Raysha Rizrose Juara Dewi Remaja 2014/2015 | Dunia Penuh Gosip

Raysha Rizrose Juara Dewi Remaja 2014/2015

Berminggu2 16 peserta program realiti mencari bakat remaja palign bergaya Dewi Remaja kini sampai ke kemuncaknya. Pada malam tadi telah menobatkan juara dan juga pemenang-pemenang lain. Tahniah kepada Raysha Rizrose yang sebelum ini kelihatan low profile dan juga kurang menonjol di khalayak juri telah berjaya menambat hati juri untuk di nobatkan sebagai juara. 

Juara Dewi Remaja 14/15 Raysha Rizrose

Raysa berusia 18 tahun ini adalah adik tiri kepada pelakon popular Nelydia dan Uqasha Senrose. Bakat dan juga personaliti yang bersederhana dan tampil ayu menjadikan anak kacukan Siam Melayu ini cukup di senangi. Beliau berjaya menewaskan 4 lagi peserta akhir pada malam kemuncak yang di tayangkan di Astro Ria. 


Tempat kedua pula di menangi oleh Syamim, yang juga memenangi kategori Dewi Menawan (Sunsilk), manakala Balqish di tempat ketiga. Mawar memenangi kategori Dewi Kegemaran, yang ditentukan 100% daripada undian peminat melalui laman web rasmi. Sementara itu, seorang lagi peserta, Fify Azmi, 25, dinobatkan sebagai Dewi Persahabatan pada malam tersebut.

Tahniah kepada penaung program ini iaitu Majalah Remaja yang telah banyak melahirkan bakat2 muda dan berjaya sehingga kini. Antara mereka yang berjaya kelahiran program ini adalah seperti Scha Al Yahya dan juga Neelofa. Juri pada malam tersebut adalah Edry Abdul Halim, Erra Fazira, Scha Al-Yahya, Pengarah Kreatif Kumpulan Karangkraf, Farah Hussamuddin dan jurugambar bebas, Ridduan Ismail


Tapi peringatan buat semua pemuda di luar sana yang mahu memikat hati gadis comel Raysha ini kerana beliau telah pun berpunya dan telah menjalin cinta dengan seorang jejaka handsem. Hehehe apa pun perjalanan masih jauh buat Raysha tahniah dari Mahagosip moga terus berjaya dalam dunia seni ini.






0 comments: