Maharaja Lawak Mega 2016 Lawak Lapok | Dunia Penuh Gosip

Maharaja Lawak Mega 2016 Lawak Lapok

Program realiti yang telah masuk tahun ke 5 kali ini pasti dinantikan oleh peminat2 di luar sana. Bermula dari tahun 2011 sehingga tahun 2016 menampilkan juara yang berbeza setiap tahun. Juara musim pertama milik kumpulan Osbon, 2012 juara pula milik Jozan, 2013 menjadi juara adalah Sephatu dan 2014 juara adalah milik Zero. Namun tahun 2015 tiada program MLM ini dan di sambung tahun 2016 yang tengan berlangsung setiap Jumaat di Astro Warna.


Setiap tahun menampilkan perserta yang berlainan dan juga lawak2 yang berlainan. Namun ada lawak yang di katakan Bodoh dan juga lawak yang berulang. Namun peminat sentiasa terhibur dan terus mendapat perhatian penonton. Malah setiap tahun sambutan penonton sangat menggalakan dan mendapat jutaan penonton.

Namun kini telah tahun ke 5 program relaiti yang berprestij ini dari segi konsep makin bagus dan pentas makin style. Tapi sayang lawak daripada perserta yang makin bertambah setiap tahun ini agar sama seperti mana yang pernah dibuat sebelum ini. Lawak2 seperti memakai pakaian wanita dan berpewatakan wanita adalah sudah dianggap lapok. Malah Astro seperti tidak endah teguran yang pernah dibuat oleh seorang mufti terhadap isu pelawak memakai pakaian wanita.


Di tambah lagi lawak daripada peserta yang suka meniru watak2 pelakon mahu pun artis atau juri juga dianggap teknik bosan. Serta lawak2 menyindir juga tidak begitu di senangi oleh banyak pihak. Mungkin mereka perlu lebih keluar daripada kotak untuk membuat lawak yang tidak sama seperti dulu dan lebih segar. Tapi perserta tahun ini juga memberi saingan hebat dan tak dapat agak lagi sapa yang bakal juara. 






0 comments: