Hafizzzz..... | Dunia Penuh Gosip

Hafizzzz.....

Tahniah kepada nama yg penuh keramat untuk tahun ini setalah kemenagan demi kemenagan di rangkul artis dari sebuah program realiti ini. Hafiz Superstar Mania itulah gelaran paling sesuai untuk beliau setelah menjadi juara bagi program terbitan Astro itu. Tahniah sekali lagi untuk beliau kerana membuktikan bahawa beliau mampu untuk terus berada di atas. Di harap dengan kejayaan ini akan membawa beliau dan muzik Malaysia ke negara jiran Indonesia kerana khidmat Ahmad Dani sangat berguna. 


Tahniah juga kepada juara tempat kedua Stacy seperti diramal beliau pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong pada mlm akhir itu. Menjadi naib juara juga membuatkan Dato M. Nasir lega kerana anak didik beliau masih mampu untuk menunjukkan kehebatan walaupun bukan sebagai juara.

Namun yg pasti sedih adalah Aubry Suwito kerana kegagalan Jaclyn Victor untuk mengekalkan kedudukan tempat pertama seperti mana dalam carta yg di tunjukkan. Mungkin kerana kelemahan yg ketara di tunjukkan Jac apabila lupa lirik ketika menyanyikan lagu 'Kenangan Terindah' memakan diri beliau sendiri. Berpuas hati dengan tangga ke 3 Jac tidak pernah menghampakan peminat beliau yg mengundi namun rezeki tidak menyebelahi beliau. 


0 comments: