Shila Hamzah Terus Cemerlang di Persada Dunia | Dunia Penuh Gosip

Shila Hamzah Terus Cemerlang di Persada Dunia


Debaran penyanyi negara, Shila Amzah pastinya kian terasa pada saat ini kerana dia bakal bertarung dengan 5 lagi finalis dari beberapa negara lain dalam pertandingan final Asian Wave yang akan berlangsung pada malam ini.

Dalam pertandingan final Asian Wave ini, Shila Amzah akan bersaingan sengit dengan 5 finalis daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Malaysia dan India.

Setakat ini peserta daripada negara China mendahului di tangga teratas dengan undian secara online yang tertinggi iaitu melebihi 140,000.

Manakala Shila Amzah di tangga kedua dengan undian melebihi 69,000. Nyata, Shila Amzah yang bakal membawakan 3 lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin pada malam ini nanti memerlukan sokongan daripada rakyat Malaysia untuk terus mengundinya pasti memastikan dia layak bergelar juara di dalam pertandingan ini, seterusnya mengharumkan nama negara.

Jadi, tunggu apa lagi. Lakukan tugas anda sekarang dengan mengundinya menerusi laman web di SINI. Sama-sama membantu rakyat Malaysia untuk terus cemerlang si persada dunia.


 *Sumber daripada Murai.com.my


0 comments: