Aku Yang Masak Kau Yang Panas Milik Ratu Dangdut Amelina | Dunia Penuh Gosip

Aku Yang Masak Kau Yang Panas Milik Ratu Dangdut Amelina

Tahniah buat Ratu Dangdut yang telah lebih 20 tahun menyepi dari dunia senia muzik tanah air kerana fokus terhadap rumah tangga. Amelina kini kembali dalam satu program masakan realiti Aku Yang Masak Kau Yang Panas di Astro. Selama 13 minggu program ini memberi peluang kepada 12 orang celebriti untuk menunjukan bakat memasak.


Akhir program ini telah berlangsung pada minggu lepas di mana dua celebriti wanita iaitu Ratu Dangdut Amelina dan juga Ratu Melatah Ida Moin bersaing. Membuat dua hidangan untuk di tampilkan kepada juri profesional iaitu Chef Adu dan juga Chef Florence Tan. Menu masakan pertama bertemakan Masak Cincai dan tema menu kedua adalah Mini Victoria Cake.

Tahniah buat Amelina setelah di nobatkan sebagai juara program Aku Yang Masak Kau Yang Panas mengalahkan persaingnya. Membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan juga trifo khas program ini. Program yang di acarakan oleh Jihan Muse membawa kelainan kepada program masakan yang pernah ada di TV. Tahniah Amelina katanya ia adalah rezeki anak2.

Antara celebriti lain yang juga pernah memasak dalam program ini adalah seperti Ratu Controversi Azwan Ali, Michael Ang, Dafi, Hefny Sahad, Sharifah Shahora, Marsha Milan, Sharifah Sakinah, Keith Foo, Nadiya Nissa dan Syuk Balas.







0 comments: