga 26 September, antaranya perkongsian berkaitan kandungan halal patuh syariah, gaya hidup halal, wanita dan kerjaya, promosi MINA 2026, Rare AlHijrah, AlHijrah Plus serta program Ruqyah yang menampilkan barisan personaliti dan pendakwah TV AlHijrah.
Usahawan dan wakil syarikat boleh mendapatkan penerangan mengenai pilihan pengiklanan dan pemasaran, menjalani sesi konsultasi serta berbincang secara langsung mengenai strategi media yang bersesuaian dengan sasaran pasaran, objektif dan bajet masing-masing.
Tawaran promosi “Go Halal” hanya disediakan sepanjang tempoh MIHAS 2026 dan tertakluk kepada terma, syarat serta kekosongan slot.
TV AlHijrah percaya setiap jenama mempunyai keperluan yang berbeza dan tidak semestinya memerlukan kempen berskala besar untuk memberi impak.
“Apa yang lebih penting ialah memilih platform yang betul, mesej yang tepat dan strategi yang sesuai dengan tahap perkembangan sesuatu jenama. Kami mahu MIHAS menjadi ruang untuk usahawan datang berbincang dan melihat sendiri bagaimana media boleh membantu perniagaan mereka berkembang,” kata Hafriz.
Justeru, usahawan, PKS dan syarikat yang mahu meneroka kekuatan media dalam memperkukuh jenama dijemput bertemu pasukan TV AlHijrah di Hab Media TV AlHijrah sepanjang MIHAS 2026, dari 23 hingga 26 September 2026 di MITEC, Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang https://tvalhijrah.com/gohalal.
.png)




.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.png)
.png)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)











Follow Us