Siti Nordiana Akhiri Kemarau Single Setelah Juara Gegar Vaganza 2 | Dunia Penuh Gosip

Siti Nordiana Akhiri Kemarau Single Setelah Juara Gegar Vaganza 2

Begitu lama kita tak dengar lagu terbaru daripada artis yang cukup popular satu masa dulu dengan lagunya Memori Berkasih. Setelah lebih dari 5 tahun kini 2016 kita bakal dengar lagu terbaru daripada beliau. Ini kerana Siti Nordiana telah di umumkan sebagai juara program Gegar Vaganza musim ke 2 yang telah menjadi satu fenomena di Malaysia. 


Pada malam kemuncak akhir Siti Nordiana atau lebih mesra di sapa Nana ini bersaing bersama 5 lagi peserta akhir iaitu Haiza, Ezad, Naseeir Wahab, Achong dan juga Faradhiya. Pada persembahan solo Nana memberanikan diri untuk membawa lagu yang di popularkan oleh Ziana Zain iaitu Putus Terpaksa. Manakala persembahan Battle Nana bersaing dengan Achong untuk lagu Awak Kat Mana!


Seperti ramai sudah menyangka kemenangan memihak kepada beliau pada malam itu walaupun ada sesetengah orang menganggap beliau hanya artis Under Dog dalam program ini. Nana selaku juara membawa pulang wang tunai RM100,000 bersama dengan trofi dan juga sebuah lagu serta hadiah percutian.


Senarai penuh pemenang mengikut kedudukan pada malam akhir Gegar Vaganza 2 :-
1 - Siti Nordiana RM 100,000 + Trofi + Pakej Percutian + Lagu Baru
2 - Farah Dhiya RM 50,000 + Trofi + Pakej Percutian 
3 - Ezad Lazim RM 30,000 + Trofi + Pakej Percutian
4 - Nassier Wahab RM 15,000 + Trofi + Pakej Percutian
5 - Acong RM 10,000 + Trofi + Pakej Percutian
6 - Haiza RM 5000 + Trofi + Pakej Percutian

Persembahan Terbaik Pilihan Penonton - Siti Nordiana - RM 5000

Tahniah kepada semua pemenang dan juga tahniah pada Astro yang telah kembalikan semula bakat2 otai ini untuk terus berdaya saing dalam dunia industri yang lebih mencabar sekarang ini. Moga bakat muda mencontohi kekentalan semua penyanyi lama ini kerana Otai Masih Berbisa.







0 comments: