Puteri Gunung Ledang In Concert Kelahiran Semula Lagenda 10 Tahun | Dunia Penuh Gosip

Puteri Gunung Ledang In Concert Kelahiran Semula Lagenda 10 Tahun

Setelah 10 tahun kisah dan kehebatan Puteri Gunung Ledang di layar perak dan teater menjadi bualan ramai. Kini pengasas Enfiniti Vision Media Puan Sri Tiara Jacquelina ingin menembalikan keistimewaan dan kehebatan itu semula dalam persembahan teater muzikal PGL. Tapi kali ini beliau menonjolkan semula watak dan suasan PGL itu dalam bentuk lebih moden dan lebih realitik


Disebut-sebut sebagai lebih segar, semulajadi, pertunjukan asal di wujudkan", acara kemuncak konsert termasuk koreografi baru, susunan muzik segar, futuristik yang berpandangan set dan prop, dan visual LED. Jangan kita lupa yang lebih menarik perhatian adalah busana yang direka oleh pereka tempatan Melinda Looi dan Rizman Ruzaini lebih kepada kemodenan dan keaslian PGL itu sendiri. 



Tiara juga berkhidmat sebagai penerbit konsert, latihan yang di lakukan berbulan kerana beliau mengumumkan bahawa ahli-ahli cast muzik itu akan menampilkan peranan mereka dalam konsert. Adlin Aman Ramlie, yang merupakan pengarah konsert, kembali sebagai Sultan Mahmud manakala Stephen Rahman Hughes (Hang Tuah), AC Mizal (Gusti Majapahit / Raja Majapahit) dan Ida Mariana (Bayan). Tiara mengambil peranan Gusti Putri.




Menyaksikan sendiri konsert ini dengan lebih dekat dan realiti memang memukau mata dan gaya persembahan yang jauh di luar kotak pemikiran. Setiap segment di garap dengan gaya yang tersendiri dan juga masih mengekalkan babak yang menarik dalam teater. Setiap persembahan nyanyian dan tarian rapi menjadikan persembahan konsert ini adalah terbaik dalam keluarga PGL.



Adakah konsert Puteri Gunung Ledang ini yang terakhir buat lagenda persembahan terbaik di Malaysia. Adakah lepas ini bakal muncul lagi 10 tahun akan datang PGL yang lain daripada lain. Hanya Puan Sri Tiara sahaja yang tahu. Konsert PGL 2015 ini telah berlangsung di Istana Budaya dan mendapat perhatian daripada media seluruh negara dan juga peminat teater ini 10 tahun yang lalu.








0 comments: