Rindu Awak 200% Bukti Kemenangan Di DFKL 2015 | Dunia Penuh Gosip

Rindu Awak 200% Bukti Kemenangan Di DFKL 2015

Drama Rindu Awak 200% yang menjadi viral fenomena tahun lalu di TV3 menerusi slot Akasia lakonan serta gandingan sulung Zul Ariffin dan Ayda Jebat menang besar dalam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2015 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). Daripada tujuh kategori yang dipertandingkan, drama berkenaan menang empat kategori utama. 


Kategori yang dimenangi Rindu Awak 200% ialah Drama Pilihan, Penulis Skrip Drama Pilihan (Nieza Nahar), Pengarah Pilihan (Aidilfitri Mohamed Yunos) dan Pelakon Lelaki Drama Pilihan (Zul Arifin).


Kategori lain yang di pertandingkan pada malam tersebut adalah seperti Pelakon Wanita Drama Pilihan (Amyra Rosli) melalui drama Kristal Maya. Hero & Heroin Hadiah Drama Pilihan menjadi milik Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose untuk drama Setitis Kasih Dharmia. Kategori Pelakon Drama Pilihan diserahkan kepada pelakon drama Selamat Pengantin Madu.

Kategori Drama Pendek pula di menangi drama Luahan Abah (Haizad Hashim). Anugerah DFKL 2015 ini di siarkan secara langsung di TV3 dan di acarakan oleh AG dan Yana Samsudin. Tahun2 akan datang akan ada lagi penganjuran majlis seperti ini untuk melahirkan drama2 bekualiti bagi penyambung generasi seni di negara kita. Tahniah kepada semua pemenang.







0 comments: