Zizan Razak Dan Zara Zya Masing2 Top Top Meletop Dalam AME 2014 | Dunia Penuh Gosip

Zizan Razak Dan Zara Zya Masing2 Top Top Meletop Dalam AME 2014

Anugerah Meletop ERA yg telah belansung semalam menyaksikan 17 anugerah di sampaikan pada mlm yg penuh gilang gemilang itu. Semua pemenang adalah undian daripada penonton dan peminat artis kegemaran mereka. Paling byk merangkul anugerah pastinya pengacara dan pelawak popular Zizan Razak apabila berjaya memenangi 4 kategori iaitu Artis Top Top Meletop Lelaki, Fesyen Meletop, Bintang Cyber Meletop dan Anugerah Wechat Meletop.


Manakala bagai Anugerah Top Top Meletop Wanita pula di menangi oleh Zara Zya pelakon baru yg tercalon melalui drama meletop nya iaitu Love You Mr Arrogant. Namun sedih drama ini gagal untuk memenangi kategori Program TV Meletop. Selain itu juga Zara Zya berjaya merangkun Anugerah Artis Baru Meletop. Selain daripada itu artis yg byk juga membawa pulang anugerah pada mlm tersebut adalah Hafiz yg berjaya merangkul 3 anugerah dan juga Nabil Ahmad 2 anugerah.


Senarai penuh pemenang Anugerah Meletop ERA :-

Anugerah Top Top Meletop (Lelaki) – Zizan Razak
Anugerah Top Top Meletop (Wanita) – Zara Zya
Anugerah Fesyen Meletop – Zizan Razak
Anugerah Couple Meletop – Nabil Ahmad & Nazira
Anugerah Bintang Siber Meletop – Zizan Razak
Anugerah Artis Baru Meletop – Zara Zya
Anugerah Program Radio Meletop – Johara Pagi Era
Anugerah Penyampai Baru Radio Meletop – Nabil Ahmad
Anugerah Group / Duo Meletop – Hafiz dan Dato Siti Nurhaliza
Anugerah Penyanyi Meletop – Hafiz
Anugerah Lagu Meletop – Bahagiamu Deritaku (Hafiz)
Anugerah Program TV Meletop – Maharaja Lawak Mega 2012
Anugerah Bintang TV Meletop – Jep Sepahtu (Super Spontan)
Anugerah Bintang Filem Meletop – Aaron Aziz (KL Gangster 2)
Anugerah Filem Meletop – KL Gangster 2
Anugerah Artis Serantau Meletop – Sleeq
Anugerah WeChat Meletop – Zizan Razak

Tahniah kepada semua yang menang dan juga tahniah kepada Astro berjaya membawa satu lagi koleksi anugerah kepada pengiat seni tanah air. Program ini akan menaikkan semangat mereka untuk terus berkarya dan bukan untuk di megah-megah. Nantikan pula kehangatan anugerah seterusnya iaitu ABPBH 2014.



 


0 comments: