Senarai Penuh Pemenang Anugerah Meletop ERA 2015 Zizan Tewas Semua Kategori | Dunia Penuh Gosip

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Meletop ERA 2015 Zizan Tewas Semua Kategori

Tahniah buat semua pemenang yg telah di umumkan dalam Anugerah Meletop ERA 2015 yg telah berlangsung secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil. Paling bermakna buat Dato Siti Nurhaliza apabila beliau masih lagi mendapat tempat di hati peminat apabila memenangi 2 kategori pada malam tersebut. Anugerah Artis Online Meletop dan juga Anugerah Penyanyi Meletop kedua2 dimenangi Dato Siti. 

Dato Siti Nurhaliza Menang 2 kategori

Namun pencapaian kurang baik buat Zizan Razak apabila paling banyak pencalonan dalam AME2015 namun tidak mampu memenangi mana2 kategori. Sedih dan adakah ini pencapaian terburuk buat Zizan Razak atau zaman kejatuhan beliau. Apa pun ini semua kuasa peminat dan juga jgn kita cepat sgt bangga diri bila berada di atas. 

Johan menang 3 kategori

Di sini senarai penuh pemenang Anugerah Meletop ERA 2015 untuk anda.
  1. Drama TV Meletop - Bukan Kerana Aku Tak Cinta
  2. Artis Lawak Meletop - Johan
  3. Hos TV Meletop - Datuk AC Mizal
  4. Pelakon TV Meletop - Zul Ariffin
  5. Program TV Meletop - Maharaja Lawak Mega 2013
  6. Lagu Meletop - Mewangi – Akim & The Majistret
  7. Penyanyi Meletop - Datuk Siti Nurhaliza
  8. Grup Duo Meletop - Akim & The Majistret
  9. Penyampai Radio Meletop - Johan
  10. Program Radio Meletop - JoHaRa Pagi Era
  11. Filem Meletop - Abang Long Fadil
  12. Bintang Filem Meletop - Nelydia Senrose
  13. Fesyen Meletop - Nur Fazura
  14. Artis Baharu Meletop - Ayda Jebat
  15. Bintang Online Meletop - Datuk Siti Nurhaliza
  16. Couple Meletop - Scha Al-Yahya & Awal Ashaari
      Anugerah Top Top Meletop Wanita - Ayda Jebat
      Anugerah Top Top Meletop Lelaki - Johan




*Gambar dari Facebook Media Hiburan







0 comments: