Drama Festival Kuala Lumpur Kau Aku Kita Bolot Hampir Semua Anugerah | Dunia Penuh Gosip

Drama Festival Kuala Lumpur Kau Aku Kita Bolot Hampir Semua Anugerah

Sapa sangka drama arahan Azman Yahya atau lebih dikenali olah Jinggo membolot hampir kesemua anugerah pada malam kemuncak DFKL 2016 yang telah berlangsung pada 19 Mac 2016 secara langsung di TV3. Drama Kau Aku Kita yang disiarkan dalam slot Lestari di TV3 juga mendapat tonton tertinggi setakat ini disaluran tersebut.


Ramai yang suka akan drama ini kerana barisan pelakon yang juga hebat seperti Janna Nick dan Saharul Ridzwan. Mereka juga turut menang pada malam itu melalui kategori masing2 iaitu aktor dan aktress pilihan. Paling gembira mestilah Penerbit drama ini Shiela Rusly atas kejayaan yang besar pada malam DFKL 2016 ini.


Di bawah adalah senarai penuh pemenang malam anugerah DFKL 2016 :- 

Drama Pilihan – Kau Aku Kita
Aktor Pilihan – Saharul Ridzwan (Kau Aku Kita)
Aktres Pilihan – Janna Nick (Kau Aku Kita)
Pengarah Pilihan – Azman Yahya @ Jinggo (Kau Aku Kita)
Pasangan Pilihan – Saharul Ridzwan & Janna Nick (Kau Aku Kita)
Skrip Pilihan – Rehal Nuharis (Kau Aku Kita)
Lagu/OST Pilihan – Mungkin Kamu (Sissy Iman - Ost Eksperimen Cinta)
Antagonis Pilihan – Ruhainies (Hello Mr Perfect)
Drama Pendek Pilihan – Kembara Si Kecil (Muhammad Firhdaus Rahmat)

Tahniah kepada semua pemenang dan juga tahniah DFKL 2016 yang banyak berkongsi ilmu dan cerita belakang tabir untuk menghasilkan karya darma yang terbaik. Orang ramai juga di beri peluang sepanjang berlangsung minggu DFKL untuk menjadi pelakon dan mendapatkan hasil lakonan yang terbaik. In Shaa Allah tunggu akan kembali tahun depan lagi good luck.





0 comments: