Juara Parodi Kurang Sambutan Dan Kemenangan Kobis Pedas Di Pertikai | Dunia Penuh Gosip

Juara Parodi Kurang Sambutan Dan Kemenangan Kobis Pedas Di Pertikai

Program realiti tak putus di saluran tv berbayar negara Astro ini dan hari ini telah dinobatkan satu lagi juara bagi satu program realiti baru. Juara Parodi 2015 yang sebelum ini telah bersiaran selama 11 minggu dan malam tadi telah sampai kemuncaknya. Minggu akhir Juara Parodi telah berlangsung di Shah Alam dan di tayangkan secara langsung di saluran Astro Warna dan Astro Mustika HD.


Dari 10 kumpulan yang bersaing setiap minggu dan hanya tinggal 5 sahaja yang layak untuk mara keperingkat akhir. Kumpulan tersebut adalah Abang Face, Kobis Pedas, Juri, Right Handed dan Slumber Blur. Kumpulan ini adalah gabungan pelawak dan penyanyi dalam memparodikan lagu2 dan cabaran yang di berikan setiap minggu oleh juri tetap iaitu Afdlin Syauki dan Dato Zainal Abidin.

Malam kemuncak malam tadi setiap kumpulan di berikan tema bebas dan perlu membua dua persembahan. Kelihatan persaingan hebat dan sengit serta semua kumpulan memberikan persembahan terbaik masing. Namun tuah milik kumpulan Kobis Pedas yang di nobatkan juara pada malam itu. Kumpulan yang di sertai oleh Misha Omar dan Taukeh Jambu membuat persembahan biasa sahaja dan tiada prop yang hebat seperti kumpulan lain.

Kumpulan Kobis Pedas

Ia menjadikan rancangan ini seperti ada tidak kena pada pengumuman pemenang dimana kelihatan kumpulan Abang Face yang hampir setiap minggu menjadi juara mingguan dan juga mendapat undian tertinggi untuk Parodi di ERA pilihan penonton. Tiba mendapat tempat kedua dan hanya membawa pulang wang tunai RM20,000 sahaja selaku pemenang kedua. Permakahan bagi program ini adalah 70% markah juri dan hanya 30% undian SMS.

Kalau nak kata undian SMS sikit tak kanlah sampai kalah dan tak kan juri bagi markah sikit sebab malam tu pujian melambung untuk kumpulan Abang Face. Bukan baise tapi seperti ada tidak kena. Sebelum ini pun orang kata program ini kurang dapat sambutan kerana lawak yang tidak seberapa dan juga agak merapu. Juga dengan adanya dua pengacara yang syok sendiri apabila buat lawak dan tidak ada keserasian antara mereka. Tapi nak buat macam mana juara dah ada dan program pun dah tamat. Tunggu Maharaja Lawak Mega untuk tahun 2016 pula hebat ker.

Senarai penuh pemenang Juara Parodi 2015
Tempat Pertama = Kobis Pedas
Tempat Kedua = Abang Face
Tempat Ketiga = Juri
Tempat Keempat = Slumber Blur
Tempat Kelima = Righthanded
Juara Pilihan Peminat (undian SMS tertinggi) = Kobis Pedas
Persembahan Terbaik = Abang Face
Lirik Terbaik = Abang Face
Vokal Terbaik = Juri 








1 ulasan:

  1. Come on la.. There's no such thing as perfect.. cubalah tengok kesemua program realiti tv sendiri. semua akan bermain dengan sentimen simpati, drama, rupa atau populariti. Tidak perlu beriya mengeluarkan artikel seolah-olah perkara ini perkara baharu dan asing bagi penonton di dunia. Penulis menulis seolah-olah tidak dapat menerima hakikat yang kejayaan/kemenangan juga adalah rezeki, kita patut menyokong kesungguhan kumpulan tersebut untuk terus bertanding dan kesemua kumpulan yang memberi komitmen 100%.

    BalasPadam