Juara Seiras Seirama Azlin Dan Ikon Ziana Zain | Dunia Penuh Gosip

Juara Seiras Seirama Azlin Dan Ikon Ziana Zain

Bakat mencari penyanyi amatur yang seiras dengan ikon pilihan mereka telah sampai ke kemuncaknya. Seiras Seirama Akhir telah berlansung secara langsung di studio Astro Bukit Jalil pada malam tadi. Menyaksikan 7 ikon dan 7 perserta yang hampir2 menyamai mereka berentap di peringkat akhir.


7 Ikon tersebut adalah Faizal Tahir, Hafiz, Mas Idayu, Ziana Zain, Jamal Abdillah, Ella dan Misha Omar. Mereka sebelum ini telah menguji bakat beberapa orang perserta yang hadir pada sesi ujibakat yang di adakan sebelum ini. Daripada ratusan yang hadir hanya 4 sahaja peserta yang layak untuk peringkat minggu yang telah berlangsung sebelum ini. Daripada 4 itu hanya seorang sahaja layak untuk mewakili ikon pilihan masing untuk ke peringkat akhir.


7 peserta yang terpilih adalah Tika wakil ikon Misha Omar, Azlin wakil ikon Ziana Zain, Azri Zainuddin wakil ikon Dato Jamal Abdillah, Azri wakil ikon Faizal Tahir, Zila wakil ikon Ella, Akira wakil ikon Hafiz dan Noryah wakil ikon Mas Idayu. Semua peserta pada malam akhir Seiras Seirama menyampai 2 lagu ikon meraka iaitu lagu solo dan juga lagu duet bersama artis pilihan pada malam itu.

Nyata tuah menyebelahi Azlin yang menyampaikan lagu Sangkar Cinta dan Tiada kepastian, manakala lagu duet Senja Nan Merah bersama dengan Aweera. Azlin dinobatkan juara keseluruhan dan membawa pulang wang tunai RM20,000.00 dan sebuah trofi. Namun peserta lain juga turut memberikan saingan hebat pada malam itu tapi semua keputusan diadili 100% oleh juri profesional iaitu Dato AC Mizal, Dato Khadijah Ibrahim dan Mamat Khalid. Tahniah kepada pemenang dan semua peserta.









0 comments: