Kini Dato Siti Juga Tercalon di WMA 2012 | Dunia Penuh Gosip

Kini Dato Siti Juga Tercalon di WMA 2012

Setelah sebelum ini hanya nama Shila Amzah sahaja dalam pencalonan di World Music Awards 2012 kini nama Dato Siti Nurhaliza juga turun tercalon dalam kategori yang sama. Worlds Best Female Artist categori yang menyaksikan dua artis negara ini akan bersaing bersama 40 lagi penyanyi lain seluruh dunia. Mampukah Shila Amzah mengulangi kejayaan di Asia Wave 2012 di China atau kehebatan artis lama yg memegang rekod artis paling byk memenangi anugerah di Malaysia iaitu Dato Siti Nurhaliza.


Namun Shila Amzah bukan sahaja tercalon dalam kategori ini sahaja malah beliau juga turut tercalon untuk anugerah kategori Worlds Best Entertainer Of The Year. Untuk kategori ini Shila wakil tunggal negara akan bersaing dengn 100 calon artis lain seluruh dunia termasuk Lady Gaga, Alicia Key, Pitbull, Rihanna, Taylor Swift dan ramai lagi nama hebat. Wow bukan senang yer kerana pancalonan cukup ramai dan hebat2 belaka.
 

Apa pun kita sebagai rakyat Malaysia tumpang bangga bagi kedua2 artis negara ini yg akan membawa nama Malaysia ke persada yg lebih hebat ini. Tugasan kita adalah untuk memastikan kemenangan kepada mereka dengan mengundi untuk artis kita. Sama2 kita sokong mereka dengan mengundi di laman web World Music Awards 2012. 







0 comments: