Dunia Penuh Gosip - TV2 Dunia Penuh Gosip: TV2 - All Post
Memaparkan catatan dengan label TV2. Papar semua catatan
Penganjuran Anugerah Industri Muzik ke 24 (AIM 24) menyaksikan lagu Jangan Mati Rasa Itu dendangan Aina Abdul telah dinobat sebagai Lagu Terbaik yang turut menerima Dana Kandungan Kreatif  sebanyak RM50,000.



Dalam masa yang sama, Aina juga merangkul kemenangan menerusi kategori Lagu Pop Terbaik, Vokal Terbaik dan Rakaman Album Terbaik.

Belagu 2 telah dinobatkan sebagai Album Terbaik pada malam AIM 24 dan menerima juga Dana Kandungan Kreatif paling tinggi RM200,000. AIM 24 diadakan secara langsung di Arena Of Stars, Genting Highland pada Sabtu lepas dan dipancarkan secara langsung di TV2.

Selain itu, pemenang bagi kategori ‘Artis Baru Terbaik’, ‘Lagu Etnik Terbaik’, ‘Lagu Nasyid Terbaik’, ‘Lagu Tradisional Terbaik’, ‘Lagu Perpaduan Terbaik’, ‘Lagu Inggeris Tempatan Terbaik’, ‘Lagu Cina Tempatan Terbaik’, ’Lagu India Tempatan Terbaik’ dan ‘Video Muzik Terbaik’ turut menerima dana berjumlah RM50,000 setiap satu.



Buat pertama kali Dato Sri Siti Nurhaliza tidak menang satu pun kategori yang dicalonkan, namun Biduanita Negara tersebut tetap dijulang pada anugerah paling tertinggi dalam AIM 24 iaitu melalui Anugerah Sri Wirama. Adakah ini tanda-tanda bahawa Tokti akan mengakhirkan bidang nyanyiannya kerana anugerah ini adalah selalu buat penggiat yang dah terlalu banyak menabur bakti dalam industri. Sama-sama kita nantikan pengumumam beliau.

Senarai penuh pemenang Anugerah Industri Muzik (AIM) 2025

Anugerah Sri Wirama – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Album Terbaik – Belagu II – Dayang Nurfaizah
Lagu Terbaik – Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul
Artis Baru Terbaik – Ryenald Guntabid – Lumangad Oku Dika
Vokal Lelaki Terbaik – Ryenald Guntabid – Lumangad Oku Dika
Vokal Wanita Terbaik – Aina Abdul – Jangan Mati Rasa Itu
Kugiran Terbaik – Mafidz – Teleportasi
Vokal Kumpulan Terbaik – Inteam – Nasab Nabi
Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik – Faizal Tahir & Dato’ M.Nasir – Campak Bintang
Lagu Perpaduan Terbaik – Bendera – Faizal Tahir
Lagu Etnik Terbaik – Cinta Setandan Pisang – Den Manjo & Eda Ezrin
Lagu Tradisional Terbaik – Canda Citra Cinta – Hazra
Lagu Nasyid Terbaik – Biar Satu Dunia Tahu – Faizal Tahir & Mirwana
Lagu Pop Terbaik – Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul
Lagu Rock Terbaik – Saksama – Akim & The Majistret
Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik – Angkat – Mimifly
Lagu Rap/Hip-Hop Terbaik – Dannok – Salammusik feat. Namewee
Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem/Drama – Hasrat – Amir Jahari
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – My Home Is In Your Arms – Daiyan Trisha
Lagu Cina Tempatan Terbaik – Divorce In Ghana 在加納共和國離婚 – Firdhaus 菲道爾
Lagu India Tempatan Terbaik – Pothum – Sheezay & Hashmita
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara – Bertengkar Manis – Rossa & Barsena Bestandhi
Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik – Masing Masing – Ernie Zakri & Ade Govinda
Kulit Album/Single Terbaik – Iman – Ismail Izzani
Rakaman Album Terbaik – Imaji (Deluxe Edition) – Aina Abdul
Rakaman Lagu Terbaik – Aura – Ernie Zakri
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – Rindu Menyapa – Dayang Nurfaizah
Video Muzik Terbaik – Voodoo – KRU
Lagu Paling Tinggi Distrim – Masing Masing – Ernie Zakri ft. Ade Govinda
Lagu Paling Tinggi Ditonton di TikTok – Santai – Faizal Tahir
Video Muzik Rasmi Paling Tinggi Ditonton di YouTube – Sayunk I Love You – Chombi








Penyanyi Bidayuh yang telah popular di negeri kelahirannya Sarawak, Roxy Ixzy 26 dinobatkan sebagai juara Bintang RTM 2024 yang telah berlangsung pada 24 Feb 2024 di Angkasapuri Kota Media dan disiarkan secara langsung di TV2. Beliau menerima hadiah wang tunai RM78,000 dan sebuah kereta Proton Iriz.



Gelaran naib juara menjadi milik Dhania yang membawa pulang wang tunai RM35,000 manakala Hady Huv memenangi tempat ketiga dengan ganjaran wang tunai RM20,000

Tempat keempat hingga keenam menerima RM5,000 manakala Bintang Paling Popular, Jon yang menerima 75,000 'likes', membawa pulang wang tunai RM10,000.



Hadiah-hadiah ditaja syarikat NesQ Resources Sdn Bhd, DRB Hicom, Royal Chulan Hotels & Resorts dan D&D Beauty House.

Rancangan dihoskan oleh pengacara tetap Bintang RTM 2024, Awal Ashaari dan Sissy Iman. Pertandingan akhir ini menyaksikan Roxy Ixzy, Eylia Guntabid, Dhania, Hady Huv, Feka dan Joy mempamerkan kehebatan vokal masing-masing untuk diadili juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat, LY, Ernie Zakri dan Aina Abdul sebagai juri jemputan.






Peserta kelahiran negeri Sabah, Rosario Ninih Chamini Bianis, 21, muncul sebagai juara pertandingan akhir Bintang RTM 2016 (BRTM) 2016 pada pertandingan yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini, Sabtu. Dengan kemenangan tersebut melayakkan Rosario berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 dan pakej percutian ke Korea selama lima hari dan empat malam.


Rosario turut membawa pulang trofi Vokal Terbaik dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000. Pada peringkat akhir itu, Rosario menyampaikan lagu nyanyian asal Leona Lewis berjudul Run pada segmen solo dan Beribu Sesalan duet bersama bekas juara BRTM 2009 iaitu Ernie.

Enam juri profesional yang mengadili BRTM 2016 ialah Datuk Mokhzani Ismail (ketua juri), Edrie Hashim, Helen Yap, Fauziah Latiff dan Ajai.Penyampai radio Nasional FM, Muazanazzudin Mohamed (Muaz) dan pelakon Amyra Rosli bertindak sebagai pengacara pada malam itu. Pertandingan itu turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada Ramlah Ram, Rohana Jalil, Noraniza Idris, Lan Kristal dan Dia Fadilla. BRTM 2016 turut disiarkan secara langsung menerusi TV2 pada pukul 9 malam.


Bak kat orang "Rezeki Tak Kemana" dengar cerita pula Rosario juga telah dilamar oleh komposer terkenal iaitu Ajai untuk menjadi artis rakaman di bawah syarikatnya. Ini adalah peluang besar buat juara baru itu untuk mengekalkan kareer dan namanya dalam persada dunia nyanyian di Malaysia. 






Selepas sembilan minggu bersiaran, Juara Pujaan akhirnya menjadi milik Mohamad Syahrul bin Mohamad atau Syahz, 28 yang disiarkan secara langsung di TV2 dari Auditorium Perdana, Angkasapuri malam tadi. 

Kiri juara Syahz dan kanan tempat ke3 Mimi

Syahz menerima hadiah wang tunai berjumlah RM20 ribu, sijil, trofi dan sebuah motorsikal Modenas. Tempat kedua, Nur Athirah binti Abdul Rahim (Atira Rahim), 24, menerima RM15 ribu, sijil, trofi dan juga sebuah motorsikal Modenas, manakala Norshammeme Arzayma binti Shamsuddin (Mimi), 29, menduduki tempat ketiga dengan membawa pulang RM10 ribu beserta sijil dan trofi. 

Untuk kategori Vokal Terbaik, Atira turut membawa pulang RM5 ribu manakala Muhammad Syafiq Ikhwan bin Ghazali atau Syafeek yang mendapat sorakan paling kuat daripada peminat menerima Kategori Finalis Paling Popular dengan hadiah berjumlah RM 5 ribu. 


Finalis diadili sepenuhnya lima juri profesional iaitu Juliza Adlizan sebagai juri tetap manakala Ketua Juri pada malam akhir ialah pengarah muzik Datuk Mokhzani Ismail. Dalam pada itu komposer Fauzi Marzuki, penyanyi Jaclyn Victor dan Mus May dijemput sebagai juri jemputan.