Juar Sulung Raise The Star Malaysia Milik Didie Dan Terima Lagu Baharu Aina Abdul | Dunia Penuh Gosip

Juar Sulung Raise The Star Malaysia Milik Didie Dan Terima Lagu Baharu Aina Abdul

Peserta asal Kota Kinabalu, Sabah, Didie Shazry dinobatkan sebagai juara sulung program Raise The Star Malaysia.



Mendendangkan lagu Melompat Lebih Tinggi dan single pertamanya ciptaan Ainai Abdul berjudul Pegang Hati, membolehkan Didie berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000 dan sebuah trofi.

Tempat kedua disandang oleh Zuana yang membawa pulang wang tunai RM20,000 manakala Rayme berada di tempat ketiga membawa pulang RM10,000, sebuah lagu dan trofi.

Sementara itu, Hariz Fayahet memenangi tempat keempat disusuli Keka di tempat kelima dan masing-masing membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta trofi serta sebuah lagu baharu.



Sementara itu, Gempak Star On Fire yang merupakan anugerah undian atas talian paling tinggi dimenangi Zury manakala anugerah Unbeatable Star diraih oleh Pasya dengan membawa pulang wang tunai RM5,000.

Kesemua peserta diadili oleh lima juri tetap iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Tomok.

​​Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.








0 comments: