Movie Review OZ The Great and Powerful | Dunia Penuh Gosip

Movie Review OZ The Great and Powerful

Sebuah lagi movie yg masih hangat di tayangkan di seluruh panggung wayang seluruh Malaysia sekrang OZ The Great and Powerful. Sebuah kisah adaptasi daripada sebuah novel menggunakan kena 3D lebih hebat dan lebih mantap. Kisah kehidupan seorang ahli silap mata yg mahu mencari kejayaan dalam dunia silap mata. Barisan lakonan hebat seperti James Franco selaku OZ manakala Mila Kunis sebagai Thedora dan Rachel Weisz sebagai Evanora dan ramai lagi.


Daripada hasil tontonan di pawagan cerita ini sesuai untuk totonan seisi keluarga kerana ia berunsur kecerian dan juga di selitkan dengan jenaka bersahaja daripada watak2 yg di cipta untuk merancakkan lagi jalan cerita ini. Namun cerita ini masih mempunyai kekurangan kerana terlalu byk unsur yg meleret daripada segi dialog dan juga kurang kepada aksi sebenar seorang ahli silap mata dan ahli sihir.


Di sini sedikit ulasan terhadap jalan cerita movie ini untuk rujukan anda yg mahu menonton cerita ini.


Cerita yg mengisahkan seorang ahli silap mata yg masih mencari kejayaan dalam kerjaya silap matanya mengalami sesuatu kisah yg sungguh pelik dan aneh. OZ telah di bawa kepada sebuah dunia yg jauh berbeza oleh puting beliung yg melanda kawasan beliau membuat silap mata. Setelah berada di sebuah negara yg bernama OZ yg jauh lebih unik hebat dan lain ini merubah kehidupan OZ. Bertemu dengan Thedora telah membawa beliau kepada sebuah jajahan dua beradik yg di miliki oleh Evanora. Mereka memerlukan seorang ahli sihir untuk melawan kuasa jahat yg mengusai kawasan mereka di panggil Wicked Witch. Ahli sihir yg di katakan adalah Wicked Witch iaitu pemilik jajahan tempat yg rakyatnya jauh lebih baik dan mesra. Akibat pegelutan kuasa dan hak penjajahan maka kesemua adik beradik ini bertelengkah dan saling bergaduh satu sama lain. Dalam perjalanan untuk mencari Wicked Witch OZ telah bertemu dengan Finley iaitu sekor monyet terbang dan juga China Girl anak patung seramik yg yatim piatu. Untuk menyaksikan kehebatan dan kuasa OZ dalam cerita ini dan bagaimana beliau mengalahkan kuasa jahat anda boleh tonton sendiri di pawagam berhampiran anda. 


Tidak tugi gak lah pergi tonton dengan belanja tiket wayang bagi movie ini. Untuk rangking daripada 5 bintang saya bagi 3 bintang sahaja. Kepada semua selamat menonton....



0 comments: