Ujibakat Akademi Fantasia 2015 Melalui Instavideo Telah Bermula | Dunia Penuh Gosip

Ujibakat Akademi Fantasia 2015 Melalui Instavideo Telah Bermula

Ujibakat Akademi Fantasia 2015 Melalui Instavideo adalah langkah mula untuk serlahkan bakat nyanyian anda untuk program realiti nyanyian paling popular di Malaysia. Rakam dan muat naik video uji bakat anda di Instagram. Anda mungkin berpeluang mendapat laluan ekspres dan maju ke peringkat ke-2 uji bakat AF2015! Jangan lepas peluang untuk anda lebih popular dan lebih cepat menjadi artis AF2015.


Tahun ini penajaan lebih besar daripada Hotlink untuk AF2015 dan anda juga boleh sertai ujibakat insta dengan serta showcase Hotlink seluruh Malaysia. Bagi yang nak menghantar Insta boleh follow langkah mudah ini. 

Ujibakat AF 2015 melalui Instagram
1) Rakam video ujibakat anda dan hashtag video and dengan #BakatAF2015 #HotlinkAF2015
2) Muatnaik video anda di Instagram dan pastikan akaun anda adalah Public.

Tu ujibakat secara online untuk memudahkan anda mendapat fastline bagi ke stage seterusnya sekiranya anda terpilih. Tapi kalau anda ingin ujibakat secara walkin pun boleh dengan hadiri ujibakat di lokasi2 yang telah di tetapkan seperti berikut. 

Tarikh (2015) Lokasi
2 & 3 Mei The Light Hotel, Seberang Perai (Pulang Pinang)
9 & 10 Mei 1Borneo Hotel, Kota Kinabalu (Sabah)
23 & 24 Mei Berjaya Waterfront, Johor Bahru (Johor)
30 & 31 Mei Kompleks Sukan Negara (Kuala Lumpur)

Syarat penyertaan walkin
1) Terbuka kepada warganegara Malaysia dan Singapura
2) Berusia 18 hingga 35 tahun sahaja
3) Peserta akan dinilai dari segi teknikal seperti kawalan suara, sebutan, pernafasan, intonasi, rentak, keserasian, harmoni serta kreativiti dan penghayatan persembahan.
4) Lagu wajib yang disenaraikan untuk sesi ujibakat adalah seperti berikut.

PESERTA LELAKI
Lagu Penyanyi
Matahari Hafiz
Mewangi Akim & The Majistret
Pencuri Mark Adam
Pelesit Kota Search
Umpan Jinak Di Air Tenang Ahmad Jais
Harus Terpisah Cakra Khan
All Of Me John Legend
Sedetik Lebih Anuar Zain

PESERTA WANITA
Lagu Penyanyi
Gilalah Stacy
Di Pintu Syurga Dayang Nurfaizah
Sesal Separuh Nyawa Alyah
Ya Maulai Datuk Siti Nurhaliza
Madah Berhelah Ziana Zain
Rindu Amelina
Hatiku yang kau sakiti Rossa
Chandelier Sia

Sediakan diri anda sepenuhnya sebelum hadir ujibakat agar anda tidak kecewa dan jangan takut untuk mencuba dan yakin diri. Tapi jangan terlalu yakin yang tidak bertempat nanti anda juga yang rugi dan malu. AF2015 makin mencabar dan makin mantap mencari bakat2 nyanyian di Malaysia. Daftar secara online dahulu sebelum menyertai ujibakat di link ini. Selamat mencuba.







0 comments: